Quantcast
Channel: Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger
Viewing all 2782 articles
Browse latest View live

Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik


Wordless Wednesday :STRENGTH

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Sihat sehingga ke hari ini,walaupun mual setiap pagi tu tetap ada.Baby dalam perut ummi dah menjangkau 18 minggu..Syukran.Cuma belum lagi merasai gerakkan baby kat dalam perut ni.

Sejak mengandung ni,selalu nak tahu perkembangan setiap bulan baby dalam perut..Teruja seorang ibu kan..Semua merasainya.

Perkembangan Bayi dalam kandungan,walaupun dah ramai tahu dan dah ramai yang mengGoogle tentang perkembangan tu,tapi aku saja nak share di blog ni.

sumber:google

Perkembangan bayi dalam kandungan 
Minggu Pertama
Selepas 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Minggu Ke-2
Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Minggu Ke-3
Selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Minggu Ke-4
Janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Minggu Ke-5
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Minggu Ke-6
Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Minggu Ke-7
Bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Minggu Ke-8
Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Minggu Ke-9
Saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Minggu Ke-10
Bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara anda akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Minggu Ke-11
Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Minggu Ke-12
Usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu Ke-13
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Minggu Ke-14
Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu Ke-15
Bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau ibu juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu Ke-16
Kehamilan anda kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Minggu Ke-17
Rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Anda mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Minggu Ke-18
Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan anda masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Minggu Ke-19
Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu Ke-20
Pertumbuhan bayi dalam kandungan anda saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payudara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu anda juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Minggu Ke-21
Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
Minggu Ke-22
Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Anda sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini anda  sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut anda. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Minggu Ke-23
Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku dan warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Minggu Ke-24
Anda akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan anda. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya anda dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Minggu Ke-25 & Ke-26
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Minggu Ke-27
Bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Minggu Ke-28
Bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Anda mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu anda juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
Minggu Ke-29
Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Minggu Ke-30
Anda perlu banyak berehat. Jika anda tidak bekerja, pastikan anda mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan anda tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Minggu Ke-31
Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu Ke-32
Bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, anda tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu Ke-33
Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal and  lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya anda perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana anda mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Minggu Ke-34
Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi anda telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu Ke-35
Berlaku perubahan pada diri anda yang mana anda akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Anda perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Minggu Ke-36
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Anda perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus anda pada ketika ini. Anda akan berasa perut anda begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Minggu Ke-37
Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Minggu Ke-38
Ibu tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Minggu Ke-39
Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu Ke-40
Minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Anda akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Anda juga akan mual dan rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.

sumber :sini


Time macam ni,mata memang sangat-sangat mengantuk..Puas dah jalan-jalan,tapi tetap juga mengantuk.Dapat lelapkan mata sekejap pun jadilah kan...



Ragam Nak MemBesar

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah..setelah dua hari mc,hari ni perlu meneruskan tugas di Office pulak.Lama jugakkan tak bercerita pasal si Jantung Hati aku tu..Kesian dia,,.sekarang ni,jarang sangat update pasal dia..Bila aku mc,tak dapat nak luangkan masa untuk dia,terpaksa hantar ke rumah SIL.kalau kat rumah pun,kesian pulak dia takde orang yang boleh nak melayan..Kekadang tu,rasa simpati kat dia..Harap dia memahami keadaan ummi dia yang tengah membulat ni.

Bila makin hari,semakin banyak keletah yang membuatkan aku rasa sayang nak tinggalkan dia..Banyak sangat yang membuat kan hati ni terhibur.

Bila duduk dengan SIL,selalu sangat lah SIL update pasal dia..Upload gambar untuk tatapan ummi dia.Bila tengok gambar-gambar yang di upload tu,tersenyum pulak sorang-sorang.

