↧
WW:Hadiah Menjadi Top Komentar Azhafizah
↧
Jom Sertai WOOP.My
Assalamualaikum
Bila semalam naik kerja,maka banyaklah yang perlu disettlekan..Tapi di saat nak memulakan kerja ada dua barang yang aku x sure bila pulak aku membelinya.Nak kata aku ada membeli belah online,memang ler nan hado..
Curios pulak tetiba..Tapi bila dah nampak apa barang di dalamnya,emmm..kuakui,itu adalah dari WOOP..
Apa itu Woop?
Kalau korang Join,korang akan dapat Hadiah penghargaan dari WOOP seperti aku.Aku dapat tau pasal woop ni pun dari rakan blogger jugak.Apa yang korang perlu buat,just jawab soalan-soalan yang diberikan dan kumpul point untuk korang tebus barangan seperti Rexona,Softlan dan lain-lain
Ok..ikuti langkah-langkah ni,jika korang nak Sign up WOOP
1.Klik Link ni :- http://www.woop.my/friend/index/id/217323/
2.Kemudian isi details ini
3.Halaman tertera di akaun woop korang
4.Ok..korang dah boleh start jawab soalan..samada di Daily mission atau Big mission..Setiap soalan yang korang jawab,korang akan collect point yang boleh digantikan dengan barangan yang direward seperti dibawah
Bestkan...Ha..cepat join sekarang dan kumpul point sebanyak mungkin..
As a beginner,aku dapat Couple rexona..walau dah lama tak guna,tetapi tetap jugak nak guna,.hahaha..apekah ayat aku ni
Best kan..Jom cepat-cepat sign up kat sini http://www.woop.my/friend/index/id/217323/
↧
↧
Makanan Yang Membantu Kuatkan Tulang Bayi
Assalamualaikum
Alhamdulillah..Nur Naura Auni dah pun berusia 7 bulan..Makanya sejak dari 6 bulan lagi dia dah boleh makan makanan pejal..Masa naura berumur 6 bulan makanan yang pertama dicuba adalah Nestum!!Ufftt...Memang kalau boleh taknak la kan bagi nestum kat dia..Tapi dah orang tua dah suruh bagi,jadi terpaksalah bagi juga.Bila dirumah,aku buatkan dia puri lobak,sayur sawi putih,kentang dan sampailah dia nak hampir ke 7 bulan,aku perkenalkan dia bubur pulak.
source:google
Kekadang kita sebagai ibu ni,tak tahu makanan mana yang memberikan khasiat kepada anak.Terpaksalah google mencari ilmu tentang pemakanan bayi.Bukan sahaja makanan yang diberikan,malah kita mestilah tahu makanan tu dapat membantu apa dalam pertumbuhan anak kita seharian.Terutamanya tulang.
Bila sebut pasal tulang ni,haruslah kita nak tulang anak kita kuat.Bila tulang mereka kuat,maka,progress mereka tidak terencat.Malah lebih maju dari biasa kan..Selain dari memberikan susu yang bagus,mestilah makanan menjadi topik utama dalam pembesaran mereka.Kekadang kita tak tahu kan Jenis makanan bagaimana yang mampu menguatkan Tulang si anak ni.
Dari pembacaan aku di Sini,ada 5 Jenis makanan yang membantu untuk kuatkan tulang anak kita.
Dibawah ini ada 5 jenis makanan yang dikatakan mampu membantu menguatkan tulang bayi anda.
1.Minyak Zaitun
Sapu minyak zaitun sejak bayi baru lahir untuk membantu menguatkan tulang anak dan melindunginya daripada masalah penyusutan tulang.
2.Madu
Makanan sunnah ini mengandungi zat besi dan mineral yang dapat membantu proses pencernaan bayi dan kurang risiko cirit birit.Tetapi ia hanya sesuai untuk bayi berusia setahun ke atas.
3.Pati kurma dan susu
Rendam buah kurma dalam susu dan lumatkan hingga halus.Beri kepada bayi berusian tujuh bulan ke atas.
4.Kubis
Rebus kubis dan kisar hingga halus.Kubis mengandungi kalsium yang tinggi dan baik untuk pertumbuhan tulang.
5.Biji Gandum
Rendam biji gandum selama lima hingga enam jam.Kemudian masak ia.Campur sedikit dengan nasi,susu dan gula.Kisar sehingga halus dan beri anak anda makan.
emmm..Nampaknya aku ketinggalan untuk memberikan kurma pada Naura.Nak carilah..Last makan kurma adalah masa mengandungkan dia.Masa tu memang rajin aku amalkan Kurma selain Minyak zaitun,pati delima dan madu.Alhamdulillah..Tulang naura memang kuat berbanding kakak dia dulu.Itu sahaja sedikit perkongsian dari aku..Insya allah..sama-sama kita amalkan ye
↧
Breastfeeding Journey :Bengkak Susu
Assalamualaikum
Alhamdulillah...Dah 7 bulan berlalu dan 7 bulan juga Nur naura Auni masih lagi breastfeeding.Walaupun tidak sepenuhnya breastfeeding,bersyukur,masih lagi diberikan peluang untuk terus breastfeeding.
Sebenarnya dari dia berusia 6 bulan lagi,ummi nya dah surrender nak menyusukan dia.Bukan sebab apa,kekadang kekangan waktu mengepam tu sangat terhad.Kalaulah dapat duduk sentiasa di meja office takpe kan..Ini,perlu ke sana dan kesini membuat kerja.Table pun open je.Memang payah nak mengepam.
Tapi syukur masih lagi boleh breastfeed,dan masih lagi ada susu untuk si kecil ni.Waktu menyusu dengan aku adalah masa dia bersama dengan aku.Yang syukur sangat tu,bila dia nak,susu tu sentiasa ada.Make sure pagi sebelum ke tempat kerja aku susukan naura,begitu juga balik dari tempat kerja..Memang wajib!!!..Masa mula-mula tu ada jugak lah bengkak susu..Sebabnya.ummi memang dah tak daya nak mengepam waktu bekerja.
Bila dah terjadi bengkak susu ni,maka sangatlah tidak sihat..Mulalah badan rasa dedar je.Semuanya serba tak kena.Yang pastinya bila terjadi macam tu,aku akan tuamkan tuala yang direndam dengan air suam supaya bengkak tu surut.
