Quantcast
Channel: Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger
Viewing all 2782 articles
Browse latest View live

Festival Layang-layang 2018 -28 Februari - 4 mac 2018

$
0
0
Assalamualaikum
Festival Layang-layang ke 23 tahun 2018 .Hah..ni pastinya buat korang tertunggu-tunggu kan.Sebab apa,Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang akan di adakan setiap tahun pada bulan Mac tau.Dalam Festival ini penyertaan dari seluruh Negara mempamerkan kehebatan dalam menaikkan layang-layang dengan pelbagai saiz dan design mereka tersendiri.




Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama,Tourism Johor,Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia,Kementerian Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.Festival Layang-layang ke 23 ini akan diadakan pada 28 Februari - 4 mac 2018


Festival Layang-layang 2018 -28 Februari - 4 mac 2018
Festival yang berwarna-warni adalah salah satu acara utama di dalam Kalender Pelancongan Negeri Johor .Festival tahun ini turut mengekalkan kolaborasi antara dua penganjur di Satun,Thailand dan di Pasir Gudang.
  • Festicval Layang-Layang Antarabangsa Satun,Thailand ke 38 pada 23-26 februari 2018
  • Festival Layang-Layang sedunia Pasir Gudang ke 23 pada 28 Februari -4 mac 2018
Festival Layang-layang 2018 -28 Februari - 4 mac 2018

ACARA-ACARA MENARIK FESTIVAL LAYANG-LAYANG 2018

  • Persembahan pelbagai bentuk layang-layang bersaiz besar dan sederhana oleh peserta antarabangsa daripada lebih 40 buah negara seluruh dunia dan peserta Kebangsaan seluruh Negara.
  • Pertandingan Layang-layang peringkat kebangsaan,peringkat Sekolah-sekolah ASEAN,sektor korporat dan kategori Pihak Berkuasa Tempatan Johor.
  • Pameran dan bengkel layang-layang awam oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
  • Pertandingan membuat Wau Tradisional peringkat kebangsaan,Sekolah danPihak Perkuasa Tempatan Johor.
  • Persembahan "Lollypop Drop" oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
  • Pertunjukkan menggunakan buggy dengan layang-layang.
  • Pertandingan "Malay Kite" Terbuka laga di Udara.
  • Pertandingan Layang-layang ciptaan kreatif 3D terbuka.
  • Pertandingan Rokkaku Korporat.
  • Pertandingan layang-layang ciptaan kreatif peringkat IPTA/IPTS Pasir Gudang.
  • Persembahan kebudayaan dan artis jemputan.
  • Pertandingan melukis dan mewarna.
  • Kempen kesihatan dan derma darah.
  • Ekspo Pelancongan dan Kraftangan.
  • Persembahan Eco World Symphony Drummers dan Eco World Choir(Majlis Perasmian).
  • Persembahan layang-layang bercahaya waktu malam daripada wakil komuniti 24 zon Pasir Gudang (Majlis Perasmian)
  • Persembahan Bunga Api(Majlis Perasmian)



Banyakkan aktiviti yang best-best kat sana.Bukan setakat aktiviti macam ni.pelbagai jualan makanan dan minuman serta baju dan tudung pun banyak di jual disini.Lebih seratus booth yang tersedia di sini..

Info Sini


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


WONDERFUL MARCH GIVEAWAY BY RAYDAH ALHABSYI

Jenis Sakit perut yang dialami oleh kanak-kanak

$
0
0
Assalamualaikum
Anak sakit perut mestilah kita risaukan.Pagi tadi,dalam pukul 5.30 pagi.kakak kejutkan aku sebab dia nak susu.Mulanya aku nak buat bodoh jelah sebab dia mintak susu kan.Tapi dia tetap goncang badan aku sambil merengek.Nak taknak ,aku bangun jugak untuk buatkan dia susu.
Walaupun Nur Awfiyah dah 4 tahun,aku memang berikan dia susu lagi.Tapi takdelah kerap macam adik.Ada waktu-waktu tertentu je yang aku bagi.So,lepas aku buatkan susu tu,dia minum sikit je,Terus dia kata dia sakit perut.Aku tanya dia samada dia nak berak ke tidak.So,dia kata dia nak berak,Tapi dalam bilik air ,dia tetap tak berak tapi merengek dengan aku.Sampailah aku sapukan balm kat perut dia.Dia suruh aku gosok-gosok perut dia tu.
Bila dah jadi macam tu aku mulalah risau.Ingat balik apa yang dia makan sampai perut dia sakit.Aku ke dapur untuk buat bubur untuk dia.Lepas suapkan dia bubur ingatkan dia dah ok..Rupanya sakit lagi.Dia mintak umi dia baring sebelah dan urut perut dia..
Aku pun tak pasti punca dia sakit perut.Sebab bila anak-anak ni sakit perut,kita kena cepat bertindak,tak boleh lama-lama..Sambil menantikan pukul 9.00 pagi klinik bukak,umi kenalah urut perut dia tu.
Terus aku google tentang sakit perut yang berlaku di kalangan kanak-kanak ni.Bila aku google ada satu blog yang memberikan aku informasi tentang sakit perut di kalangan kanak-kanak ni.Kanak-kanak sakit perut ni akibat 3 sebab iaitu
Ada sesuatu yang menganggu organ dalam perut seperti gas yang menyebabkan ketidakselesaaan dan sakit perut.Otot perut tegang ,misalnya selepas kanak-kanak muntah teruk.Kesakitan di bahagian badan lain yang dapat dirasakan di perut mereka.
Image result for kid stomach
Perbezaan antara ketiga-tiga keadaan ini adalah bagaimana rasa sakit itu dirasai.
Adakah ia rasa sakit yang mendalam atau sakit di kawasan obdomen sahaja.Dari situ kita boleh tahu sama ada ia sakit perut yang serius atau tidak.

7 jenis sakit perut yang biasa dialami oleh kanak-kanak


1.Berangin/Perut Kembung

Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kanak-kanak akan mula merengek.

Tanda-tanda : Jika kita ketuk bahagian kiri pusat perut dan bunyinya lompong ini menunjukkan ada angin/gas  di dalam perut.

2.Jangkitan gastrousus


Mana-mana jenis jangkitan bakteria,parasit,protozoal atau virus boleh menyebabkan sakit perut.

Tanda-tanda : perubahan pergerakkan usus,terutamanya cirit-birit.

3.Rasa tidak selesa di bahagian abdomen atau IBS

IBS ni adalah sejenis keadaan kronik di mana usu kanak-kanak boleh jadi sensitif dengan makanan tertentu.Tekanan juga boleh menyebabkan kanak-kanak itu cirit birit.

Tanda-tanda : cirit birit atau sembelit

4.Intusseption

Intusseption ni ialah satu keadaan di mana usus menjadi seolah-olah teleskop.Sebahagian daripada usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat.Ia sangat menyakitkan dan boleh buat kanak-kanak kecil lesu dan bayi menangis tanpa sebab.

Tanda-tanda : Sakit pada bahadian abdomen yang datang sekali sekala selama 12 jam pertama dan kemudian akan bertambah teruk.

Kanak-kanak yang mengalami Intusseptionm Najis mungkin menunjukkan darah dan lendir merah.Kanak-kanak mungkin muntah dan bahagian abdomennya nampak kembung.

5.Apendisitis

Apendiks adalah umbai usus yang terdapat dipersimpangan usus kecil dengan usus besar dan terletak di sebelah kanan abdomen.Kadang kala ia boleh menyebabkan radang dan rasa sakit.

Tanda-tanda : Rasa sengal pada sebelah kanan di bahagian abdomen,tapi rasa sakit itu mungkin pada kawasan yang lebih luas.Kanak-kanak akan hilang selera makan dan nampak lesu.Dia juga mungkin demam dan muntah-muntah.


6.Kilasan testis/Ovari

keadaan di mana saluran ke testis atau ovari terbelit sehingga menyekat saluran yang membekalkan darah kepada organ.

Tanda-tanda : Rasa sakit yang teruk pada bahagian bawah abdomen sehingga tidak dapat duduk.Cuba tengok bahagian testis kalau ia nampak lain dari biasa.

7.Sakit pada pusat perut yang tak dapat dijelaskan

Ramai kanak-kanak yang mengalami sakit pada pusat perut yang tidak dapat dijelaskan.Sakit jenis ini tidak dapat ditentukan oleh sebarang ujian atau keadaan perubatan.Rasa sakit akan bertambah apabila kanak-kanak ini terlalu aktif atau tertekan.


