APA ITU NARINAR FT
NARINAR FT terdapat 3 jenis minyak Terapi iaitu :-
Narinar Flutheraphy terapi selsema bayi
Narinar FT(FLU Therapy)
Ramai ibu-ibu yang menggunakan Petua hilangkan selsema bayi ni menggunakan kaedah tradisional dengan bantuan minyak terapi seperti Narinar.Bukan itu sahaja,ia juga digunakan.
Sebelum ni,bila Naura batuk dan selsema,aku banyak menggunakan kaedah tradisional yang aku sendiri google tentang petua hilangkan selsema dan petua hilangkan batuk bayi.Aku lebih suka menggunakan kaedah lama di dalam memastikan Batuk dan selsema Naura cepat sembuh.Ia sangat membantu hilangkan batuk bayi.
Dan apa yang penting selain menggunakan petua-petua lama,aku menggunakan Narinar Flutherapy ini dengan kerap supaya batuk dan selsema dia pi jauh-jauh.
Cara menggunakan Narinar Flutherapy ni,hanya perlu titiskan dua hingga empat titis di tapak kaki dengan teknik VITAFLEX..Vitaflex ni kira urutan pada kaki di Point tertentu.Lepas tu aku calitkan sikit dekat hidung supaya ia lebih senang untuk bernafas.Bab ni paling Naura tak suka,sebab rasa berangin tu yang dia tak berapa nak gemar,tapi bila aku guna Narinar Flutherapy ni,dia dah tak kisah aku letak kat hidung dia.
Cara menggunakan Narinar Flutheraphy ni korang boleh lihat video di sini - Sentuhan ibu
Narinar Tummy Theraphy
Narinar Tummy Theraphy ni aku gunakan bila Naura kembung perut.Narinar TT ni memang sangat sesuai untuk baby kembung perut.Jadi takdelah bila dia kembung perut,umi rasa stress.Naura ni,kalau perut dia kembung je,dia akan rasa tak selesa,masa tulah dia nak merengek je.Sampai nak tidur pun dia rasa tak selesa.
So,apa umi buat,ambil Narinar Tummy Theraphy ni dan umi titiskan di perut dan urut dengan cara gerakkan sekeliling pusat dan mengikut arah jam.Kalau dia dah start kentut tu,maknanya perut dah tak kembung lagi..
Narinar TT ni ada gabungan ekstrak pati aloevera,serai wangi,lemon dan pudina yang memberi kelegaan segera dari perut kembung,sembelit dan cirit birit.Kesemua ekstrak yang diadun membantu memberikan melancarkan sistem penghadaman anak-anak.
Insyallah,dengan teknik urutan yang betul,kita dapat membantu melegakan perut kembung,sukar buang air besar dan kerap buang air besar serta najis cair.
Narinar Sleep Theraphy
Naura paling payah tau nak tidur.Kalau nak tidur tu,confirm dia akan berpusing-pusing.Puaslah umi dia dok,tukar position sebab dia selalu take over tempat umi.Nak suruh dia tidur tu memang ambil masa dalam sejam lebih jugak.Dah penat dia berpusing-pusing barulah dia tidur.Tu pun dah puas jugaklah umi dia dok bising.
So solution yang terbaik adalah umi amalkan sapu Narinar ST ni pada dia supaya dia senang tidur dengan aman dan damai.
Cara guna Narinar ST ni paling mudah,hanya perlu titikan di nadi pergelangan tangan dan belakang telinga.Lepas tu umi urut lembut tengkuk dia dengan Narinar ST ni dan umi sapukan juga di bahagian tapak kaki.Tepuk-tepuk dia,confirm senang je dia hanyut.
Narinar ST ni merupakan Sleep Therapy yang dibuat khusus untuk memberikan ketenangan segera pada bayi dan anak-anak kecil.Ia diperbuat dari pati semula jadi seperti Ekstrak Lavender yang sangat bagus untuk melegakan pernafasan dan relaxkan minda,Epal Hijau,bunga Chamomile dan bidara.