Bercakap pasal bengkak susu ni,tahu tak korang,sekiranya nipple kita tercedera atau ada luka(biasanya disebabkan trauma ketika baby sucking)bila luka,tersebut menjadi parut,liang pori susu boleh tersumbat,manakala liang lainnya masih boleh mengeluarkan susu seperti biasa.jadi breast tdak bengkak sepenuhnya sebagaimana lazimnya bengkak susu biasa,tetapi ada individual breast lobules yang bengkak di dalam.Kadang-kadang sampai berhari-harikerana jika dipam pun,susu susah nak keluar daripada liang yang berkenaan sebab porinya dah tersumbat.Bayi hisap,lagi menyakitkan
So cara nak atasinya
1.)The painful way
-urut dengan kuat ditempat yang sakit dengan direction ke arah nipple sehingga liang pori berparut itu terbuka dan susu memancut keluar darinya
2.) The Less Painful way
Cuba ikhtiardengan Lecithin.Kata Dr.Jack Newman(a canadian physician & lactation consultant),it may do this by decreasing the viscosity of milk by increasing the percentage fatty acids in the milk.
Lecithin membantu mengurangkan kelikatan susu agar lebih mudah untuk dikeluarkan daripada liang yang tersumbat itu.Dos yang dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari ketika bengkak susu.
Boleh juga sapu herbal blend cream pada bahagian nipple crack ,insya allah lega.
Emmm...Nak breastfeeding tak semudah yang disangka.Kerana susu tu datang dari minda/otak..Kalau kita positif insya allah...Semuanya bergantung pada diri sendiri..Tak semua ibu berjaya menghabiskan masa breastfeeding sehingga anak mereka dua tahun..Dan aku percaya semua yang berlaku ada hikmahnya..Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui..So kepada ibu bapa yang tidak dapat menyusukan anak dengan jayanya,janganlah kusut..Semuanya ketentuan Allah kan...sama macam aku ni ha..hehehe
↧
Appointment di Hospital Sultanah Aminah
Assalamualaikum
Salam jumaat korang..Jumaat dah..sekejap je kan.Semalam bercuti..Yang follow aku mesti tau aku kemana kan..emmm..sebenarnya cerita tak best untuk di kongsi.
Tapi memandangkan blog ni kepunyaan aku,so nak lah corat-coret sikit untuk mengingat kembali kenangan yang lampau..Lampau la sangat kan.
Bercuti semalam,aku ada appointment dengan doktor pakar kardiologi di Hospital Sultanah Aminah.Pergi pun semalam tak bawak buah hati yang kecik..bawak buah hati yang besar je sebab tak larat la nak drive jauh-jauh..Lagipun yang dok johor ni pasti tau,kalau nak ke HSA tu,confirm parking payah..Nak kena round dua tiga kali baru dapat.
Selalunya aku sruh husband turunkan aku dlu,at least,taklah banyak masa yang terbuang.Kalau ikutkan appointment pukul 8 pagi..Tapi aku datang dekat pukul 10 pagi..hahaha..Malas weh nak berkejar-kejar waktu pagi..As usual la.klinik kardiologi memang sibuk..Gaknya ramai warga johor yang sakit jantung kot.termasuk aku.
Memang berdebar-debar bila nak tau apa yang doktor akan katakan pada aku..And of course husband kena ada kat sebelah..Dia kena tau apa yang terjadi pada bini dia ni kan.
Sedih memang sedih bila doktor kata,diorang tak suggestkan aku mengandung lagi sebab masalah jantung aku..emmm..macam mana ea aku nak terangkan keadaan jantung aku ni.
Kalau korang nak tau,aku pernah operation jantung pada tahun 1996,masa tu aku di tingkatan 3.Sebab aku operation adalah kerana Jantung berlubang.Kalau ikutkan aku operation dua kali,yang keduanya sebab injap jantung sempit.Tapi tak taulah,doktor kata masih boleh berfungsi dengan baik.Dan lepas tu aku takde masalah ape pun..Ingat aku dah baik dengan betul.
Tapii..rupanya tidak..Aku dpat detect yang aku kurang sihat pun masa mengandungkan naura,cepat penat,lelah..kekadang nak bernafas pun macam susah sikit.Kalau naik tangga lagi la...uffttt
Sampai sebulan sekali kena gi pakar..Pakar dah bising kat aku kenapa tak bincang dulu dengan mereka aku nak mengandung..aikk...ehehe...Tapi masih belum dapat tau kenapa..Sampai ada yang doktor suspect aku paru-paru berair pun ada..pulok doh!!
Sampai aku nak bersalin pun masih argue jugak ,kata pakar jantung boleh bersalin normal,kata pakar puan,tak boleh pulak sebab takut jantung tak boleh nak support masa aktiviti meneran tu.Redha jelah masa tu..Nasib baik takde tanda-tanda nak bersalin malam tu..Sampailah doktor buat keputusan aku kena bersalin Czer..
Lepas bersalin pun still lagi follow up dengan pakar,buat ultrasound..buat ECHO dan bermacam lagi la..Doktor ada menasihatkan aku supaya aku tidak mengandung lagi..Sedihkan..Husband mengharapkan akan ada sorang dua lagi..Tapi doktor tu betul-betul bagitahu yang dia memang tak menyarankan aku mengandung lagi sebab masalah jantung aku..Aku terima dengan redha,jika itu takdirnya..Alhamdulillah..Naura dan awfiyah pun dah boleh menggembirakan aku..Syukur..
Semua kerja Allah swt..Kalau dia mengkehendakkan sesuatu,sebagai umatnya,kita kena redhakan..
Moga aku terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjadi ibu kepada Naura dan Afwiyah..syukur..
↧
↧
Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Assalamualaikum
Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.
TAMAT : 28 FEBRUARY 2016
Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Terima kasih atas sokongan semua ^__^
↧
Printcious - Hadiah Dari Hati Untuk Yang Tersayang
Assalamualaikum
Mesti korang pening kan bila bab nak cari hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang..Nak pergi shopping complex pun tak sempat untuk cari hadiah.Aku pulak bab idea nak bagi hadiah ni memang payah nak keluar..kekadang tu tak tau nak bagi hadiah apa untuk yang tersayang dan rakan-rakan.