Tanda-tanda : Rasa sakit tanpa sebab.Kanak-kanak menjadi lesu

credit :my.theasianparent

Kalau ikutkan aku tak perlu lagi nak bawa dia ke hospital.Mungkin ada cara tertentu untuk mengatasinya kerana nur awfiyah hanya perut berangin dan sebu je.Tapi kita pun tak tau kan apa sebenarnya terjadi pada anak kita sebab kita bukan doktor.Aku kalau bab anak sakit,walau simpanan tu untuk tujuan lain,aku tetap akan utamakan anak.Biarlah tak dapat yang lain,janji anak sihat.Sebab aku bukan anak ramai,dua orang tu jelah tempat aku menumpang kasih.Kalau boleh nak pregnant lagi...Kalau boleh.......

So,bila kita tak tahu apa jadi pada anak kita,better pergi klinik..Takdelah buat kita susah hati tengok anak dah tak aktif macam biasa..


















Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

MARCH GIVEAWAY BY PENSELDUABEE

Menu Nasi Tomato di Hari Minggu

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Walaupun keadaan kesihatan tak mengizinkan semalam,sempat jugak buatkan husband Nasi Tomato.Rasanya Nasi tomato ni lebih mudah dan takde la leceh mana.
Kalau ikut resepi di google,memang banyak nak kena sediakan,cara mudah masak Nasi Tomato cara aku ni,simple je..tak susah mana pun..So far,rasa pun sedap...hehehe..Siapa nak puji diri sendiri.So maka bersilatlah kita di dapur
Actually,aku tak guna Tomato Puri tau.Aku tak suka sebab dia masam..Tapi tak taulah kalau aku terlebih letak,atau aku tak pandai buat..hah..itu jelah.Aku lebih suka blend tomato je.Jom ikut resepi aku ni
Oklah kan kejadiannya meh la aku share sikit Resepi Nasi Tomato mudah cara aku ni.

Bahan untuk Nasi Tomato

4 Biji Tomato -Blend sampai lumat(guna air sikit je)
1 biji Bawang besar dihirs
2 biji Bawang putih dihiris
Rempah 3 sekawan
1 biji tomato dipotong dadu
Tomato sos
1 kiub ayam
Daun sup
1/2 cawan susu cair

Cara nak masak nasi tomato

Panaskan sedikit minyak dalam kuali,dan tumis bawang yang dihiris sekali dengan rempah 3 sekawan tu.Kemudian korang masukkan 1 kiub ayam dan tomato yang dah di blend.Lepas tu masukkan susu cair.Kemudian masukkan jugak tomato sos serta perasakan dengan garam.

Kemudian masukkan ke dalam beras yang dah korang cuci.Masukkan air ikut sukatan dan letak terus dalam rice cooker.Kalau nak wangi,letaklah daun pandan dan letak daun sup  tu tau.And siap!!!

Acar timun tak cukup sifat sebab takde Nenas

Ayam masak merah

Simple je Nasi Tomato aku tu kan.Nak masak pun takdelah lama sangat.Lauk dia pun mudah sangat.Nasi tomato ni aku selalu jugak buat.itu pun kalau hari minggu atau hari cuti jelah aku buat.Kalau hari bekerja lauk aku simple dan senang nak ngap

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

10 TIPS CARA UNTUK ELAK ANAK HILANG

$
0
0
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Kan aku ada up entry pasal Festival layang-layang Pasir Gudang 2018 tu kan,Kalau ikutkan dari rumah aku ke Tasik Layang-Layang tu,setengah jam pun tak sampai.Ada lah dalam 10 minit  kot.


Tapi walaupun tak jauh,kalau dah ada Festival ni,dia punya jammed boleh krem kaki ni dek non..Jumaat malam sabtu hari tu,mak aku datang,so dia lah yang ajak ke sana.Ikutkan hati ni malas rasa nak terjah ke sana.Tapi memandangkan adik² pun dah sibuk,pergilah jugak.
Satu sebab aku tak suka nak pergi Festival layang-layang ni,Orang terlalu pack.Nak ke sana-sini pun nak kena hati-hati memandangkan aku bawak anak.And yes!! ibubapa kena lebih beri perhatian kepada anak-anak berbanding tengok layang-layang kat udara tu atau cuci mata ke booth-booth yang menjual segala jenis barangan tu.




Bukan nak cakap aku ibu yang prihatin,tetapi saja nak nasihatkan sesama sendiri bila ke tempat-tempat macam ni,pastikan jaga anak dengan betul.Sebenarnya boleh je kita nak atasi kes anak hilang kat tempat-tempat macam ni.Malam yang aku pergi tu pun,ada dalam dua tiga kes  anak dan mak pak yang hilang.Yang sadisnya anak umur 3 tahun boleh hilang..Ok...aku terus tak dapat nak bayangkan macam mana boleh hilang.




Seperti yang aku baca di blog theasianparent.com ada dikongsikan 10 tips cara untuk elak anak hilang.Tips ni bagus untuk kita gunakan supaya anak kita tak hilang.Yelah,once dia dah hilang,payah untuk kita nak cari.Lagi-lagi bila kanak-kanak yang masih tidak boleh bercakap.

 10 TIPS CARA UNTUK ELAK ANAK HILANG

1. Rancang Percutian atau perjalanan anda dengan teliti
Jika kita sudah mempunyai rancangan untuk bercuti,satu hal yang perlu kita tahu adalah maklumat kawasan tempat percutian.Contohnya,adakah tempat itu penuh dengan orang ramai atau menyediakan "Kids Zone" untuk kanak-kanak

2.SEDIAKAN KAT IDENTITI
Pastikan kita tulis nama anak,tarikh lahir,alergik atau kondisi kesihatan yang perlu diketahui(jika ada) dalam kad identiti anak anda.Letak Kad Identiti ini DIDALAM baju atau poket  anak anda.Pastikan mereka tahu ada kad identiti dalam poket itu.Kad identiti itu juga perlu ada nombor telefon anda dan pasangan.

3.BERI ANAK PAKAI BAJU WARNA CERAH
Sebelum keluar rumah,pakaikan mereka dengan baju yang berwarna cerah atau warna Neon untuk mengesan mereka apabila berada di Khalayak ramai.

4.TETAPKAN MEETING PLACE
Sebelum ke sesuatu tempat,pastikan anda memberitahu atau menunjukkan pada mereka sebuah meeting place.Meeting Place sangat penting jika mereka hilang.Contohnya pilih tempat yang senang mereka ingat  seperti kaunter pertanyaan,kedai aiskrim atau restoran KFC berdekatan.

Memandangkan aku takut aku sendiri terlepas pandang kat anak-anak,so ini jelah gambar yang dapat aku snap hari tu.

5.AJAR ANAK PESANAN PENTING INI
Seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat berjaya menyelamatkan dirinya daripada di culik orang asing dengan mengingati pesanan penting ibunya ini
Jika hilang atau sesat,minta tolong pada orang tertentu sahaja iaitu pada ibu yang berjalan dengan anaknya atau pegawai keselamatan.JANGAN minta tolong pada lelak atau wanita yang berjalan seorang diri.ORANG DEWASA TIDAK AKAN MEMINTA PERTOLONGAN KANAK-KANAK,jadi jangan tolong orang  yang tak dikenali.Kekal di meeting place jika sesat.Tunggu disitu saja.

6.SIMPAN GAMBAR TERKINI ANAK ANDA
Lebih bagus jika anda memiliki gambar terkini mereka.Sebelum keluar dari rumah tu,ambil gambar terkini anak dahulu ye.Senang cerita kita selfie sebelum keluar rumah.

7.JANGAN TINGGALKAN MEREKA BERSEORANG
Walau dalam sebarang keadaan sekalipun,seorang kanak-kanak nyaris diculik ketika ibu bapanya masuk ke dalam tandas.

8.LABELKAN NOMBOR TELEFON ANDA
Salah seorang rakan saya telah menulis nombor teledonnya pada tangan semua anak-anak dengan permanent marker.Anda juga boleh melabelkan nombor telefon anda pada pakaian anak-anak.Tulis nombor telefon.

9.BELI PERANTI PENGESAN DENGAN GPS
Peranti pengesan dengan GPS ni memang mahal,tapi jika ada kita ada satu,dah tak perlu risau.pastikan peranti ini sentiasa dengan anak anda.

10.SENTIASA BERWASPADA
Perkara macam ni kita tak tahu bila akan terjadi,sebab tu kita kena sentiasa berwaspada.Jangan terlalu mudah mempercayai individu yang tidak dikenali.Dunia sekarang ni kat mana-mana boleh terjadi kes individu yang berniat nak cederakan kanak-kanak.Bukan itu sahaja..mereka juga sanggup menculik untuk wang ringgit.




So,sama-samalah kita gunakan tips ni bagi memastikan keselamatan anak kita.Oklah..Jomlah layan sikit gambar yang aku sempat snap malam tu.



Kalau tengok orang dari jauh tu,mesti korang dapat bayangkan betapa padatnya orang malam tu weh.

Nak tengok orang nyanyi pun aku malas...hahaha...Kat sini aku cari kawasan yang lapang untuk anak-anak bermain.Lepas dah beli makanan dan mainan untuk diorang.Cari tempat lapang  dan duduk sambil perhatikan anak-anak bermain.