Hari ni,Lepas makan biskut 5 keping,mandi,main..tetiba terus tertidur tanpa buai.Alahai anak ummi ni,Semakin hari semakin lasak..Kaki aku ni,dah banyak kali luka dek kerana terkena walker dia tu.Kalau duduk dalam walker,boleh tahan laju kayuh..hehehe..

Tertido kepenatan bermain..Trompet ajaib dia tu memang selalulah ada menjadi teman..Tak tau lah kenapa tetiba nak tidur macam tu pulak..

Tunggu ummi balik petang ni ye..Mulut kecoh ni pantang kalau ummi dia pakai tudung,confirm dia dah menjerit dari jauh selagi tak dokong dia..Gambar ni di post oleh SIL tadi..So aku ceritakan sikit di blog ni untuk hari ni...




Craving Betik Masak Air

$
0
0
Assalamualaikum

Dah lama sangat mengidam nak makan makanan yang sesimple ni.Tapi yang simple ni lah yang payah kot nak buat dan cari.

Duduk kat taman,mana la mudahnya nak cari betik muda kan.Tapi bernasib baik sesangat jiran sebelah rumah ni suka menanam.Dan salah satunya adalah pokok betik.

Memang dok aim sangat-sangat buah betik jiran sebelah rumah.Nak mintak,alahai..segan sesangat..Tapi masa dok mesyuarat tingkap kat luar rumah tu,terkeluar jugalah daripada mulut yang mengidam ni.Di marahnya sebab taknak bagitau nakkan betik tu..Nasib baik dia memahami orang yang tengah mengandung ni.

Bila dah dapat betik,of course serta merta bawak rumah kakak ipar,suruh masakkan..At last,hari ni dia masakkan jugak,walaupun sibuk melayan buah hati aku tu.

Sempat SIL aku ni snap gambar dan hantar gambar ni kat aku..Nak tunjuk ler dia dah masakkan untuk aku..keh..keh...

Ok..alhamdulillah...ada jugak yang sudi msakkan..Nak tunggu aku masak sendiri memang tak ler...Lebih suka orang masakkan  untuk kita...Tu yang rasa nikmat sangat tu.


Lambakkan Limau Sudah bermula

$
0
0
Assalamualaikum

Pepagi lagi Kelaparan dah memuncak.Disebabkan tadi pi tuang minyak,maka lambatlah masuk kerja.Nasib baik tadi SIL sempat tapaukan Mee Hoon Goreng.Alhamdulillah..Jadi tak payah la nak beli sarapan lagi.Tapi bila dah terlambat makan macam ni,mulalah angin dah naik kepala.Mulalah rasa mual dan tak selesa.uppffhh...apa pun tak boleh,

Occay,story pendek,bukan tu nak bagitau...Cerita pasal bulan kedatangan Hari raya Cina yang bakal tiba sikit hari lagi..Tak sabar wehh nak cuti..Nak balik kampung.Dan bila cerita pasal Raya cina ni,confirm lah ada kaitan dengan limau yang berlambak-lambak.Masa nilah ramai supplier yang hantar limau..Rasa nak bawak balik je satu kotak.Aku memang suka makan buah limau ni.Tapi orang kata tak bagus makan limau ni banyak-banyak.
Sumber:google


Masa ni,lah HR dok bagi-bagi limau ni kat semua staff..Dapatlah merasa 5-6 biji limau.Aku cuma makan sebiji satu hari.Takut jugak nak makan lebih-lebih.Kalau pi Kipmart or mana-mana pasaraya,confirm banyak jumpa buah limau ni dijual.Orang-orang kita pun banyak jugak yang membeli..Yelah..benda sedap kan..hehehe


Eh..tak sabar pulak nak dapat angpau..Walaupun jumlah angpau tu sangat sedih untuk diterima,tapi semangat nak jumpa boss..Mana tau dapat bonus lebih..hua..hua..

EH..korang dah dapat bonus ke...hehehe

Jumaat Yang Indah

$
0
0
Assalamualaikum

Sumber :fb


amin..