Printcious
Menyediakan perkhidmatan percetakan pada lebih 200 barangan hadiah DIY seperti T-shirt,mug,puzzles,phone case,mousepads,keychain dan sebagainya dengan gambar anda dan kata-kata istimewa khas untuk semua majlis seperti harijadi,ulang tahun perkwahwinan,perkahwinan dan acara-acara korporat
Korang hanya perlu melayari Printcious ,mendaftar sebagai ahli dan mencari hadiah mengikut citarasa kita sendiri.Semuanya di hujung jari je.. memang bestlah Printcious ni..Nama pun Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”
Nak login pakai FB pun boleh jugak
Lepas tu isi je details ikut apa yang dia nak..Senang je nak masuk-masukkan details ni..Details ni adalah untuk penghantaran korang nanti..So wajib isi ye
Selepas korang dah selesai megisi segala apa yang dia nak,so sekarang ni boleh la korang pilih jenis hadiah yang korang nak..So simple..Semuanya tekan-tekan je.
Ada beberapa jenis hadiah yang mereka suggestkan untuk korang pilih mengikut kategori seperti:-
- T-shirts
- Mugs
- Cushion
- Phone Cases
- Ceramic Tiles
- Puzzles
- Mouse pads
- Mini Tees
Kat sini memang sangat mudah membuat carian mengikut kategori..Contohnya kalau korang nak pilih Mug untuk diberikan kepada yang tersayang.Just klik Mugs dan korang boleh pilih
Yang bestnya korang boleh pilih untuk Customize kan mug tu mengikut citarasa korang..Nak letak gambar ke,nak tulisan macam mana,semuanya tersedia..WEh..comel-comel tau ,sampai aku rasa tak tau nak pilih yang mana...ngeeee...
Ok,Bila korang dah buat pilihan hadiah apa yang korang nak bagi,Meh aku tunjukkan pulak cara nak membelinya pulak..
-Terus klik product yang korang nak and Add to Cart
Kalau korang beli sekarang ada diskaun 20% tau..Rugi tak grab sekarang
Dah tu,korang terus je proceed check out..If korang ada kod diskaun,korang just letak dekat dalam kotak bahagian Order summary tu.Penghantaran percuma bagi pembelian RM60 keatas untuk single Order..Ha..Best kan...Lepas tu bayar dan tunggu pengesahan dari mereka..
If barang korang rosak ke,lambat sampai atau tak sampai langsung,korang boleh terus email Printcious untuk mendapatkan respons yang cepat
Emm..Lepas ni boleh la belikan hadiah lagi untuk rakan-rakan dan yang tersayang di sini..Banyak pilihan dan senang je nak pilih..heee..
So,apa tunggu lagi,cepat-cepat buat pilihan dan dapatkan nilai hebat untuk februari ni.
Untuk keterangan lanjut,korang boleh lawati
Facebook : https://www.facebook.com/printcious/
Website : http://www.printcious.com/
↧
Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016
↧
29 Februari Hari ni
Assalamualaikum
Alhamdulillah..Hari ni 29 Februari.. Bukan senang kan nak jumpa tahun ni..Selalunya kita cuma lihat februari cuma ada 28 hari sahaja.
Buka facebook pagi ni ,facebook dah reminder hari ni adalah 29 haribulan...Wahh..rasa teruja kan..
source from my facebook
Hari ini juga dikatakan tahun lompat kerana ianya berlaku dalam 4 tahun sekali.Meh kita lihat tentang tahun lompat :-
1.Ia berlaku dimana apabila ada 29 hari pada bulan februari,Biasanya bulan februari hanya 28 hari sahaja,ia akan berlalu 4 tahun sekali.Maknanya tahun ini akan ada 366 hari berbandung 365 hari kebiasannya.
2.Tahun 2012 merupakan tahun lompat dan ianya akan berlaku pada tahun 2016 iaitu tahun ini dan seterusnya 4 tahun akan datang.
3.Kenapa perlu ada tahun lompat?Seperti yang kita tahu,bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun.Tahukah anda bumi mengelilingi matahari secara lengkap bukan 365 hari atau 366 hari dengan tepat?Sebenarnya,bumi mengelilingi bumi mengambil masa 8766 jam bersamaan 365 hari 6 jam.Setiap 6 ja,daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikan 1 hari(6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam= 1hari itu diletakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 februari .Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.
4.Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 februari pada tahun lompat,selalunya dia akan menyambut hari kelahirannya pada 28 februari ataupun pada 1 mac pada tahun biasa.Ini keistimewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 februari..(sumber sini)
Mesti syok bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan yang lahir pada tahun lompat ni.Siapa kat sini yang lahir tahun lompat...cer komen sikit
↧
↧
Penginapan Homestay Tawakkal Nusa Bayu Johor Bahru
Assalamualaikum
Adakah anda mencari Homestay Selesa di sekitar Johor Bahru?Berdekatan dengan Bandar dan Destinasi Percutian terkini di Johor Bahru? Penginapan Homestay Tawakkal Nusa Bayu memberikan satu percutian yang amat menarik bagi anda yang sukakan percutian yang hebat.Terletak di tengah-tengah di antara destinasi percutian terkemuka di Johor Bahru.
Homestay yang terletak di Taman Nusa Bayu,Nusajaya Johor merupakan kawasan yang paling strategik kerana ia bersebelahan Lebuhraya Pontian yang menghubungkan Lebuhraya Hubungan kedua Malaysia-Singapura dan Lebuhraya Utara Selatan (Exit 309:Persiaran Bayu)
Kelebihan Homestay Tawakkal Nusa Bayu
- Kediaman teres dua tingkat berkeluasan 20 kaki x 70 kaki
- Mampu memuatkan tiga hingga empat keluarga
- Boleh memuatkan dua buah kereta
- Bersesuaian untuk ahli keluarga yang ingin menghadiri pendaftaran/Majlis Konvokesyen Universiti/Menghantar rombongan Pengantin dan lain-lain
Kemudahan yang Disediakan
- 4 Bilik Tidur dan 3 Bilik air
- Ruang Tamu yang luas dengan set sofa,TV LCD,dan Astro
- Ruang makan dilengkapi dengan set meja makan untuk 6 orang
- Ruang Dapur dilengkapi dengan pinggan mangkuk peti sejuk dan cerek elektrik
- Mesin Basuh automatik
- Seterika dan Papan seterika
- Tuala dan Sejadah
4 Bilik tidur yang selesa untuk mereka yang datang dengan keluarga yang besar
- Bilik Tidur Kedua: 1 katil Single (bilik air berkongsi dengan Bilik Tidur Ketiga)
- Bilik Tidur Ketiga: 1 katil Queen (bilik air berkongsi dengan Bilik Tidur Kedua)
- Bilik Tidur Keempat (tingkat bawah): 1 katil Queen (bilik berhawa dingin dan bilik mandi dilengkapi air pancuran mandian panas)
3 Bilik Air Yang selesa dan bersih
Ruang Tamu yang luas.