Makcik blog ni sempatlah kan mengabadikan muka kat dalam Festival Layang-layang ni.



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar

$
0
0
Assalamualaikum
 Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar | Dalam kehidupan kita seharian kita memang tak boleh nak elak daripada bakteria.Walaupun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar,namun ia sentiasa hidup didalam dan disekeliling kita.Bakteria dan kuman sangat cepat membiak sehingga ia mampu menyebarkan pelbagai penyakit.Salah satu cara yang berkesan adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.
AIKEN adalah satu jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria iaitu Tisu Lembap Antibakteria Aiken.Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9%  bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.
Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging,sayur-sayuran,buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya  berkat manfaat antibakteria dari Tisu lembap Antibakteria Aiken
 Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar
Tisu lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta merta kerana ia dapat di bawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar,mengembara,berkelah ,ke tandas awam,di kawasan taman dan lain-lain.Dalam keadaan seperti di pam petril yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan,pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatid untuk membersihkan tangan anda.
Tisu lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun.Pek Tisu lembap Antibakteria Aiken boleh di dalapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih iaitu :

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN-PERLINDUNGAN EKSTRA

 Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar
Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan.Ia menyegarkan serta membersihkan kulit  daripada kekotoran serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih,lembut dan menyegarkan.Produk ini telah diuji secara dermatologi ,ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100 % bebas alkohol.



TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN-PELEMBAPAN EKSTRA

 Tisu Lembab Anti Bakteria Aiken untuk rasa bersih dan segar
Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit,Tisu lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9%  bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran kelembapan,serta membersih tanpa sebarang ketidakselesaan.Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan.Tisu Lembap Antibakteria AIken adalah 100% bebas alkohol,telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.





Tisu lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM6.50(semenanjung)/RM6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar.Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka,pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Giveaway Hi Nona !

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang😀 hah...pepetang ni kan jomlah kita join giveaway dari blogger nona ni..

Hadiah best tau menanti korang sempena birthday giveaway Nona ni.
Happy Birthday Nona

Semoga Nona dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan dan kehidupan yang baik dan dapat jodoh yang baik jugak..
❤ you Nona


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


GIVEAWAY HADIAH MELETOP BY LEA AZLEEYA & FRIENDS

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang..ala cantiknya picture kat bawah ni kan..Ok..kita dah lama tunggu nak join giveaway dari leya tau..So..jom kita sama-sama join.Hadiah menarik menanti korang kan.


Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends
GIVEAWAY HADIAH MELETOP BY LEA AZLEEYA & FRIENDS

SENARAI HADIAH

➦ 2 helai Tudung Aidijuma + sebuah buku motivasi preloved x 3 pemenang (Lea Azleeya)
➦ Wang Tunai RM50 x 1 pemenang (Shad)

➦ Sebuah Komik Jali Ohsem x 3 pemenang (Ankel Jonni)

➦ Sebotol Sambal Garing Che Nor (150gm)  x 5 pemenang (Kak Yang)

➦ Hadiah Misteri x 1 pemenang (Lea Azleeya)





Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Ketahui 4 Bahagian Ciuman pada Anak

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Orang kata masa anak kecillah kita kena belai dan cium mereka sepuas-puasnya.Esok-esok kalau diorang dah besar panjang,nak cium payah pulak kan.

Ciuman ni antara satu cara untuk kita tunjukkan kasih sayang kita pada anak-anak.Dengan ciuman ni jugak kita sebenarnya merapatkan lagi hubungan kita dengan anak-anak.Anak kita tahu yang kita sayangkan dia.Bukan sekadar ciuman je tau,sentuhan tu juga penting kerana dengan ciuman dan sentuhan pada anak,anak akan lebih lembut dan mendengar kata.Kekerasan pada anak bukanlah salah satu cara untuk kita mendidik mereka.
Related image
source: google

Kalau korang perasan kan,bila anak kita jatuh dan benjol sambil menangis-nangis,automatik kita akan gosok dan cium di tempat yang benjol tu kan.Dan serta merta jugak anak kita akan tenang dan berkurangan sakitnya kan.Itulah orang kata keajaiban sentuhan dan ciuman

Tetapi mak ayah wajib tahu 4 tempat ciuman yang kita kena tahu untuk memberikan kesan kepada anak kita.Dikarangkraf,En Taufiq Razif ada kongsikan kepada kita 4 tempat ciuman yang perlu kita lakukan terhadap anak


Ketahui 4 Bahagian Ciuman pada Anak


1.Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN,Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita,contohnya anak Skor A dalam peperiksaan mereka,so cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

2.Ciuman di dahi adalah tanda kita REDHA.Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita,dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3.Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU.Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik dari sekolah,tempat terbaik nak cium adalah pipi.Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau anak kita tu.

4.Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita.Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar naka kita cium tangan kita.Ramai budak-budak bukan cum tangan tapi sujud kat tanan orang tua.Salah tu.

Bersalam kena guna bibir atau hidung.Bukan dahi.Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman.Katanya dia tu tanda sembah,bukan tanda hormat.

Selain itu,cara kita menggosok anak kita.kan selalu kalau anak nangis ke ,merajuk ke,selalu kan kita gosok belakang dia.Tapi sebenarnya ada cara yang betul menggosok ni.Sama jugak dengan 4 bahagian ciuman cuma untuk ni,ada tambah 2 lagi tempat tau.

1. Gosok di babelakang leher kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2.Gosok di dada sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak.Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah-surah pendek seperti al fatihah atau ayat kursi.

PANTANG LARANG CIUMAN

Jangan sesekali cium anak di bahagian bibir,Memang nampak kiut,tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita sahaja.Bibir adalah tempat yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri juga boleh membangkitkan nafsu syahwat.Anak pun mudah keliru bila umurnya meningkat ke 5-6 tahun nanti.So,sebab tu kita tak boleh amalkan cium mulut.
perkongsian dari karangkraf.com


So,kita kena wajib tahu tempat-tempat ciuman untuk anak.Perkongsian ni adalah untuk peringatan untuk diri sendiri juga.Sebagai ibu,aku sentiasa mencari ilmu untuk menjadi ibu yang terbaik kepada Naura dan Awfiyah


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Jepuniaga | Menjual Produk Terpakai Khas untuk Para Photographer

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Nak jadi photographer ni nak kena ada ilmu jugak dan ada kreativiti tersendiri.Begitu jugak kalau nak jadi blogger ni.Kena jugak ada kreativiti dalam menghasilkan gambar yang menarik kan.Jadi photographer ni,bukan sekadar ambil gambar sahaja.At least kena tahu ,kena banyak idea memilih lokasi dan cara edit gambar tu.Dan yang paling penting,cara nak  tangkap gambar.



Bukan setakat itu sahaja tau,penggunaan kamera tu pun sangat penting.Kamera yang baik,mestilah harganya lebih mahal.Tapi ada sesetengah berpendapat,pakai kamera murah pun,tapi pandai setting kamera ,pandai memilih lokasi pun boleh menghasilkan gambar yang cantik.Itu kata mereka yang PRO lah kan pasal bidang Photographer ni.Aku bukanlah orang yang boleh berkongsi tips yang baik untuk mereka yang berkaitan dengan photographer ni.
Bila sebut pasal kamera ni kan,actually..aku tak berapa pandai sangat nak menggunakan apatah lagi penggunaan kamera DSLR.uih..Memang tak tau nak setting macam mana.Tapi pada mereka yang pakar,tentu mereka telah tahu kamera jenis macam mana yang menjadi pilihan mereka.Kamera yang canggih tentunya harganya lebih mahal di pasaran kan.




Sebab tu aku ada nak bagitahu korang especially kepada photographer lah kan,ada satu website yang menyediakan perkhidmatan menjual kamera DSLR second hand dan produk apple secara talian..Mesti korang pun pernah dengar sebelum ni.Pada yang tak pernah tahu akan kewujudan website yang menjual barangan photographer dengan harga yang berpatutan ni,memang kena tahu website ni.
jepuniaga
jepuniaga.com
Jepuniaga.comtelah ditubuhkan pada 1 Januari 2013.Mereka menyediakan servis membekalkan barangan kelengkapan kamera daripada Jepun.Jepuniaga.com adalah sebuah kedai Online yang menjual produk Apple dan Kamera DSLR terpakai dengan harga yang mampu milik.Walaupun barang yang dijual itu sudah diguna pakai,tetapi mereka tetap memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka.
jepuniaga



Antara Jenama Kamera yang dijual di Jepuniaga.com ini adalah jenama terkenal seperti Fujifilm,Nikon,Canon,Leica dan Pentax.Mereka juga ada menjual kamera baru.Selain itu juga Jepuniaga memberikan penjimatan harga belian sebanyak 50% tau.
Untuk mereka yang membeli barangan dari Jepuniaga ni,korang perlu tahu masa penghantaran akan mengambil masa selama 24 hingga 72 jam.Kos penghantaran adalah percuma   bagi barangan seperti lens,kamera dan Macbook manakala barangan Imac akan dikenakan cas tambahan iaitu Rm4.
Untuk setiap pembelian pelanggan diharap melihat keterangan yang diberi pada gambar.Jikalau anda tidak faham anda boleh menghubungi mereka terlebih dahulu.Untuk berurusniaga dengan mereka,amatlah mudah.Mereka kan update di Fanpage setiap kali stok baru sampai.

