Quantcast
Channel: Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2782

Program Permata Wilayah | Menyantuni Ibu Melahirkan Anak

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang..ingat tak masa kita-kita kecik dulu.Bila nak sambut orang baru dalam keluarga,bukan main meriah lagi.Buat kenduri,potong jambul,tumbang lembu atau kambing sekor weh.Padahal mak-mak kita dulu anak ramai kan.Mampu je buat semua tu.Tapi itu dululah,zaman sekarang ni,dengan ekonomi Negara yang mencabar ni,anak plan nak dapatkan anak pun kena plan betul-betul tau.Yelah,kalau dah anak ramai,gaji pulak cukup makan,mana nak bagi diorang makan kan.Memanglah orang kata setiap anak tu ada rezekinya masing-masing.Tapi taknaklah sampai mak ayah rasa terbeban sangat.Nanti  mulalah timbul isu buang anak dan sebagainya.
Sebab tulah,kalau korang perasan,wujudnya Program Permata Wilayah ,Menyantuni Ibu Melahirkan Anak.Sebut sahaja tentang Program ini orang akan tahu yang  program ini bertujuan membantu ibu yang baru melahirkan anak dengan diberikan sumbangan berbentuk kelengkapan bayi baru lahir.

Di zaman sekarang,dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,amat payah untuk masyarakat membina keluarga yang ramai.Bila fikir faktor tangga gaji yang rendah dan  kos sara hidup yang meningkat ni lah yang makin membebankan kita semua.
Hidup pula di Bandar besar seperti Kuala Lumpur,semuanya memerlukan perbelanjaan yang banyak.

PROGRAM PERMATA HATI MENGURANGKAN BEBANAN KHUSUSNYA GOLONGAN BELIA

Tetapi dengan adanya Program Permata Wilayah yang membantu ibu-ibu dalam menyumbangkan sedikit kelengkapan untuk si anak,sudah tentu dapat mengurangkan lagi bebanan kepada mereka.Sejajar dengan Program mendekati rakyat,Program Permata Wilayah di wujudkan bertujuan untuk menyantuni para ibu dalam proses menerima cahaya mata baru khususnya golongan belia.
Program Permata Hati Wilayah  adalah usaha yang dianjurkan oleh Puteri Umno Wilayah Persekutuan ini adalah yang pertama di adakan dan sekarang ini sudah memasuki siri ketiga selepas di adakan di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.Di dalam Program ini seramai lebih 100 ibu yang melahirkan anak mendapat sumbangan ini
Bukan senang untuk menyambut orang baru.Banyak persiapan harus dilakukan bukan sahaja dari segi kewangan sebelum melahirkan malah,persiapan dalam menyediakan kelengkapan untuk anak yang baru lahir pun semakin banyak.Belum lagi termasuk susu dan pampers.Bahkan untuk ulang alik ke Klinik pun perlu juga difikirkan.Sebab itu lah Program seperti ini diwujudkan bagi membantu mereka.
sumber: google

LAWATAN KE HOSPITAL-HOSPITAL TERPILIH

Program Permata Hati Wilayah ini memilih Hospital-hospital yang terpilih  demi mendekati masyarakat setempat khususnya di Kuala Lumpur bagi menyampaikan  sumbangan berbentuk barangan bayi ini.Sifat prihatin ini secara jujurnya di harap dapat di buat di semua daerah dan tempat.
Dengan menghadapi ekonomi yang makin mencabar ini,dapatlah si ibu tersenyum riang,bila diberi sumbangan seperti ini.Ibu mana tidak gembira bila menyambut kelahiran anak dengan semuanya serba lengkap untuk si permata hati itu kan.
Anak itu sumber rezeki kita,tidak mustahil jika satu hari nanti mereka akan meneruskan legasi memimpin Negara dengan telus dan saksama.
Aku sangat berharap supaya program seperti ini yang memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.Sebagai rakyat ,kita perlu bersyukur dengan adanya Setiap anak adalah permata bagi Negara.





Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2782

Trending Articles