Ruang Makan
Ruang Dapur
Destinasi menarik
sekitar homestay
- Legoland Malaysia-10 minit
- Educity-10 minit
- Kota Iskandar-10 minit
- Hospital Columbia Asia-10 minit
- Johor Premium Outlet-15 minit
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai-15 minit
- Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour-15 minit
- Pinewood Iskandar Malaysia Studios-15 Minit
- Puteri Harbour Family Themer Park-15 minit
- Danga Bay-15 Minit
- Angry Bird Activity Park-20 minit
- UTM Skudai-20 minit
- Pelabuhan Tanjung Pelepas-20 minit
- Forest City-25 Minit
Penginapan di Homestay
Tawakkal Nusa Bayu ini bermula dari RM320 pada hari biasa, RM350 pada hujung
minggu dan RM370 pada Cuti Umum & Cuti Sekolah. Diskaun khas akan diberikan
sekiranya anda menginap lebih dari 2 malam. Cepat booking sebelum tempahan
ditutup!
Bagi yang berminat
untuk bercuti & menginap di Homestay Tawakkal Nusa Bayu di Nusajaya, Johor
Bahru ini boleh ke laman web dan laman sosial berikut untuk keterangan lanjut
dan booking.
Telefon/WhatsApp:
017-779 7900 (ANDI MOHD FAUZI)
"Penginapan selesa dan harga berpatutan dengan kemudahan yang lengkap yang disediakan"
↧
Dah bertindik pun Naura
Assalamualaikum
Biasa...Bagi mak-mak yang ada anak perempuan,bertindik tu perlu bagi aku..Bukan ape,macam si Naura ni hah!! Kalau tak bertindik,ada jugak auntie panggil handsome boy walau anak aku pakai baju perempuan.
Bertindik masa kecil ni bagus,sebabnya bila dia dah besar,memang payah la nak bertindik..Ala...bukan sakit dua tiga hari pun..Sakit sehari je..Lepas tindik tu,letak la minyak gamat sikit supaya tidak bernanah
Kalau orang dulu,memang ada Adat bertindik ni,tapi itu bukan satu keperluan..Adat orang dahulu lagi ler aku kesian bila anak-anak ditindik menggunakan jarum je..Takde maknanya nak letak ubat kebas bagai..Cepat je..Pakai anting-anting pun guna benang dengan kunyit je tau..
ADAT ini biasanya dilakukan sewaktu anak itu masih kecil, iaitu bagi anak perempuan yang berumur enam tahun ke atas. Ada juga yang bertindik ketika berusia lebih muda, iaitu ketika diadakan adat bercukur, tetapi ini jarang dilakukan.Sumber sini
Memakai hiasan pada telinga tidak terhad kepada kaum wanita tertentu sahaja. Ia disukai oleh ramai wanita daripada berbagai golongan. Golongan muda-mudi lebih meminati anting-anting yang diperbuat daripada plastik, logam, emas dan sebagainya.
Bertindik telinga bukan sahaja diamalkan di kalangan Melayu bahkan boleh dikatakan kaum-kaum lain seperti India dan Cina juga meminatinya. Kini terdapat golongan muda-mudi yang menindik di beberapa bahagian pada copeng telinga mereka. Lubang-lubang pada copeng telinga akan tertutup semula jika dibiarkan tanpa memakai subang. Terdapat pelbagai reka bentuk hiasan telinga. Ada yang menggunakan berbagai-bagai logam dan batu permata.
PROSES BERTINDIK
Proses bertindik dilakukan oleh orang yang mahir tentang cara mencucuk jarnm pada copeng telinga. Pada zaman silam perbuatan ini dilakukan dengan menggunakan sebatang jarum yang dicucukkan ke copeng telinga. Benang sepanjang 2 cm dimasukkan ke tempat cucukan melalui lubang yang dibuat. Kemudian kedua-dua hujungnya disimpul supaya tidak tercabut. Selepas tempat cucukan itu keringa, benang ditarik keluar. Apabila benang ditarik keluar, sepasang subang bulat dicucukkan ke lubang tersebut.
Kini proses bertindik boleh dilakukan di kedai-kedai emas. Mereka menggunakan alat seperti pistol kecil dan ditembakkan pada copeng telinga berserta dengan subangnya sekali.
Bertindik Telinga Secara Tradisi
Untuk menindik telinga suatu masa yang baik ditentukan. Hari yang baik melakukan upacara ini ialah hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari yang dinyatakan dipercayai membawa berkat kepada mereka yang melakukan upacara tersebut.
Sebelum upacara ini dilakukan, seorang tukang tindik dijemput. Setelah mendapat persetujuan, beberapa kelengkapan disediakan. Kelengkapan yang diperlukan termasuklah jarum tindik, sirih pinang, limau nipis, bertih serta pulut kuning bersama dengan sebiji bunga telur. Selain itu segelas air dan batang kemuncutjuga perlu disediakan.
Upacara ini dilakukan apabila matahari telah meninggi. Apabila semua peralatan telah disediakan, tradisi memandikan si gadis yang akan ditindik ini dilaksanakan. Air sebaldi digunakan untuk bersiram. Di dalam air tersebut dimasukkan bunga-bunga tempatan, sepenti bunga cina, bunga kenanga, bunga melur dan sebagainya (sekurang-kunangnya tiga jenis bunga). Selain itu, sedikit daun pandan digunakan untuk mewangikan air tensebut (daun pandan yang telah dijadikan bunga rampai). Selepas itu si gadis akan duduk bertimpuh (bersila) di atas lantai. Kemudian air bunga yang telah dijampi akan dimandikan kepada si gadis. Cara bersiram tersebut dimulakan dari hujung kaki kemudian diikuti ke bahagian atas anggota badan.