Adakah barangan dari Jepuniaga ini ada Waranti?

Korang jangan risau kerana barangan yang dijual mempunyai waranti selama 7 hari selepas barang telah sampai di tangan pelanggan.Jika terdapat kerosakkan aau tidak sama seperti yang diberitahu oleh Jepuniaga.com,korang boleh membuat aduan kepada mereka.Dalam masa seminggu sekiranya tiada tindakan dari pihak pembeli,mereka tidak akan teragak-agak untuk tidak memulangkan kembali duit korang.Apa jua aksesoru yang hilang setelah sampai,ianya tidak termasuk di dalam waranti.

jepuniaga

Perkhidmatan yang disediakan oleh Jepuniaga.com

  • Servis menjual kamera terpakai dan juga macbook dan imac terpakai dari luar negara.
  • Memulakan perniagaan semasa di Jepun dan sekarang telah membuka kedai di UTM Skudai
  • Penjimatan harga pembelian sehingga 50% dari harga yang baru.


Pendek kata,apa sahaja yang korang nak cari tu semua ada disini.Kalau korang ke Facebook Page Jepuniaga.com ni,korang boleh tengok rate servis yang diberikan oleh pelanggan mereka.Semuanya berpuas hati dengan layanan yang diberikan.


Di bawah ni aku sertakan gambar di antara barangan yang ada di jual di website mereka.
kamera dslr terpakai
Kamera 7D

monopod


bag kamera
Beg Vanguard


macbook terpakai
Macbook Pro

Macam-macam jenis kamera dan lens yang dijual disini tau.So,korang kena pergi ke website Jepuniaga.com untuk mengetahui produk terbaru yang masih ada stock.
kamera terpakai
Barangan yang masih lagi ada di dalam website Jepuniaga.com


Kalau korang mencari barangan photographer bolehlah refer kat sini,sebab banyak barangan terpakai khas untuk photographer dengan harga yang sangat murah dan berbaloi.
Untuk maklumat lanjut korang boleh lihat di bawah ni
Website : www.jepuniaga.com
Facebook : www.facebook.com/jepuniaga/
Instagram : @jepuniaga
Email : jepuniaga@gmail.com
Tel : 011-37740744

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Kumpul 6 Koleksi Sukan Ria Carrie Junior terbaharu

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Kanak-kanak memang suka bermain dengan air.Apatah lagi dengan adanya sabun.Boleh jadi riuh rendah jadinya bilik air tu.
Apa taknya,bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak dan waktu mndi adalah merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka.Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan,namun ia sebenarnya lebih dari itu.Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk simanja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri.Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka,menggilapa kemahiran sosial dan emosi,serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.
carrie junior sukan ria
Dan disebabkan oleh itu,CARRIE JUNIOR Sukan Ria direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak.CARRIE JUNIOR  telah mereka 6 figura mainal comel "SUKAN RIA" bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka.CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokaan semasa mandi,malah ia juga turut menekankan amalan nilai murnin di dalam interkasi semasa bermainan dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

carrie junior sukan ria
setiap pembelian Carrie Junior SUKAN RIA terdapat 6 koleksi mainan setiap satu di dalam mandian ini


Terdapat 6 figura mainan comel yang terdiri daripada iaitu :-

CARRIE JUNIOR-Si gajah yang gemar bermain bola sepak
SPEEDY TOMMY - Si Kura-kura yang terpantas di atas trek larian
TUFFY TEDDY - Si Beruang yang paling kuat
DRIBBLY MINKY - Si Racoon yang mahir dalam sukan hoki
SMASHY MACKY - Si Monyet yang tangkas bermain pingpong dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap produk CARRIE JUNIOR  bersaiz 700ml



carrie junior sukan ria
Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR  sebelum ini,koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ruangan rahsia yang akan menempatkan figura mainan misteri dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka,merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokkan.Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu,masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana daapt menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi Figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh di dapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath,Carrie Junior baby shampoo,Carrie Junior Baby hair & Body wasg serta Carrie Junior kids shampoo bersaiz 700ml


carrie junior sukan ria
Suka Naura dapat mainan ni.

image carrie junior

TENTANG CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR  merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan.Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan  dengan Fruito-E ,kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur,melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja.Rangkaian CARRIE JUNIOR  memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal ,rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby bath,Baby Shampoo,Hair  & Body Wash,Baby Powder,Baby Lotion dan Baby Oil.Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak








Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Name Card Terbaru dari Pixajoy.com

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Siapa kata blogger tak perlukan Namecard.WAJIB ada ok.Untuk apa? untuk setiap event yang korang pergi tu,wajib kena bagi name card sekiranya in future ada job lagi,boleh la PR tu panggil korang.


Actually,name card aku ada lagi sebenarnya.Adalah lagi sikit..tapi disebabkan aku dah ubah no.phone terpaksalah buat yang baru.Kali ni aku menggunakan khidmat Pixajoy.Masih lagi bertemakan PINK.Macam tak boleh nak move on je dengan pink kan..Tapi dah minat,nak buat macam mana.

Design ni pun aku ubah sikit-sikit dengan template yang diberikan.Kalau ikutkan design dia background kosong je,jadi aku tambah la sikit untuk nampak lebih ayu gitu pada name card.

pixajoy
Inilah hasilnya Name Card yang aku buat dengan Pixajoy tu.


Untuk Name card yang baru ni aku masih lagi menggunakan Material Art card  260gsm with gloss Lamination. Nampak cantik kan bila guna gloss lamination ni.

Jika korang berminat untuk menempah Name card macam ni,boleh la rujuk SINI .Macam-macam pattern yang boleh korang pilih.. Kalau korang nak apply free namecard dari Pixajoy klik SINI


pixajoy

Blog pink,name card pun pink jugak..hehehe,..Yang penting cantik di mata..Sebenarnya banyak lagi yang korang boleh buat di Pixajoy.Nak bagi hadiah birthday,hadiah kawen,dan macam-macam lagi dengan design sendiri pun boleh tau.


pixajoy


Masuk je website PIXAJOY ni,confirm korang akan terjebak jugak.Oh ya..Sekarang ni PIXAJOY sedang mengadakan PROMOSI  March Better.Korang boleh dapatkan Softcover book  8.5" x 12" dengan harga RM43.90 je tau...Hanya di bulan kelahiran aku je...hahaha...Banyak lagi promosi yang menarik,korang boleh klik SINI

Apa lagi yang best..tengok kat bawah ni hah...Ada lagi tau best seller yang korang perlu rembat cepat-cepat
pixajoy

Hah..apa tunggu lagi.. cepat-cepat terjah website di bawah ye

www.pixajoy.com.my



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Sahabat Sejati Dunia Akhirat - Ladies talk

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Yeay...dah diperkotakan janji untuk update pasal pertemuan diantara 4 orang ni.Dayah,aku.surya dan wani.Diorang ni Ex-Officemate aku.Alah,banyak dah cerita pasal diorang aku dah up kat entry-entry lepas.



Bila dah tak satu office ni,nak plan untuk jumpa pun payah walhal rumah takdelah jauh mana.Dekat je.Tapi kekangan kerja dan family ni buat kadang-kadang kita takde masa nak berjumpa.


Tapi entah macam mana planning,akhirnya berjumpa jugak kitorang ni.Kali ni dayah join sekali.And yang paling penting,husband masing-masing tak ikut.Aku plan nak bawak Naura,tapi belum sempat nak keluar dia dah tertidur,so bujanglah umi malam tu...


Plan nak jumpa dekat kedai makan western,tapi memandangkan tutup,kitorang just lepak kat Mek Tomyam je.Rupanya ada orang nak celebrate birthday advance kita...thanks wani belanja kek untuk akak..Cik amat dah tolong makan kan..Hah..ni entry akak buat khas untuk korang tau..So,wajib baca...
7 ciri sahabat sejati dunia akhirat
Dayah And Me


7 ciri sahabat sejati dunia akhirat
Surya...wani... and me
7 ciri sahabat sejati dunia akhirat
kek in advance

7 ciri sahabat sejati dunia akhirat


7 ciri sahabat sejati dunia akhirat
Bila dapat berjumpa ni,seronok sangat...terus terkenang cerita-cerita lama..hahaha...Kawan ni,kalau kita baik dengan dia,walau gaduh macam mana pun,dia tetap takkan cerita keburukkan kita pada orang lain..Tak de satu pun kesempatan untuk aibkan kawan kita kepada orang lain..Itu namanya kawan sejati.Tapi payah dah nak cari kawan sejati..Bila tengah wangi,semuanya indah kan,tapi bila dah busuk,pekung lama pun dibuka.Barulah rasa tak ikhlas dalam memberi sesuatu.

