AKTIVITI DALAM FIESTA LAMPU-LAMPU BUKIT LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG
Setiap Hari
4.00 Petang -12.00 Malam
-Pameran jualan dan promosi pelbagai produk dan perkhidmatan yang menarik oleh usahawan tempatan termasuklah pakaian,fesyen muslimah,penjagaan diri dan kecantikan,kasut ,jersi sukan,insuran,peralatan rumah dan banyak lagi.
- Belon buih gergasi dan permainan 'Inflatable" Soopa Doopa juga turut disediakan.Tidak ketinggalan kemunculan watak-watak animasi dan adiwira terkenal
-Pengunjung berpeluang untuk mencuba bermain "Bubble Football" yang akan mencabar kebolehan anda namun menghiburkan
6.00 Petang - 12.00 malam
- Pameran Bunga Mawar berlampu akan menarik pengunjung untuk menikmati keindahan ribuan bunga mawar yang disusun dalam bentuk yang menarik.Pengunjung akan berpeluang untuk bergambar sambil bersantai bersama keluarga.
- Beca dan Tren "Barrel" LED akan memeriahkan lagi acara di mana anda sekeluarga berpeluang untuk mengelilingi sekitar kawasan Bukit Layang-layang dengan mengayuh beca atau menaiki tren yang dihias cantik dengan lampu LED.
-Pelbagai hiasan lampu LED yang menarik akan turut menyerikan lagi sekitar kawasan acara.
8.00 malam
Berhibur bersama artis buskers(setiap malam) dan artis jemputan terkenal pada tarikh yang ditetapkan
27 April -1 Mei (9.00 malam)
Saksikan persembahan wayang kulit tradisional yang membawa pelbagai kisah masyarakat untuk hiburan sekeluarga.
Banyakkan aktiviti yang dijalankan,so save the date untuk ke sana nanti ye...