Setelah selesai upacara bersiram, si gadis akan dikenakan pakaian tempatan (baju tradisi seperti baju kurung dan sebagainya). Kemudian si gadis disuruh bertimpuh sekali lagi di hadapan tukang tindik, iaitu di hadapan peralatan yang disediakan. Tukang tindik atau wakilnya akan menyuapkan sekepal pulut kepada gadis tersebut. Sirih pinang yang telah disediakan diambil dan dijampi kemudian dihulurkan pada si gadis untuk dimakan (sekiranya si gadis tidak makan pinang, memadailah dengan menerina sahaja dan dikembalikan).
Seterusnya tukang tindik akan memegang telinga si gadis dan dijampi. Kemudian diambil jarum dan ditusuk (cucuk) ke telinga kanan dan kemudian diikuti telinga kiri. Setiap lubang tindik akan dimasukkan batang kemuncut supaya apabila ia sembuh lubang itu tidak akan tertutup.
Setelah upacara menindik telinga selesai doa selamat dibacakan. Selepas itu para tetamu dihidangkan dengan jamuan. Setelah selesai jamuan makan selesailah upacara adat menindik telinga dijalankan.
Itu semua adat orang dulu dulu..Kita tak payah ikut pun takpe..Bukan haram pun..Tapi yang aku cerita ni adat orang dulu-dulu tau..So,jangan kecam aku eh..
So,bila anak dah bertindik ni,senang lah sikit,mana tau ada rezeki mak bapak dia boleh belikan emas.kan.untung anak..Kakak dia Nur awfiyah lagi cepat,habis pantang je,terus pi tindik sekali dengan berkhatan..Alhamdulillah...senang je..tapi Naura je lambat sikit,dah 7 bulan baru nak bertindik..So,satu kedai la dengar suara dia..
So..dah jadi anak dara..girl tau..bukan boy..hehehe...Tindik telinga je tau,jangan tindik dekat part yang lainnya..Dekat telinga pun satu je..jangan nak berjela-jela pulak..iskk...
↧
Spaghetti Carbonara mudah untuk dinner
Assalamualaikum
Sebenarnya dah banyak kali jugak aku buat Spaghetti carbonara ni..Benda yang simple dan cepat untuk makan malam..Sejak husband tak makan nasi ni,eh..ke dah cerita banyak kali..heheh...Kenalah masak mee-mee je..Nak biasakan perut la katakan..
Ala...simple je..Janji dah ada bahan-bahan kat rumah tu,,main campak-campak je.Yang penting prego dah ada kat rumah.Nak buat sos carbonara sendiri memang tak pandai kan..
So,belilah yang instant je..Bahan-bahan pun tak rumit mana,meh aku share sikit resepi mudah spaghetti Carbonara ni kat korang
Bahan-bahan
-Daging cincang
-Prega Carbonara
-Lobak
-Bawang india
-Brokoli
-Cheese
-Minyak masak untuk menumis
-Sedikit garam
-Pasta
Caranya mudah je..
Panaskan minyak,bawang yang dipotong dadu,lepas tu masukkan daging cincang.Goreng sampai air daging tu kering,terus masukkan Prego Carbonara.Masukkan garam sedikit dan last sekali masukkan brokoli,lobak dan cheese..Cheese tu kalau korang taknak masukkan pun takpe..Aku masukkan sebab nak rasa masam-masam dan creamy lagi sos tu..Korang agak-agak la..dah masak tutup api..kang hangus pulak...hehehee
Di dalam periuk yang lain,masukkan air dan bila dah menggelegak,boleh la masukkan pasta tu.Jangan lupa letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat.Lepas tu korang rasa la,agak-agak dah lembut,boleh angkat dan toskan.
Taraaa..Siap dah Spaghetti Carbonara aku yang simple dan super sedap untuk santapan malam..hehehe
↧
Tips berpakaian Ke Pejabat
Assalamualaikum
Ramai wanita di luar
sana yang sudah bekerjaya namun masih tidak tahu apakah cara untuk bergaya ke
pejabat. Percaya ataupun tidak, pakaian ke pejabat tidak semestinya perlu
tampak bosan dan sekadar berwarna hambar. Di bawah ini terdapat tips pakaian pejabat wanita yang pasti
sangat berguna untuk anda!
Classic look
Gaya yang paling mudah untuk ke tempat kerja.Namun ianya membuatkan anda kelihatan sedikit membosankan jika terlalu kerap digayakan.Satu tips untuk mengelakkan situasi ini ialah menambahkan statement piece ke atas salinan pakaian anda seperti eksesori ,kasut mahupun solekan yang menarik
Casual business look
Gaya yang agak versatile dan mudah untuk digayakan.Satu tips untuk gaya casula business look ini adalah perlu selalu mengenakan heels ,smart top yang membuatkan anda lebih feminine.Blazer dan seutas beg lagi menyerlahkan gaya professional anda.Penggunaan aksesori,kasut dan perlu bersesuaian dan anda happy mengenakannya.
Careless chic
Ianya mungkin adalah
untuk mereka yang seolah-olah tidak mengambil kisah ataupun hiraukan tentang
fesyen. Tetapi di mata pencinta fesyen gaya yang ditonjolkan ini adalah
street-style-worthy.
Glam look at the office
Ini adalah penampilan
yang sesuai untuk wanita seksi yang rule the world, dan mahu menakluk
profession kerjaya mereka dengan solekan yang cantik, bibir kemerahan, kasut
tumit tinggi yang bergaya bersama persalinan yang stunning!Gaya ini menunjukkan anda seorang yang profesional.Perlu yakin setiap pakaian yang dipakai dam perlu rasa selesa apabila memakainya.
Simple & Feminine
Jika anda adalah
gadis yang suka akan flowy flirty dress bersama barangan kemas yang kecil dan
suka tampil smart kasual maka ini adalah gaya yang paling sesuai untuk anda.
- Jangan Pakai pakaian yang terlalu ketat
- Pilih pakaian yang ringkas
- Pakaian yang terlalu menonjol
- Solekan dan aksesori juga memainkan peranan yang penting untuk nampak anda bergaya bila ke pejabat
- Elakkan memakai pakaian yang terlalu terang
- Pilih pakaian yang tidak bercorak crowded dan heavy
- Pakai pakaian size yang betul
Itu sahaja tips yang dapat dikongsi untuk anda dalam Tips berpakaian ke Pejabat.