Mengetahui Jantina Di dalam Kandungan

$
0
0
Assalamualaikum

Sumber:google

Itu sudah menjadi lumrah bagi ibu yang mengandung.Mungkin dari mulut si ibu ni,tak kisah jantina anak yang bakal dilahirkan.Tapi pada zahirnya,tetap tertanya-tanya jantina yang dikandungnya.

Macam tu lah jugak perasaan aku ketika ni,bila dah meningkat dari bulan kebulan,nak tau jugakkan jantinanya..Tapi ramai yang cakap,aku mengandung anak perempuan..Wah..nampaknya Nur awfiyah akan dapat geng bergaduh...

Walaupun baby bump taklah nampak dengan ketara,tetapi terasa jugaklah kesenakkan kadang-kadang.uppfhhh...ummi dah tak boleh tidur dengan tenang.Hari ni saja menggoogle cara mengetahui jantina di dalam kandungan.

Ada beberapa petua dan cara mengetahui Jantina anak di dalam kandungan..antaranya.

  1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama Trimester pertama,itu petanda akan mendapat anak perempuan,tapi sebaliknya tidak mengalami mual-mual pada awal kehamilan,maka korang mengandungkan anak lelaki..(Masa trimester pertama ni,memang aku mengalami morning sickness yang agak teruk.agak-agak korang?..hehehe)
  2. Tonjolan perut tinggi tu petanda anak lelaki.Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda mendapat anak perempuan.(buat masa ni tak boleh nak menentukan samada tonjolan ini berbentuk macam mana)
  3. Tubuh kita akan terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempan yang sedang mengambil kecantikkan ibunya.Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu petanda anak lelaki(takde lagi perubahan seperti itu,tunggu lah dua bulan lagi kot)
  4. Lebih suka makanan yang mengandungi proteinseperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu petanda anak lelaki.Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan tanda anak perempuan.(ni aku musykil,sebab aku memang suka makanan yang masam-masam dan tak suka yang manis.Tapi aku suka makan buah-buahan.)
  5. Posisi tidur jika lebih kearah utara dipercayai petanda anak lelaki,tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.(ni pun aku tak sure la,tapi aku banyak tidur mengiring sebelah kanan.

Banyak lagi la kot kita nak ketahui jantina dalam kandungan,ni je yang aku dapat masa menggoogle..So,nanti kalau ada lagi,aku akan update...Apa pun aku tak kisah samada lelaki atau perempuan.Yang penting dia sihat..insya allah..



"GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015"

Makanan Tambahan Yang aku amalkan Semasa tempoh mengandung

$
0
0
Assalamualaikum

Happy Monday...walaupun kurang sihat nak bekerja hari ni,tetapi tabahkan juga hati untuk bekerja..Kalau ikutkan hadi dan perasaan ni,memang taknak bekerja.Tapi disebabkan nanti banyak pulak cuti kena potong..

Oklah..pagi ni aku nak share dengan korang ,tu pun kalau korang nak baca..hehehe.,.Aku nak share supplement untuk aku sendiri semasa mengandung ni.Memang kalau ikutkan dah cukup dah ubat yang doktor bagi.Tapi wanita mengandung ni kan ,kekadang badan terasa lemah..dan tidak bermaya.

Kalau nak ambil pil-pil lain aku memang takut sebab tak kena dengan aku.Lagi satu takut jugak kan nak tambah-tambah makan ubat lain.

So aku ambil 3 benda ni untuk membantu aku dan baby sihat.Yelah..dah masuk 5 bulan,tapi perut macam tak nampak je.isk...risau...baby kecil sangat pun tak boleh jugak,Risau kelahiran pramatang tu,tak mencukupi untuk berat bayi..Kesian baby nanti kena duduk lama kat hospital.