Bila sebut pasal kawan ni,macam-macam dah aku lalui,yang berpura-pura..acah-acah baik..semuanya ada.Bukanlah aku nak cakap yang diri aku ni perfect,tapi takdelah bila dah tak suka tu,sampai a-z history orang tu diceritakan..

Bercerita pasal kawan ni kan,ada aku terbaca dalam satu blog ni,adalah sedikit perkongsian 7 ciri sahabat sejati dunia akhirat.Alangkah baiknya bila ada kawan macam ni kan..

Rasulullah s.aw bersabda:
"Mahukah aku tunjukkan pada kalian tentang sesuatu yang darjatnya lebih utama daripada solat,puasa dan sedekah?

Pasa sahabat menjawab
"Mahu ,wahai Rasulullah",

Baginda s.a.w menjawab
"Perbaiki pergaulan,kerana rosaknya hubungan baik,bererti mencukur,aku tidak mengatakan mencukur rambut,tapi mencukur agama

hadith riwayat at-Tarmidzi

Emmm..begitulah pesannya..Maka kita berpesan-pesan supaya kita sama-sama menjadi yang terbaik dalam bersahabat.

7 Ciri Sahabat Sejati Dunia Akhirat



1.Sering Mengingatkan kita Kepada Allah S.W.T

Imam Syafie pernah berpesan;
“Jika engkau punya teman yang selalu membantumu dalam merangka ketaatan kepada Allah s.w.t, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang sebaik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali.”
Oleh itu, sahabat yang sejati adalah yang selalu mendorong kita untuk membuat kebaikan ke jalan yang dirahmati Allah s.w.t. Dia juga tidak akan membiarkan kita untuk lalai mendirikan solat, berpuasa dan ibadah lain.saling berpesan-pesan tu satu amalan yang baik

2.Rela Dimarahi Demi Kebenaran

Sahabat yang sejati sebenarnya tidak akan marah dan menyesal sekalipun dirinya dibenci atas tegurannya yang membawa kebaikan kepada kita. Ini kerana tujuan utamanya adalah untuk tidak terus membiarkan kita melakukan kesalahan. Sahabat sejati juga adalah pemberi ingatan yang baik dan setia.

3.Sentiasa Kelihatan Ceria Dan Menenangkan

Walaupun dalam menghadapi masalah, seorang sahabat sejati akan berusaha untuk menutupi permasalahannya itu agar dapat kelihatan ceria dan gembira apabila bersama kita.
Sahabat yang baik adalah apabila dia mampu melindungi kesedihan itu tanpa diketahui dan dibimbangi oleh sahabatnya yang lain.
“Jangan abaikan kebaikan sekecil apapun, meski hanya dengan menjumpai saudaramu dengan wajah berseri-seri.” HadisRiwayat Muslim dan Tirmidzi

4.Penyokong Dan Pemberi Semangat

Seorang sahabat sejati tidak menemani kita mengeluh dan sama-sama menyesali tanpa berbuat apa-apa. Tetapi dialah yang memulihkan keadaan dengan membantu kita sedaya upanya.
Dia juga sahabat yang positif untuk membangunkan kita dari kejatuhan dan putus asa, selain mengingatkan kita untuk bersyukur atas hikmah ujian Allah s.w.t.

5.Bersama-sama Dalam Setiap Keadaan

Apapun yang terjadi pada kita, seorang sahabat yang sejati tidak akan meninggalkan kita. Ini kerana tujuannya bersahabat adalah kerana Allah s.w.t dan bukan menyayangi kita kerana kepentingan dirinya semata-mata.
Oleh itu, dia akan selalu berada dengan kita dalam setiap keadaan yang bermasalah, gembira dan sebagainya. Andai kita jatuh sekalipun dia sentiasa ada untuk membangunkan kita kembali pada bila-bila masa dengan ikhlas.
Para ulama lainnya berkata:
“Seorang sahabat adalah orang yang tidak ingin dirimu menderita, akan terus memberimu semangat ketika engkau sedang kelemahan. Tidak ikut mencaci ketika orang lain mencacimu.”

6. Menjaga Rahsia Dengan Baik

Seorang sahabat sejati adalah tempat yang paling baik untuk menyimpan rahsia dan orang yang paling kita percaya. Bahkan bermati-matian untuk terus menyimpan rahsia itu. Dengan itu, sudah tentu sahabat sejati ini bukan sesekali pengkhianat kepada kita.
Anas bin Malik pernah diberitahu tentang suatu rahsia oleh Rasulullah s.a.w, Anas berkata;
“Nabi s.a.w merahsiakan kepadaku suatu rahsia. Aku tidak menceritakan tentang rahsia itu kepada seorang pun setelah beliau (wafat). Ummu Sulaim pernah menanyakannya, tetapi aku tidak memberitahukannya.”Hadis Riwayat al-Bukhari

7.Sentiasa Ada Waktunya Untuk Kita

Seorang sahabat sejati selalu ada untuk kita, bahkan sentiasa bersedia untuk berada dengan kita pada bila-bila masa pun. Apatah lagi di saat kita memerlukannya untuk meluahkan kesedihan, meminta bantuan mahupun meminta pendapatnya.
Dia tidak akan mencari alasan dan melengahkan waktu untuk sahabat baiknya sendiri, sehinggakan waktunya yang sibuk pun dikatakan tidak sibuk hanya untuk sahabatnya itu semata-mata.
“Tidaklah seorang menemani sahabatnya, meskipun hanya sesaat di siang hari, kecuali ia akan ditanya (tentang tanggung jawabnya) dalam persahabatan itu, apakah dia melaksanakan hak-hak Allah atau mengabaikannya.”al-Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumu al-Diin
Dalam ciri-ciri ini masih adakah sahabat sejati sebegini di zaman ini? Ayuhlah kita bersama-sama menjadi sahabat yang baik yang bersahabat kerana Allah s.w.t, bukan kerana kepentingan diri yang sudah tentu tidak mendapat apa-apa manfaat.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah apabila dia tiada kelak pun akan disebut-sebut kerana jasa dan kebaikannya. Bukan apabila dia tiada menjadi keseronokan pada orang lain pula. Ayuh kita jadi dan cari sahabat yang baik.
Rasullulah s.a.w bersabda;
“Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang mukmin yang bertakwa.”







Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Segmen 24 Jam Bloglist #29 Mialiana.com

$
0
0
Assalamualaikum

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Mac 2018, iaitu tepat jam 1.00 petang sehingga hari esok, 1.00 petang 16 Mac 2018. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #29 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2018.

** jom support Mia Liana....



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


7 tips buat kerja rumah bagi ibu bekejra

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang..Jomlah kita membawang kejap...eh..suka nau dengan perkataan membawang tu kan.Takde apelah nak di bawangkan..Nak pillow talk dengan mak-mak yang bekerja.Nak kongsi cerita dengan ibu yang bekerja bagaimana nak menguruskan hal rumah bagi ibu bekerja.Apa yang perlu kita hadapi setiap hari..
Ini pengalaman dari diri sendiri.bercerita pasal diri sendiri yang kekadang tu sampai tak cukup masa..Exhausted sangat dengan kerja rumah dan kerja di office.Adakalanya penat tu,sampai tak boleh nak handle kerja-kerja rumah.End up,kerja rumah langsung tak buat,makan pun pakai tapau je.Tapau tu sesekali boleh lah kan..Kalau dah selalu,mau koyak jugak poket ni.
7 tips buat kerja rumah bagi ibu bekejra

Bagaimana kita nak hadapi situasi bekerja di office dan di rumah.Kalau kat office of courselah kan,ianya akan tertumpu pada kerja-kerja office je.Takkan mungkin dapat buat kerja rumah di office kan.Dilema mak-mak bekerja ni kekadang boleh buatkan kita sakit kepala weh.Tips yang aku nak bagi ni,aku dah apply pun untuk seharian..Mana tau kot korang pun nak apply cara macam aku ni kan.

7 tips buat kerja rumah bagi ibu bekerja


1.Siapkan bahan masakkan terlebih dahulu.

AKu memang akan siapkan bahan masakkan terlebih dahulu seperti lada dan bawang kisar memang siap-siap aku kisar dan masukkan dalam bekas.Setiap pagi,aku bangun,terus ke dapur.Basuh pinggan mangkuk yang mana belum basuh tu,periuk nasi semalam,aku rendam dulu.Ikan atau ayam yang aku dah fikir nak masak apa,aku keluarkan dari peti beku dan letak di bahagian bawah.At least,masa petang tu,bila aku dah keluarkan,takdelah aku kena tunggu ikan tu keras.