↧
↧
Seven Seas Multivitamin Syrup supplement Terbaru untuk Naura
Assalamualaikum
Hati ibu mana yang tak risau kan,bila anak tiap-tiap bulan akan ada demam,batuk dan selsema.Ubat jangan cakaplah,rasanya dua bulan sekali mesti jumpa doktor.Kekadang tu sebulan sekali pun ada.
Baru je keluar hosital 2 minggu lepas.Aku ada ceritakan tentang Naura warded di hospital Kota Tinggi di Entry Naura Warded .Ubat pun tak habis lagi.Walaupun Naura breastfeeding,tapi antibodinya taklah sekuat mana.Kesian pulak bila dah batuk dan selsema tu.Yelah..Nak tido pun payah.Pulak tu time kena batuk dan selsema pada tengah malam.Tengah syok nak tidur,mulalah batuk dan selsema dia tu.Nak kata sejuk tu tak jugak sebab dia berpeluh.Takkan nak tutup terus kipas..Lagi la panas..Lagi la dia tak selesa.
Kebanyakkan yang aku google tentang supplement ni,semuanya untuk 1 tahun ke atas.Risau pulak nak bagi.Nak jugak kan bagi Caliph ke,Qaseh ke,Tapi semua untuk setahun ke atas.So,ada lah officemate cadangkan kat aku supaya mengambil supplement dari Seaven Seas ni.Boleh bagi untuk bayi 1-12 bulan..
Refer atas ni..
Tu yang aku berani beli ni..Lagi satu ianya boleh dicampurkan dalam susu anak.
Apa kelebihan yang terkandung di dalam Seven seas Multivitamin syrup ni
- Vitamin A-Helps to maintain growth,vision and tissue development
- Vitamin A,B1,B3-Help to maintain good helath and helps normal growth & development
- Vitamin D-Helps in the normal development and maintenance of bones and teeth
Seven seas Multivitamin syrup ini juga mengandungi 8 vitamin,DHA,Yummy orange juice..Mestilah budak-budak suka kan..
Bagi aku itu dah cukup complete untuk Naura.Asalkan dia memberikan result yang ok tentang kesihatan anak,oklah kan.
Baru nak bagi hari ni,kita tengok perkembangannya nanti
100ml dengan harga Rm23.30
Ajak member makan sekali kat pusat bandar tadi,sempatlah ke watson.Tak sabar rasa nak bagi naura mencubanya.
↧
Mug dari Printcious yang Super Comel
Assalamualaikum
Happy sangat bila barang yang di tunggu dah sampai kan.Aku ada post kat instagram kan apakah barang yang ditunggu tu..
Tengok kotak pun dah tau ianya dari Printcious..Macam aku taulah apa yang ada dalam kotak ni..
Di Printcious,kita boleh create apa yang kita nak seperti masukkan gambar sendiri,text sendiri dan warna yang kita suka..
Macam aku ni,dah pun buat Mug yang aku hasilkan sendiri..ala...mudah je...
Hasil dari kekreatifkan aku ni..Maka terhasil lah Mug yang super duper comel ni..
hahaha..Macam mana..Ok tak..saja aku letak gambar budak office..Diorang nak glamor jugak masuk blog aku ni..hahaha...
Puas hati dengan kualiti yang dihasilkan dari Printcious,Gambar pun sangat terang..So kalau nak dijadikan hadiah untuk yang teristimewa,of courselah sangat-sangat sesuai .
Bagaimana korang nak dapatkan Hadiah dari Hati untuk yang tersayang ?
PRINTCIOUS- Menyediakan perkhidmatan percetakan pada lebih 200 barangan hadiah DIY seperti T-shirt,mug,puzzles,phone case,mousepads,keychain dan sebagainya dengan gambar anda dan kata-kata istimewa khas untuk semua majlis seperti harijadi,ulang tahun perkwahwinan,perkahwinan dan acara-acara korporat
Nak login pakai FB pun boleh jugak
Lepas tu isi je details ikut apa yang dia nak..Senang je nak masuk-masukkan details ni..Details ni adalah untuk penghantaran korang nanti..So wajib isi ye
Selepas korang dah selesai megisi segala apa yang dia nak,so sekarang ni boleh la korang pilih jenis hadiah yang korang nak..So simple..Semuanya tekan-tekan je.
Ada beberapa jenis hadiah yang mereka suggestkan untuk korang pilih mengikut kategori seperti:-
- T-shirts
- Mugs
- Cushion
- Phone Cases
- Ceramic Tiles
- Puzzles
- Mouse pads
- Mini Tees
Kat sini memang sangat mudah membuat carian mengikut kategori..Contohnya kalau korang nak pilih Mug untuk diberikan kepada yang tersayang.Just klik Mugs dan korang boleh pilih
Yang bestnya korang boleh pilih untuk Customize kan mug tu mengikut citarasa korang..Nak letak gambar ke,nak tulisan macam mana,semuanya tersedia..WEh..comel-comel tau ,sampai aku rasa tak tau nak pilih yang mana...ngeeee...
Ok,Bila korang dah buat pilihan hadiah apa yang korang nak bagi,Meh aku tunjukkan pulak cara nak membelinya pulak..
-Terus klik product yang korang nak and Add to Cart
Kalau korang beli sekarang ada diskaun 20% tau..Rugi tak grab sekarang
Dah tu,korang terus je proceed check out..If korang ada kod diskaun,korang just letak dekat dalam kotak bahagian Order summary tu.Penghantaran percuma bagi pembelian RM60 keatas untuk single Order..Ha..Best kan...Lepas tu bayar dan tunggu pengesahan dari mereka..
If barang korang rosak ke,lambat sampai atau tak sampai langsung,korang boleh terus email Printcious untuk mendapatkan respons yang cepat.
Aku ingatkan lagi kat korang macam mana nak order ..Refer atas ni ye..
So,apa tunggu lagi,cepat-cepat buat pilihan dan dapatkan nilai hebat untuk februari ni.
Untuk keterangan lanjut,korang boleh lawati
Facebook : https://www.facebook.com/printcious/
Website : http://www.printcious.com/
↧
Perencah Mee Bandung Muar ADAMI
Assalamualaikum
Hampir nak balik kerja ni.Up sikit entry..Sebagai seorang suri rumah ni,kerja memasak ni memang tak boleh lari.Dan bila jadi isteri yang mempunyai kerjaya pun tak boleh nak elak dari memasak kan.