Makanan tambahan yang pertama adalah susu..Susu tu penting untuk tulang.Bila mengandung ni,baby banyak ambil kalsium dalam badan ibu dia.wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala1 peratus untuk darah dan jaringannya. Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi.Masa mula-mula preggy tu aku minum susu anmum,tapi tak tau kenapa bila minum susu tu,terus rasa mual dan muntah,,Memng tak boleh nak masuk tekak.Lepas tu aku beli je susu Dutch lady tu untuk minum.And last baru aku beli mamil,Rasa pun oklah dan aku suka.


Sumber :sini
sumber:google

Makanan tambahan yang kedua pulak aku minum Jus Delima.Nak cari buah delima ni memang payah sikit.Mahal pun ye.Sekarang ni aku ambil Jus Delima Gulshan..Masammm....selalunya aku bancuh dengan air..Letak madu...Madu pun ada khasiatnya untuk ibu mengandung..Jus delima ni jugak salah satu makanan sunnah Rasululullah saw kan..So apa kebaikkan Jus delima ni.Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.

-Membantu mengurangkan alahan semasa mengandung
-Membantu aku memberikan tenaga sepanjang aku mengandung ni.Untuk ibu menyusu pun baik jugak.
-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan,
-Membantu mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik,
-Mencegah rasa mual.


Sumber:sini
sumber:google

Selain dari pengambilan Jus Delima dan Susu,aku ambil madu jugak.Madu tu aku campurkan dengan jus delima dan air...kacau-kacau ,terus minum.Selalunya aku cuma ambil pada waktu malam sahaja.Madu pun ada khasiatnya untuk ibu mengandung tau.

Madu dapat mengurangkan rasa loya ketika mengandung, terutamanya pada waktu pagi. Untuk kesan yang terbaik, ambil madu sebelum tidur setiap hari.
Madu juga mampu mengekalkan daya tahan penyakit ibu sewaktu mengandung. Biasanya, ibu hamil sering mendapat selesema kerana sistem daya tahan mereka lebih lemah pada ketika ini. Dengan mengambil madu, bahan anti-bakteria di dalam madu mampu menyokong sistem daya tahan ibu sewaktu mengandung.
Di samping itu, madu boleh mengelakkan masalah sembelit, yang sememangnya sering dialami ibu mengandung. Kandungan pelawas dan anti-bakteria di dalam madu membantu sistem penghadaman ibu mengandung.
Khasiat madu untuk ibu mengandung yang lain termasuklah membolehkan tidur lebih nyenyak, memberi tenaga dan mengelakkan hipertension.
Itu sahaja lah yang aku dapat kongsikan dalam entry ni..Selain tu korang boleh la share jguak dengan aku,makanan tambahan yang korang pernah ambil semasa mengandung..






Program Belajar Membaca I-SINA

$
0
0
Assalamualaikum

Pastinya semua ibu bapa inginkan anak-anak mereka mampu membaca pada uisa seawal 4 tahun kan..Di luar sana,ramai anak yang berjaya dengan hasil tunjuk ajar ibu bapa mereka sendiri sahaja.

Semuanya boleh dilakukan dengan cara I-sina iaitu satu program belajar membaca yang mudah,cepat dan berkesan.Ianya merupakan sebuah program dalam bentuk buku dan DVD yang mampu untuk memberikan pembelajaran terbaik untuk anak-anak anda.

Anak-anak yang belum mengenal huruf juga boleh terus diajar membaca.Ribuan anak kecil sudah menguasai pembacaan melalui I-sina ini.


Hanya mengikuti arahan dan langkah-langkah yang diberikan.Program ini disusun dengan langkah² pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif untuk mengelakkan tekanan dan kekeliruan anak-anak/

Cuma memerlukan pengajaran selama 10-15 minit sehari.

Program Belajar membaca I-sinaI memberikan penekanan kepada kefahaman anak² bukan hafalan,Mereka akan menunjukkan minat apabila mereka faham dan boleh mengikuti program.