2.Masak dengan bahan sedia ada.

Actually nak masak ni,waktu hari bekerja,aku akan masak se SIMPLE yang mungkin.Yang dah ready untuk aku masak.Sebab tu bila berbelanja,aku akan beli barang siap-siap..Plan siap nak masak ape,walau kadangkala idea nak masak sesuatu tu bertukar kepada masak lain..haha...Beli siap-siap santan kotak,serai ke,ape-ape jelah yang kita nak masak.Kalau setakat untuk serai tu,aku dah siap tanam kat tepi rumah.Daun limau ,limau purut tu,aku dah siap semai dalam pasu.Benda ni wajib kot,tu yang aku tanam.Kalau nak beli tu,macam tak best pulak sebab kadang-kadang serai ni tak tahan lama.So..paling mudah kita tanam..hehehe

3.Cuci Pinggan mangkuk semasa memasak.

Aku rasa setiap ibu ni,kalau dia memasak,dia akan buat kerja sambilan seperti membasuh pinggan,mengemas,dan menjaga anak.Well said,wanita ni energy dia kadang-kadang lelaki pun tak boleh nak ikut...betul tak...hehehe...Sesambil masak tu,aku akan pastikan pinggan yang digunakan,terus basuh.

4.Basuh dan sidai baju sekerap mungkin

Aku akan basuh baju 2 hari sekali.Kalau tak basuh,alamatnya menimbunlah baju  yang bakal kering tu.Kalau weekend tu memang wajib basuh.Apatah lagi weekend la banyak masa untuk membersihkan rumah,tukar cadar,basuh cadar dan mengemas rumah..uih..tak habis-habis mengemas kan.

5.Lipat baju segera

Tak taulah kan orang lain,paling malas tau bab nak melipat baju,Nasib baik mesin lipat baju tu mahal dan susah untuk di dapati.Kalau tak nak beli sebiji letak kat rumah...Nak tak nak,kena lipat baju jugak.Kalau tak lipat,memang menimbunlah jawabnya.Aku pulak tak suka nak bertangguh lipat baju sebab bila lama kita tak melipat,baju makin renyuk dan payah ler nak lipat...eh...betul tak.

6.Gosok baju untuk seminggu.

Tabik spring kalau korang boleh buat macam tu.Secara praktikalnya,aku banyak beli baju yang tak gosok pun nampak ok je keadaannya.ngeh..ngeh...Lagi bagus kalau on weekend kita boleh gosok baju untuk seminggu terus.Selalunya tengok mood jugak aku gosok..

7.Kemas rumah semasa orang lain sedang tidur.

Last sebelum masuk tidur,aku akan ke dapur untuk membersihkan dapur yang aku masak tadi.Cuci pinggan mangkuk dan lap meja.Pastikan buang sampah supaya tak busuk satu rumah dengan sampah.And of course kemas balik mainan yang anak-anak dah main.Especially bilik yang selalu dia masuk untuk bermain.Sapu sikit-sikit walaupun orang tua kata tak baik menyapu malam.
https://siraplimau.com/tips-ibu-bekerja-tanpa-pembantu/

And last,sekali barulah masuk bilik,sambil mengadap handphone,sambil layan biji mata.


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Shopping Barangan JD.Com dan Mogujie di EZBUY.COM

$
0
0
Assalamualaikum

Shopping  Barangan JD.Com dan Mogujie di EZBUY.COM | Mesti Online Shopper dah sinonim dengan website Ezbuy ni kan.Siapa yang tak tahu pasal EZBUY ni memang rugi tau.Sebab apa,EZBUY ni adalah salah satu website E-dagang yang menawarkan produk dari CHINA dengan harga yang sangat murah.


DI EZBUY,korang boleh dapati pelbagai jenis barangan dan keperluan yang korang nak dengan harga yang murah.Lebih dari 500 produk ada di dalam EZBUY ni dari keperluan pakaian,perabut,perkakas rumah dan sebagainya.

JD.COM dan MOGUJIE  KINI DI EZBUY

Terbaru di EZBUY adalah JD.COM dan MOGUJIE adalah salah satu produk yang bekerjasama dengan EZBUY.Seriously harga dan produk yang ditawarkan benar-benar buat aku tak tentu arah sekarang ni.Banyak sangat yang aku nak beli tau.Sekarang ni amatlah mudah orang Malaysia nak membeli barangan china.Dengan harga postage yang tak masuk akal tu,rakyat Malaysia mampu menggunakan barangan daripada China ni tau.

JD.COM

JD.com lebih dikenali sebagai Jing Dong merupakan satu pusat e-dagang terbesar di China.Mereka mempunyai pelbagai rangkaian produk yang diperlukan oleh kita seharian.


Ini adalah antara produk yang ditawarkan di EZBUY dari JD.Com

Untuk korang yang nak mencari barangan dari JD.com,korang perlu mencari dengan perkataan Jingdong.
Nampak tak yang aku bulatkan tu,itu adalah barangan dari JD.com


Sila rujuk link SINI untuk ketahui cara shopping di JD.com.Bila masuk sini dah rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.Banyak dah masuk bakul.Tunggu nak buat pilihan akhir je ni.

MOGUJIE.COM

Mogujie.com pula sama seperti JD.com juga cuma Mogujie lebih kepada Fesyen.Kalau korang tengok fashion yang dihasilkan oleh Mogujie ni,semuanya cantik-cantik belaka.Bukan sahaja fesyen untuk orang dewasa,malah kanak-kanak pun ada tau.
Produk Mogujie di EZBUY

Antara fesyen kanak-kanak di Mogujie.com
Harga pun not bad kan..So sangatlah merambangkan mata tau nak membeli belah di Mogujie ni.
Bukan hanya tawaran itu yang diberikan malah,penghantaran pun murah sahaja.

EZBUY TURNS 2

Hah..diam tak diam EZBUY dah dua tahun bertapak di online shopping.Dan dah semestinya sempena ulang tahun EZBUY yang kedua ni,mereka memberikan promosi dan servis penghantaran dengan harga menarik ok..

FREE VOUCHER RM15 UNTUK KORANG

Berita baik untuk korang yang belum pernah sign up dengan EZBUY,korang bolehlah sign up dan dapatkan percuma voucher sebanyak RM15.

FREE VOUCHER RM15

EZBUY ni juga korang boleh download melalui aplikasi di Google Play dan sebagainya.Sangat mudah.Jangan lupa tau singgah di website ezbuy ni.Nikmati pelbagai jenis promosi disini

www.ezbuy.com.my


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Kelebihan bulan REJAB

$
0
0
Assalamualaikum
Kelebihan bulan REJAB | hai korang...Dah pun masuk bulan rejab..Syukur alhamdulillah..Seperti yang kita sedia maklum,banyak kelebihan dan keistimewaan di bulan REJAB ni.Rejab sebagai bulan penebus dosa serta bulan untuk menambah ganjaran pahala.

PENGERTIAN REJAB

Rejab bermakna  kebesaran atau kemulian.Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.Masyarakt jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.Bagi umat islam,kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

sumber: http://dspace.unimap.edu.my/

source : darulmurtadza.com

Korang boleh dapatkan cerita Isra' dan Mi'raj melalui google ye.

So,sebenarnya banyak kelebihan yang kita boleh dapati di bulan Rejab.Rasanya rugi kalau kita tak mengambil tahu tentang kelebihannya.Di senaraikan KELEBIHAN BULAN REJAB untuk kita sama-sama lakukannya.


KELEBIHAN BULAN REJAB


1.Sabda Nabi  s.a.w ,Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2.Sabda Nabi  s.aw,Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulanku,dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3.Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,Syaaban dengan malam NUSFUnya dan RAMADHAN dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab doanya(dalam kitab Roudhoh Iman Nawawi)

5.Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertingi(Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6.Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,yang menghalakan dia ke neraka(panjangnya setahun perjalanan)

7.Puasa 4 hari pada bulan Rejab,diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari Kiamat.

8.Puasa 5 hari pada bulan Rejab,aman daripada azab kubur.Puasa enam hari pada bulan Rejab,keluar kubur bercahaya muka.

9.Puasa 7 hari pada bulan Rejab,ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10.Puasa 8 hari pada bulan Rejab,dibuka baginya lapan pintu syurga.

11.Puasa 9 hari  pada bulan Rejab,keluar dari kuburnya lalu MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12.Puasa 10 hari pada bulan Rejab,dijadikan dua sayap,terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13.Puasa 16 hari pada bulan Rejab,akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga dan orang pertama yang menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
sumber  sini 

Jom sama-sama untuk kita amati bulan Rejab dan lakukan amal ibadah yang lebih untuk bulan ini dan bulan seterusnya.






Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Pencapaian Johor dalam Dekad Baharu Johor

$
0
0
Assalamualaikum
Hai korang..baru 1st time rasanya aku nak bercerita pasal Johor.Johor merupakan tempat aku dilahirkan.Apabila melihat pencapaian Negeri Johor sekarang ini,rasa bertuah kerana berada di Negeri Johor.


 Kalau dilihat pencapaian yang di capai Negeri Johor dari tahun 2013 hingga 2018 kita sendiri maklumkan banyak perubahan pembangunan untuk rakyat Negeri Johor khususnya.Ianya selari dengan WAWASAN 2020 yang akan tiba sedikit masa nanti.Johor hari ini adalah Johor yang lebih maju ekonominya,lebih sejahtera kehidupan rakyatnya dan lebih berwawasan kepimpinan serta rakyatnya.


YAB Dato' Muhammad Khaled Nordin selaku Menteri Besar Johor mengatakan usaha Kerajaan Negeri menilai secara objektif dan jujur kemajuan semasa yang telah dicapai berlatarbelakangkan perencanaan untuk kesejahteraan rakyat hari ini dan masa hadapan.

MISI JOHOR KE ARAH WAWASAN 2020

Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi serta sebuah destinasi pilihan untuk pelaburan dan kehidupan yang berkualiti di mana kemajuan dan tradisi bergerak seiring.Ia merupakan pertumbuhan ekonimi yang saksama dan mampan didorong oleh teknologi baharu,infrastruktur moden,tenaga kerja yang berkemahiran tinggi,persekitaran perniagaan serta ekosistem yang berdaya maju dan berdaya saing,serta perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

MISI MEMBANGUN DEKAD BAHARU JOHOR

YAB Dato' Muhammad Khaled Nordin  berikrar untuk membawa Negeri Johor kepasa satu pembangunan yang bersifat inklusif lagi bersepakat ,pentadbiran yang berasaskan limpahan yang saksama,serta pembangunan yang mengutamakan pencapaian.


Antara Misi yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Johor dari tahun 2013-2018 adalah :-

1.MEMULAKAN VISI DENGAN KERAJAAN YANG BERPAKSIKAN KEPADA RAKYAT
YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin telah diperkenan sebagai Menteri Besar Johor ke-15 setelah Parti Barisan Nasional berjaya membentuk Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13.
2.KEUTAMAAN MELALUI SUARA HATI JOHOR
Kerajaan yang berwibawa adalah kerajaan yang boleh menterjemahkan hasrat rakyat, idea rakyat dan kemahuan rakyat dalam bentuk dasar dan strategi yang memakmurkan dan mendatangkan rasa sejahtera pada bangsa” YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN | MENTERI BESAR JOHOR 
Kerajaan Negeri Johor telah melantik pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia untuk penglibatan awam terhadap 100 hari pertama pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Johor.Ia bertujuan untuk menggubal dasar berdasarkan kehendak,jangkaan dan keperluan rakyat berasaskan tema "Merakyatkan Kerajaan"

3.KEPIMPINAN BERPRESTASI
Kepimpinan dan pentadbiran negeri Johor mesti mempunyai halatuju dan wawasan yang jelas. Segala halatuju dan wawasan ini mesti boleh dinilai dan diukur prestasinya. Bahawa Kerajaan mesti berorentasikan pencapaian terbaik.



4.PELAN PERTUMBUHAN STRATEGIK JOHOR
“Pelan Pertumbuhan Strategik Johor ini diilhamkan atas dua kepercayaan iaitu pertama, pembangunan ekonomi Johor mesti didemokrasikan dan kedua, kerana pertumbuhan ekonomi Johor memerlukan naratif baharu’’



5.JOHOR BERKEMAJUAN
Kerajaan Negeri Johor memperkenalkan Gagasan Johor Berkemajuan sebagai instrumen mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan Johor yang inklusif pada masa depan”


KAD  LAPORAN PENCAPAIAN JOHOR 2013-2018



Antara pencapaian yang telah di capai oleh Kerajaan Johor adalah
  • KDNK Johor telah melepasi RM100 Billion
  • Johor destinasi pelaburan terbesar dalam sektor pembuatan
  • 17,292 pemohon telah menerima tawaran RMMJ sejak 2013
  • Tanah rizab melayu telah meningkat kepada 30% daripada keluasan Johor
  • Bas Muafakat Johor telah memanfaatkan 4,503,150 penumpang
  • Kedai harga patut IMCORP meringkan kos sara hidup
  • Jalan kampung diperluaskan
  • Pembangunan Keusahawanan yang tersusun
  • 180,000 peluang pekerjaan kini tersedia
  • 77 buah SAKJ terbengkalai telah disiapkan
  • Indeks jenayah Johor telah menurun kepada 46%

PENCAPAIAN NEGERI JOHOR


1.KRT JALAN SAWI,KLUANG
Johor mencatatkan penuruan kadar jenayah sebanyak 46% bagi tahun 2017 berbanding 2011.Kerjasama aktif masyarakat menjadi antara penyumbang utama termasuklah dengan menggerakkan Kawasan Rukun Tetangga(KRT) dan Skim Rondaan Sukarela(SRS),Kini sebanyak 792 unit  KRT dan 609 unit SRS telah ditubuhkan di Johor.


2.BAZAR KARAT JOHOR BAHRU
Bandaraya yang sentiasa bergemerlapan.Pada tahun 2016,Johor telah menerima kemasukkan sebanyak 9.98 juta pelancong yang memberi impak positif kepada ekonomi,sosial dan kesejahteraan rakyatnya.

3.LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA  SENAI
Johor memiliki akses pengangkutan darat,laut dan udara yang baik.Johor telah mencatatkan kedatangan  pelacong pada tahun 2016.Jaringan pengangkutan ini berupaya membantu menjadikan Johor antara Hab Logistik terpenting di Malaysia dan juga di rantau ini.



4.MERSING
Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan keperluan rakyat Johor dalam melakukan aktiviti riadah.Di bawah Bajet Johor 2018,Rm45.7 juta diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi di seluruh negeri Johor.Sebanyak RM44.6 juta pula diperuntukkan untuk menaiktaraf taman-taman rekreasi dan riadah sedia ada.



5.MUAR
Budaya dan tradisi Johor yang tidak pernah lekang di telan zaman menjadikan ia identiti dan jati diri yang kuat kepada tanah selatan ini.Pada tahun 2017,seramai 3,104 orang menyertai program pembangunan seni budaya.Aktiviti kesenaian ini menyokonh hasrat menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa.



6.JOHOR BAHRU
Resepi dan rasa asli makanan johor yang sekian lama menjadi sebahagian identiti kuat kepada tanah Selatan ini.

Setiap daerah di negeri ini mempunyai hidangan asli Johor yang merupakan salah satu daya penarik kepada pelancong dari dalam dan luar negara.


7.TAMAN REKREASI TASIK Y,BATU PAHAT
Akses data dan internet secara percuma memudahkan lagi capaian komunikasi tanpa sempadan.Terdapat 135 hotspot Johor WiFi di seluruh Johor dengan 50 lagi hotspot akan diaktifkan di kawasan luar bandar


8.TANGKAK
Antara langkah intervensi kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat di Johor adalah melalui program air percuma bagi penggunaan 25 liter padu.Sebanyak 15,303 akaun dibawah senarai e-Kasih dan Orang Asli telah menerima manfaat daripada program ini (penerima 2013 – 2017).


9.SEKOLAH AGAMA TAMAN PELANGI ,SEGAMAT
Dalam mencapai misi utama Johor Berkemajuan, pembangunan modal insan yang lebih dinamik dan terurus menjadi fokus utama kerajaan Negeri.Terdapat sebanyak 578 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di Negeri ini. Jumlah ini termasuklah sebanyak 77 buah sekolah agama terbengkalai yang telah disiapkan. Sebanyak 30 buah lagi akan dibina.


10.KAMPUNG PARIT STAN,PONTIAN
Sejak tahun 2013, sepanjang 334.36km jalan kampung baharu berjaya dibina manakala 1,212km jalan kampung telah siap dilebarkan.Pemasangan sebanyak 29,386 unit lampu baharu di jalan-jalan kampung kini dinikmati manfaatnya oleh penduduk kampung di seluruh Johor.






11.GERAI MAKAN MAJLIS DAERAH SEGAMAT
Ruang niaga dan makan yang lebih bersih, teratur dan cekap menjadikan industri makanan dan minuman di Johor lebih berdaya saing.Di bawah Bajet Johor 2018, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM29.3 juta bagi tujuan pembinaan dan penaiktarafan ruang-ruang perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meliputi gerai, kiosk dan tapak trak makanan.


12.PONTIAN
Nelayan-nelayan di kawasan perairan Selatan Johor menjadikan hasil tangkapan laut sebagai punca pendapatan keluarga.Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan RM2,000 secara one-off kepada 5,115 nelayan di Selatan Johor yang terjejas daripada penambakan laut.