Takkanlah hari-hari nak makan luar..Mau nipis poket.Bila dah tak tau idea nak masak ape,actually masak mee sahaja..si isteri dah mula boring sebab masak mee je hari-hari.Tapi disebabkan si suami avoid dari makan nasi,so kenalah pelbagaikan masakan jenis mee..
So,masa pi redmart tuari,ternampak lah Perencah Mee bandung Muar ADAMI yang cukup senang untuk disediakan.Tak payah dah nak beli banyak bahan,cuma masukkan sawi,udang dan sotong sedikit.
Harga aku tak ingat,.Tapi dalam range bawah rm10..boleh makan untuk 7 orang makan
Caranya senang je,panaskan minyak,masukkan je rencah tu,lepas tu masukkan air sampai menggelegak.Barulah aku masukkan segala jenis rencah macam sotong ngan sayur-sayur tu.
Cuma mee memang aku tak masukkan sekali sebab takut mee tu kembang..tak sedap pulak.So aku celur jelah kan..Nak makan baru campur..
Bagusnya ada benda-benda macam ni,lagilah senang sikit.Barulah cepat makan.Kalau dah sampai rumah pukul 6,nak masak yang leceh-leceh kan..Bila pulak nak makan..
↧
CC Cream Cozuma Terbaik
Assalamualaikum
Alhamdulillah..Masa cuba-cuba menyertai pertandingan dari ex-officemate tempohari,aku antara pemenang dari pertandingan yang dianjurkan.
Dapatlah memenangi CC Cream Cozuma..Eh..apa pulak perbezaan BB cream,CC cream,DD cream.
Meh aku share sikit tentang perihal ni
BB cream
BB cream atau Blemish Balm adalah produk paling popular dalam kalangan masyarakat Asia.Krim BB berfungsi sebagai litupan bedak asas yang mengandungi SPF dan antioksidan.Teksturnya lebih ringan berbanding bedak asas biasa dan mewah daripada pelembap berwarna
CC Cream
CC atau Color Correcting membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan,kusam dan pucat.Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela.Krim ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah.
DD Cream
DD atau Daily Defense merupakan kombinasi BB dan CC.Penganalisis industri kosmetik dunia meramalkan krim DD bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah tetapi merangkumi penjagaan tubuh dan kaki.Krim ini kaya dengan lembapan dan bertindak sebagai pelembap ekstra pada tubuh.
Ha..Dah taukan apa yang terdapat di ketiga-tiga jenis krim ni.Korang boleh je buat pilihan yang mana yang bersesuaian dengan korang.
OKlah..kita berbalik pula pada CC Cream Cozuma ni pula ye.
Ada 10 Kebaikkan yang ada pada Cream ni :-
1.Perlindungan UV yang Optimum
-Memberikan perlindungan menyeluruh daripada sinar UVA & UVB
2.Wajah Berseri
-Wajah berseri dari dalam dan rasa seperti kulit semulajadi.Tanpa rasa kurang selesa akibat memakai mekap tebal
3.Anti radang & Anti Oksidan
-Bahan-bahan semulajadi seperti Ekstrak Bunga Marigold,Ekstrak Rosemary dan Ekstrak Manggis dapat melegakan,menyembuhkan serta melindungi kulit yang sensitif.
4.Pelembapan & Penghidratan Yang Berpanjangan
-Esktrak Aloe Vera memberikan pelembapan dan penghidratan yang berpanjangan agar kulit menjadi lembap dan lembut.
5.Kulit Cerah & Bersinar
-Ekstrak Licorice dan Vitamin C berkesan mencegah pembentukkan melanin dan memerangi pigmentasi.
-Membantu memudarkan kulit gelap serta menjadikan kulit semakin cerah berseri.
6.Kulit Wajah lebih halus
-Berkesan merapatkan,menghaluskan liang-liang roma kulit yang besar dan memantapkan keanjalan kulit dengan Minyak Beras Germa dan Minyak Buah Zaitun.
7.Kedutan & Garis Halus
-Ekstrak Akar Rhatany membantu membaiki dan membina semula serat elastin kulit
-Menganjalkan kulit serta membantu mengurangkan kedutan dan garis halus.
8.Kawalan kulit berminyak
-Bertindak seperti span untuk menyerap sebum yang berlebihan dan dengan serta-merta menghapuskan kilatannya.
-Membantu kulit supaya tidak berminyak dan berasa segar sepanjang masa.
9.Bedak Solekan & pembetulan Kulit Asas
-Menghaluskan warna dan tekstur kulit yang tidak sekata.
-Mengekalkan solekan agar tahan lama.
-Tidak mengelupas dan tiada kesan bercapuk
10.Menyembunyikan Cela
Cara Penggunaan CC Cream Cozuma ini
** Apa yang aku suka sangat dengan krim ni,senang nak apply,tidak mudah luntur,dan penggunaan dia sangat lama..Selain tu dapat cover muka yang berlubang-lubang bekas dari jerawat.
Ha..bestkan product ni.Apa lagi..Jom lah mencuba...
Kepada korang yang inginkan CC Cream Cozuma ni,boleh dapatkan dengan agent sah Produk ni
Nk tahu lebih lanjut..
Jom PM/Whatsapp 0167198207(yana) atau fb Khzliyana Kamis↧
↧
Cara Penyusuan Ketika Berpuasa
Assalamualaikum
Bila fikirkan pasal puasa yang nak menjelang tiba tak lama lagi..Tak lama mana pun kan..lagi dua bulan lebih je kan nak tiba ke ramadhan..
Puasa pun belum habis ganti lagi.Macam manalah berpuasa nanti.Mana nak cari energy untuk susukan anak.Lagilah Naura masih lagi menyusu badan.Mana nak simpan untuk stok.Secara jujurnya,aku dah pun mencampurkan susu tepung dalam penyusuan Naura.Sedih sungguh!!
Kenalah fikirkan dari sekarang sebab ini kali pertama aku akan melalui pengalaman menyusukan anak semasa di bulan puasa.Ada terbaca disini tentang rahsia penyusuan ketika berpuasa di PAMA
source:google
Jom kita tengok apa rahsia yang diamalkan ketika berpuasa nanti
1.Disiplin waktu makan
-Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari.Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh itu.Oleh itu,walaupun berpuasa,pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur,berbuka dan sebelum masuk tidur.