  • Program Belajar membaca I-sina adalah program yang dikhususkan khas untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat,mudah dan efektif.
  • Program Belajar Membaca I-sina  ini menggunakan pendekatan yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebih memahami konsesp asas pembentukkan gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan,tanpa terikatdengan hafalan suku kata.Pada peringkat awal,kanak-kanak akan diajar bagaimana bunyi dibentuk apabila huruf² digabungkan bersama.
  • Program Belajar Membaca I-sina ini sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah yang inginkan sebuah program untuk mengajar membaca kepada majoriti kanak-kanak dengan berkesan.
  • Program Belajar Membaca I-sina ini jugak menjadikan kanak-kanak "suka" dan "mahu" terus membaca kerana mereka faham dan mampu mengikuti program mengikut kelajuan dan kemampuan mereka tanpa sebarang paksaan dan hafalan yang membebankan.
  • Program Belajar Membaca I-sina ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan Kaedah Fonetik dan menitikberatkan kefahaman kanak-kanak menerusi latihan² dan arahan-arahan guru yang sistematik dan mudah.Ia mempercepatkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh bukan setakat menghafal dan membaca suku kata mudah.

Apa keistimewaan program belajar membaca I-sina?
  1. Boleh diamalkan untuk kanak-kanak seawal tiga setengah tahun tanpa perlu mengenal huruf A hingga Z
  2. Disusun dengan langkah-langkah pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif
  3. Guru atau ibubapa yang hendak memulakan program tidak memerlukan pengalaman mengajar kerana arahan untuk mengajar diberikan untuk setiap pelajaran.
  4. Menggunakan kaedah fonetik tetapi masih memperkenalkan nama huruf di dalam prigram pembelajaran.
  5. Menggunakan cara pembacaan yang sama dengan pembacaan dalam bahasa Inggeris
  6. Mengelakkan kekeliruan kanak-kanak dalam menguasai proses kemahiran membaca

Bagi ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka belajar membaca dengan cara mudah dan berkesan,jangan lupa untuk mendapatkan e-book ini beserta DVD atau tanpa DVD..



Klik Sini
v
v
v
v

Tempahan Program Belajar Membaca I-SINA

Wordless Wednesday : Tips Kuruskan Badan

$
0
0
Assalamualaikum

Sumber: telegram

Makan-Makan Di Dessert Queen

$
0
0

Assalamualaikum

Teringin pulak tekak ni nak makan Western food dan dessert..Memang kalau kat pasir gudang ni,payah sikit la kan nak cari western tengahari ni.Lain la duduk kat bandar nun..Ada jugak la tempat-tampat lain yang menyediakan Western Food ni ,tapi jauh dari lokasi.

Ini kali kedua kot aku makan kat sini.Menu dia berlainan setiap hari.Setiap hari,Dessert Queen akan update menu apa yang mereka hidangkan hari ni...Best kan...


Teringin nak makan Meatball pulak hari ni.So ajak geng2 office shida and ogy temankan makan..Harus kena makan ikut tekak sekarang ni,nanti anak tak mengences...heheheh..

So hari ni, menu yang aku pilih hari ni Chicken Balls with Mushroom Sauce RM9.90 set dengan air twister Berharga Rm11.90.

Chicken Balls with Mushroom Sauce + Twister Juice

Meatballs with Mushroom Sauce + Twister Juice

Yang bawah ni adalah pilihan ogy dan sida...hehehe..saja lah aku nak rasa lain dari yang lain.sebab kali pertama aku dah makan ni.Harganya masih sama.

Selain dari tu,Dessert queen ni ada jugak jual desert yang menepati citarasa tekak aku..sempat tapau bawak balik red velvet cream cheese berharga Rm5
Bekas kecil ni berharga rm5.

Cukuplah kot kecil macam ni,kang kalau beli bekas besar gedabak tak habis pulak kan..