13.KAMPUS INDUK KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR KOTA TINGGI
Pelajar kemahiran di Kampus Induk KYPJ tekun mengikuti kelas kemahiran.Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, seramai 1,628 orang pelajar dalam bidang kemahiran telah menerima manfaat melalui Tabung Latihan Kemahiran Johor.


14.INKUBATOR USAHAWAN JOHOR,PASIR GUDANG
Kecekalan, niat yang ikhlas dan tawakal menjadi kunci utama kejayaan bagi seorang usahawan.Melalui inisiatif di bawah Perbadanan Islam Johor (PIJ), 4 buah pusat inkubator usahawan telah / sedang dibina di Pasir Gudang, Bandar Baru Uda, Stulang Baru dan Pengerang.



15.LADANG NANAS ,PONTIAN
Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
Pelbagai inisiatif sedang rancak dilaksanakan bagi mencapai matlamat Johor sebagai pengeluar makanan utama di Malaysia.Melalui Bajet Johor 2018, sejumlah RM17.4 juta diperuntukkan bagi sektor pertanian, perikanan dan veterinar.

16.JALAN TASEK,JOHOR BAHRU
Warga Johor memanfaatkan perkhidmatan bas percuma Bas Muafakat Johor (BMJ) sebagai pengangkutan awam pilihan.Perkhidmatan BMJ telah diperkenalkan pada 1 April 2016. Sehingga kini, terdapat 54 laluan yang telah diwujudkan meliputi kesemua daerah di Johor.Seramai 4,503,150 penumpang telah menggunakan perkhidmatan bas ini.



17.LEBUHRAYA EDL,JOHOR BAHRU
Berpuluh ribu warga Johor yang bekerja di Singapura menggunakan Tambak Johor setiap hari.Bermula 1 Januari 2018 Kerajaan telah memansuhkan kutipan tol Lebuhraya EDL yang dikenakan di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru. Pemansuhan ini telah membantu mengurangkan kos pengangkutan antara RM3.40 hingga RM10.20 sehala.

MANFAAT ORANG JOHOR DISETIAP PERINGKAT UMUR


MANFAAT UNTUK BELIA 18-30 TAHUN

MANFAAT UNTUK ORANG DEWASA 3.-59 TAHUN


MANFAAT UNTUK WARGA EMAS 60 TAHUN KE ATAS
Bagi aku,Negeri Johor banyak membantu rakyatnya dalam kesempurnaan hidup yang lebih cemerlang.Banyak yang telah diberi peningkatan untuk rakyat sendiri.Apa yang penting kita sebagai rakyat Negeri Johor adalah Betulkan Niat,Bangunkan Negeri,Belalah Negara,Berilah Nilai dan Bawalah Nama Negeri Johor.



Kalau korang nak melihat pencapaian Johor sepanjang 5 tahun ni bolehlah layari Website

http://www.dekadbaharujohor.my/

 #TeamJohor #DekadBaharuJohor

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Menginap di Le Grandeur Palm Resort Senai Johor

$
0
0
Assalamualaikum

Menginap di Le Grandeur Palm Resort Senai Johor | Hai korang..Actually percutian ni hanyalah untuk menemankan babah ke Seminar pada malam Sabtu hari tu.Kami sebenarnya dari Melaka pada Khamis untuk menghantar MIL ke sana.So,disebabkan babah ada seminar di Senai,Maka kami ambil peluang untuk menginap di sini membawa anak-anak.



Kalau ikutkan Seminar babah di Hotel ZamSaham,tapi memandangkan bawa pulak anak-anak ni,haruslah kena tempat yang ada kolam renang dan memudahkan kami untuk beriadah kan..Takdelah anak terperap je dalam bilik..Tapi memang terperap pun...hahahaha
Sebelum kami ke Melaka lagi kami dah menempah Le Grandeur Palm Resort Johor ni melalui Agoda.Boleh dikatakan Harga Agoda lebih murah dari yang lain.Aku ambil semalam hanya Rm152 belum masuk GST ok..
Le Grandeur Palm Resort Senai Johor

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor

Kolam renang di Le Grandeur Palm Resort Johor.Betul-betul berhadapan bilik kami.Ada dua kolam renang iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak.Kolam renang kat sini memang besar.Kalau korang tak menginap di sini pun,korang still boleh nak ke sini tau.Kalau tak silap aku untuk kolam renang ni,hanya RM20 sahaja.



Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kaunter pendaftaran/Receptionist


Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Di hadapan pintu Hotel Le Grandeur Palm Resort Johor

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Salah satu tempat untuk korang Chill

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
 LE SPA yang disediakan di sini

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Golfer

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kami menetap di bilik ini

Masa aku booking di Agoda,aku dah pilih siap-siap untuk bilik Deluxe Suit.Jadi senang ada satu katil besar je kat situ.

Jom aku bawak korang untuk lihat pemandangan di dalam bilik kami

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Selepas masuk ke pintu bilik kami,disediakan satu ruang untuk gantung baju,isi barang berharga dalam peti besi tu,ada juga disediakan iron,dan iron board.Jadi senang sangat nak iron baju.Takdelah kena panggil diorang untuk hantar iron kan.


Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Selepas itu korang akan nampak bilik mandi yang sangat luas.Di dalam bilik mandi tu terdapat tandas ,tempat mandi dan bath tub.

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Bath tub yang ada di dalam bilik mandi.
Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kelengkapan mandi semua ada disediakan
Selepas tu korang akan jumpa cabinet di hadapan Katil.Di dalam cabinet tu ada mini fridge untuk korang letak apa-apa makanan atau minuman

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Disediakan juga mineral water dan minuman 3 in 1

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Katil untuk kami beradu malam tu.
Actually,adik aku yang bongsu pun ikut sekali dalam percutian pendek kami tu.So husband aku tidur bawah la jawabnya...hahahaha....


Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Di sebelah katil tu terdapat kerusi dan meja sudut.tempat lepak sambil tengok tv.
Kemudahan banyak tau di sini,Korang yang kaki Golf,kaki gymm dan yang suka dengan SPA tu,semuanya ada disini.

Berbalik kepada makan malam,actually,aku tak makan pun malam tu kat tempat diorang sebab malam tu ada satu tempat je yang buka iaitu Japanese Restaurant.Memandangkan aku bawak anak-anak,kang tak termakan pulak diorang ni..Harga pun boleh tahan.So kami beli je makanan di Kedai Mini berhampiran masuk ke Hotel ni.

Di Le Grandeur Palm Resort Johor ni,korang boleh DIning In,kalau bernasib baik,semua bukak,korang boleh cuba semua sekali..Kat sini terdapat beberapa jenis makanan yang korang patut cuba iaitu
  • The Ishwara Brasserie and Terrace
  • Sobasei Japanese Restaurant
  • The Bar
  • The Grill at Cocomo
  • Xin-Shan Long Chinese Restaurant
  • Turquoise  Poolside Bar




Selepas Check in,anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam.Lepas rehat sekejap,terus bawak mereka turun ke pool.


    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    Tak perlu risau sebab ada dua kolam iaitu untuk dewasa dan anak-anak.

    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    umi lah terpaksa melayan budak dua orang ni

    Dalam pukul 6 lebih baru masuk bilik..Itu pun sebab umi dah letih nak melayan puteri-puteri ni.
    Malam tu masing-masing kepenatan,dan adik pun tak berapa sihat,so semua tidur awal.Ikutkan moksu dia nak pegi lagi berenang malam tu,hakak dia je tak kasi..Kang kena kidnap ngan mat salleh kang,sia-sia je..hahaha..


    Keesokkan paginya,kejut kan budak-budak ni awal,sebab nak pergi sarapan.Kang tak sempat pulak sebab sarapan kat sini sehingga pukul 10.30 pagi..Rasa kat mana-mana pun sama kan

    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    Sebelum pergi breakfast,umi dengan kakak wefie dulu di koridor bilik

    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    Wefie di Hotel.. Masa ni memang tak sempat nak bergambar dah sebab masing-masing buat perangai..Umi yang pening kepala


    Kalau korang bawa lebih dari dua orang,nak breakfast ni kena bayar RM15 sahaja...Murah la jugak kan..Tapi tak semua makanan korang boleh isi dalam perut..Aku pun makan sikit je..

    Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
    Kami sekeluarga.
    Masa ni adik dan kakak bagi full support untuk bergambar..Sebab jarang nau gambar kami berempat.


    Kalau korang nak menginap di Le Grandeur Palm Resort ni,aku memang recommended sangat.Sebabnya,Resort ni tak jauh dari Lapangan Terbang Senai tau.Nak cari makan pun senang je.


    Korang boleh tengok Maps dan alamat yang aku beri di bawah ni..Aku bagi 5 bintang untuk Resort ni.

    LE GRANDEUR PALM RESORT JOHOR

    Jalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo,81250 Senai Johor
    Malaysia
    www.Palmresort.com





    Thanks for Reading kisahsidairy.com
    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

    Viewing all 2782 articles
    Browse latest View live