So far,makanan kat sini memang sedap.Kot lah korang yang berada di kawasan pasir gudang johor ni,Boleh la try menikmati keenakkan makanan dari Dessert Queen ni kan..Apa pun makanan atau tempat makan,kita perlu mencuba untuk tahu sejauh mana kata-kata orang tentang kedai ni..ada Betul ka??

Selain dari dessert yang aku makan..ada lagi yang lain..So yang ni korng kena terjah facebook Dessertqueen.

Hot choclate..banyak lagi minuman yang korang boleh minum kat sini.So gambar ni aku ambil dari facebook mereka


Location: Sebaris dengan Klinik Mulia Taman Air Biru.

Facebook: Dessert Queen


Happy Wedding Anniversary To Us

$
0
0
Assalamualaikum





Love is not a simple,
As a candlelight and roses,
Love is a day to day living,
Taking time,Making time to be there,
with open arms and giving heart,
Love is the special life we share,

For the rest of my life,
I'll be with you.i'll stay by your side,
Honest and true,
Till the end of my time,
I'll be loving you,


I feel so blessed when i think of you,
And i asked Allah to bless all we do,
You're my husband and my friend and my strength,
And I pray we're together in Jannah,



Love,
Your truly wife

For my husband
Ahmad Syahrizan Bin Fisal



Sakit Pinggang Sewaktu Mengandung

$
0
0
Assalamualaikum

sumber:google
aduhhhh!!!Sakitnya ku disini...hehehe...glamour gila lagu indonesia tu kan..sampaikan Nur awfiyah dengar pun,amboi,,,kemain berjoget lagi..Dalam walker pun sempat lagi dok berenjut kaki dia..

Bukan cerita pasal awfiyah,Awfiyah beriklan sekejap je..Ni edisi ummi dia bercerita pasal kandungan pulak..hehehe..

Sakit pinggang!! rasa nak tercabut pinggang ni di buatnya..Ini disebabkan kandungan semakin membesar dan menjadi kebiasaan kepada ibu yang mengandung..betuiii tak!!

Sakit pinggang atau belakang ni memang normal bagi ibu mengandung,ini kerana ada beberapa sebab yang kita patut tau,walaupun korang dah tau
  • Perubahan pada berat badan
  • Perubahan postur badan
  • Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang.
  • Otot-otot yang mula keletihan
Sumber:sini

Yang aku tau,kalau sakit tu tak terlalu kerap dan tidak juga diakhiri oleh spot yang keluar dari faraj,atau pendarahan,tak perlu risau..

Cuma tulah,kalau time sakit tu,Allah je tau macam mana sakitnya nak tanggung..Rasa nak baring time tu jugak..Kalau kat rumah boleh la baring kejap².Tapi kalau kat office ni..hadoooii..Selalunya setiap kali lepas solat kat surau,aku akan ambil masa untuk baring beberapa minit..yelah..bak kata orang,nak betulkan pinggang ni kan..

Ada juga dari pembacaan aku di internet,beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk Mengatasi sakit pinggang  dan belakang sewaktu mengandung.


  • Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
  • Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
  • Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
  • Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
  • Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
  • Elakkan berdiri terlalu lama.
  • Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.
Ni aku copy paste je dari sumber sini

Nak tidur malam pun macam tu,memang aku mengalami tidur yang kurang nyenyak..(yeke kurang nyenyak..hihi).Selalunya tidur,aku mesti nak peluk bantal dan separuh meniarap.Even dah ada awfiyah ni pun aku tak boleh kalau tak peluk bantal.Lagipun awfiyah tu kalau tidur,memang tak suka dipeluk,melainkan dia yang peluk aku..ececeh minah tu kan...
Bila perut dah ada bump sikit,memang susahlah nak tidur macam tu lagi...mulalah pulak aku mengereng kanan kiri,nak cari posisi yang baik untuk aku lena...

Ni pun dari pembacaan aku...cara tidur orang mengandung ...jom tengok


Ni cara tidur yang betul untuk ibu mengandung ye..




Cara duduk pun kena dititik beratkan jugak..


Last sekali cara ktita berdiri



Harap sakit pinggang ni taklah membuatkan aku risau dan seriau...Moga Allah pelihara anak didalam kandunganku..insya allah..amin

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

$
0
0
Assalamualaikum



Special untuk anda?

Wang tunai RM50 [Ayuni]
Wang tunai RM10 [Fadzi]
Wang tunai RM10 [Khaty]

Topup RM10 x1 [Inani]
Topup RM10 x1[Azharan]
Topup RM10 x2 [Along]
Topup RM5 x2 [Diee]

4 helai Sapu tangan vintage x1  [Diee]
Basic H Shaklee RM46 [N.Aqidah Azahar]
Belvya 1 jar (nilai : 85 WM, 95 EM) [Fina]

Review Blog [Nurin]
Tapak Iklan free selama sebulan [Syira]


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)


Mudah kan? 
jom ramai2 memeriahkan Giveaway 7 HARI by Syira Lokman ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow blog anda juga :)

Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula :10 Februari 2015
Tamat : 16 Februari 2015

Happy 10 monthsary Nur Awfiyah

$
0
0
Assalamualaikum

Happy sunday korang..hamboii..pepagi buta kan dah update blog..Si kecik ni dah bangun...tetiba teringat hari ni genap dia 10 bulan...Sekejapnya!!!...rasa baru je tatang dia masa kecik..hehehe..dah besar anak gajah dah..eh..yeke...entah la..xtau ler anak gajah lagi besar dari dia kot.




Happy 10th Monthsary sayang...Gambar ni waktu smbut birthday babah dia ..Calit sekali kek kat pipi yang tembam tu..Makin hari makin syang kat anak ummi..

Macam biasa yang ummi ucapkan tiap-tiap bulan untuk kamu.Moga membesar menjadi anak yang pintar dan solehah..Mendengar kata dan insha allah..moga menjadi anak yang berguna bukan sahaja kepada ummi dan babah,bahkan kepada negara sebaik mungkin..Ummi dan babah sentiasa mendoakan kesejahteraan mu..

p/s: Ada appointment dengan doktor hari ni kat Hospital Aminah..malasnya nak pergi..kan best kalau appointment waktu bekerja..dah la ahad je hari yng boleh merehatkan badan...

No Manners!!

$
0
0
Assalamualaikum

Itulah Ungkapan yang aku bagi kat salah seorang orang besar kat company aku ni.No Manners...Takde adab..Sakit hati bila setiap kali dia masuk office aku ni.

Kalau nak masuk department aku ni,memang kena bukak kasut..X kiralaha siapa pun yang masuk..Seharusnya kena bukak kasut..Tapi si Orang besar ni.setiap kali dia masuk,mesti susah dia nak bukak kasut..Aku faham la kalau orang production yang pakai safety boot tu,mungkin susah la kan diorang nak tanggalkan kasut..Tapi bila masuk kat office aku ni,nak tak nak diorang bukak jugak kasut..Even customers kitorang pun kalau masuk,mesti bukak kasut..ORang besar tu,cuma pakai selipar je kot,Tapi tak boleh bukak kasut..What the Hell!!!

Setiap hari cleaner bersihkan lantai,mop dan sapu..Habis tu,x gunalah kan kalau dia sesuka hati masuk office ni tanpa membuka kasut.

Kot ler terpijak taik anjing ke,kat luar sana..Kan dah payah bagi kitorang ni..Orang besar ni bukan orang islam pun.Dah nama pun orang besar kan..Belajar tinggi..Tapi bila disiplin macam ni tak boleh nak ikut..Jangan harap la orang bawah ko nak ikuit jugak kan...Haishh..Geram pulak aku..Nak je sound tepat2..Tapi kang kena buang keje lak..Diorang ni memang bahaya..Kang tak puas hati ngan kita,diorang buat sampai kita berhenti kerja pulak..habislaaa...

Habis tak habis pun dapat maki hamun kat sini jelah jawabnya..Cakap Kat HR pun macam tak guna jugak...
Ha..kan dah terkeluar ketidapuas hatian aku pada Orang besar tu..Haishh..besar kecik,besar kecik je tengok dia...



Dinner Di Old Town Giant Plentong

$
0
0
Assalamualaikum

Al-kisahnya semalam petang bila Nenek dah amik awfiyah bawak balik kampung,Kesepianlah ummi dan babah di rumah.Baru sekejap dia takde,ummi dan babah dah kerinduan..huhu
Rindu kat budak bambam ni...

Petang tu jugak babah ajak ummi pi dating..hehehe..amboi...Takdelah...bukan dating..Niat nak cari Dapur kaca untuk table top dirumah baru..Disebabkan Tukang rumah tu dah nak siapkan table top hujung minggu ni,So kenelah beli yang cepat..

So,petang tu,kitorang menjelajah di setiap kedai yang ada di dalam Giant Plentong tu..Mula-mula pergi Sen-Q..Canttik dan berkenan,tapi over budget...Jenama memang puashati  sebab dah banyak kali survery,orang menggunakan Elba.

Disebabkan overbudget,terpaksalah cari tempat lain pulak,Masuk Courts,Malangnya takde stock.Nak order pun hampir 2 minggu jugak dapat..Last-last cancel..Dah penat berjalan-jalan...Singgah dinner terus di Old Town Cafe...Mulanya nak masuk Secret Recepies,tapi disebabkan kat situ takde nasi,So...kita tukar ke Old Town.

Menu yang aku pilih malam tu biasa-biasa je..Husband,of course la nasi...Menu kami

Old Town White Coffea Cham (Hot) untuk aku

Old Town White Coffea Cham(Cold) untuk husband

Pudding Pandan
Of course sedap puding ni..

Old Town Curry Mee
Memang mabless..menepati citarasa aku


Old Town Curry Chicken Rice
Ni pilihan husband.Pun sedap jugak

And last sekali kami order ni
Fried Seafood Dumpling Basket

Gambar yang last ni aku ambil dari Page Old Town..Tak sempat nak snap gambar sebab dah lapar sangat.

Walaupun misi mencari dapur kaca di Giant tak dapat,Tapi sempat sambar sebijik handphone..Duit bonus dapatlah jugak nampak benda tu.

At last,dapat jugak Dapur kaca walaupun bukan didapati di Giant..hahah...Akhirnya dapat juga barang yang nak dibeli walaupun bukan jenama Elba..Dapat Cornell pun ok jugak kot...


So kalau korang nak tau menu yang ada di Old Town ni boleh layari website rasmi mereka







Happy New year dan selamat bercuti

$
0
0

Assalamualaikum

Hai korang.wah..mwsti seronokkan dapat bercuti ni.Sempena sambutan perayaan chiness New Year ni,of courselah kita dapat tempiasnya bercuti jugak.

Sekarang ni sudah pun sampai je kampunf halaman.Malam tadi jugak bergerak balik ke kampung.Tak sabar nak berjumpa anakanda tercinta.

Hari ni apa aktiviti korang? Aku pun tak tau apa aktiviti nak buat hari ni.Ingatkan nak bawak family mandi manda.Tengoklah macam mana hari ni,mungkin petang sikit baru dapat keluar memandangkan mak terpaksa pergi merewang pagi ni.Yelah,bila dah cuti sekolah ni, ramai yanf buat kerja kahwin.

Oklah korang  see u then

Selamat bercuti.Berhati hati walau dimana kalian berada.

Viewing all 2782 articles
Browse latest View live