2.Kurma
-Makanan sunah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan.Kurma kaya dengan protein,serat,gula,vitamin A & C serta zat mineral seperti besi,kalsium,sodium dan potassium.Maka,jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa.Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.
3.Makanan seimbang dan suplemen
-Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat,protein dan lemak.Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur,roti,biskut,kuih-muih sebelum tidur.Pengambilan suplemen untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.
4.Minum banyak air
-Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi.Sebanyak dua liter sehari.Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa?Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak.Tip mudah,letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam.Selain air masak,minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan,minuman bersusu dan berbijirin.Elakkan minuman berais terutama ketika melancarkan pengeluaran susu ibu.
5.Bertenang dan Yakin
-Secara psikologi ,minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu.Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan.Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu.Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.
6.Kerap menyusu dan mengepam
-Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu,semakin banyak susu dikeluarkan.Bagi ibu yang bekerja.Semakin kerap mengepam,semakin banyak susu dihasilkan.Maksudnya,semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan.Jangan bimbang susu akan kering,kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi,susu akan berkurangan sedikit demi sedikit.Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa,sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.
Tips ni akan diamalkan..Sekarang ni pun air 1 liter sehari belum tentu dapat minum..Kalau dulu fully breastfeeding,3 liter satu hari tu,ala...biasa je..
↧
Cara Tidur Dengan bayi dengan Selamat
Assalamualaikum
Bila dah ada anak kecil,tempat tidur yang paling sesuai untuk korang dan bayi macam mana?Jom kongsikan.
Masa kakak fiyah duduk dengan umi,kami memang tidur bawah.Maksudnya,tarik tilam dan tidur depan tv.Ha..senang..Kakak ngan adik kiri kanan umi.Senang nak adjust.Tak pernah tidur katil pun.Risiko untuk jatuh mungkin tingggi bila kami bertiga tidur di atas katil.So,untuk menyelamatkan keadaan,tidur je bawah..Takdelah istilah tergolek ke bawah,kerana kakak sangat-sangat lasak bila dia tidur.
Jadi bila kakak dah duduk dengan nenek,maka hanya tinggal umi dengan adik sahaja.Babah macam biasa,tidur depan tv..Jaga kat luar,.maklumlah musim perompak ni.
Jom kita lihat tips-tips keselamatan apabila membawa bayi tidur diatas katil.
Pastikan tilam Pejal
Bayi kita boleh lemas atau jadi terlalu panas di atas tilam yang lembut.Jika katil anda mempunya rangka atau kepala katilmatau diletakkan bersebelahan dinding,pastikan tilamnya terletak dengan kejap dan sempurna.Pastikan tiada sebarang ruang atau celah dimana bayi anda boleh terjatuh ke dalamnya.Risiko ini berlaku adalah paling tinggi apabila bayi berusia di antara tiga bulan dan 10 bulan.
Gunakan selimut nipis dan minimakan alasnya.
Jangan guna duvet jika anda tidur bersama bayi.Jika bayi anda berusia kurang daripada setahun,gunakan cadar yang nipis dan ringan untuk mengelakkan bayi jadi terlampau panas dan lemas.Risiko ini berlaku paling tunggu dalam tiga bulan pertama hidupnya.Keraplah memeriksa untuk memastikan dia tidak bergerak turun dan menyebabkan kepalanya dilitupi selimut.
Jangan sesekali tidur di atas sofa dengan bayi anda
Bayi anda boleh terperosok di celah-celah kusyen sofa aau di antara anda dan belakang sofa.Jangan tidur dengan bayi di atas tilam air kerana tilam ini terlalu lembut dan mungkin mempunyai jurang yang dalam di sekeliling kerangkanya di mana bayi anda boleh terperangkap.
Jangan sesekali tidur di atas sofa dengan bayi anda
Bayi anda boleh terperosok di celah-celah kusyen sofa atau di antara anda dan belakang sofa .Jangan tidur dengan bayi di atas tilam air kerana tilam ini terlalu lembut dan mungkin mempunyai jurang yang dalam di sekeliling kerangkanya di mana bayi anda boleh terperangkap.
Biarkan bayi dalam keadaan hangat,bukannya panas.
Pakaikan bayi anda pakaian nipis untuk tidur.Sentuhan dengan badan anda akan menaikkan suhu kulitnya.Mengikut kebiasaan,jika anda dalam suhu yang selesa,maka bayi anda akan selesa jugak.
Jangan biarkan bayi dan anak kecil anda tidur bersebelahan
Anak kecil tidak faham risikonya dan mungkin bergolek ke atas bayi anda atau meletakkan tangannya pada mulut atau kepala bayi.Anda dan suami sepatutnya sentiasa tidur di antara kedua-dua anak jika anda mahu mereka berdua tidur di katil anda.
Jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda bersendirian di atas katil anda
Bayi anda boleh terjatuh dengan mudah.Walaupun jika anda meninggalkannya sebentar sahaja untuk ke tandas.Jangan biarkan bayi tidur di atas bantal dan jangan letakkan bantal di kedua-dua sisinya.Dia mungkin berpusing ke arah bantal atau mukanya tersembam di atas bantal yang menyokongnya.
Tengok jelah cara dia tidur tu..Bantal-bantal kat tepi tu memang umi letak kat tepi-tepi..Rapatkan betul-betul kat dinding.Risaunya terhantuk kat dinding.Lagi risiko jatuh ke bawah pun ada.sebab anak dara sorang ni,tidur memang ganas sikit.
Selimut memang aku tak pernah guna pun..Aku risau kalau dia lemas pulak.Jadi aku perlukan tips ni yang aku baca disini
↧
Menghadiri undangan perkahwinan
Assalamualaikum
Kepenatan kerana menghadiri undangan perkahwinan rakan husband.Walaupun hari ni bekerja ,sempat lagi memenuhi undangannya.
Nasib baik kerja separuh hari ,hari ni.Jadi sempatlah ke sana.Itupun yang berdekatan sahaja lah.Kalau yang jauh mungkin tak dapat nak memenuhi undangan tu melainkan saudara mara terdekat
Sempatlah kami ber wefie sementara babah drive kereta.Lepas balik dari undangan,memang tak ke mana sebab keadaan panas yang amat sangat tu.Risau pulak si kecil ni demam lagi.
Rindu pulak dengan si kakak.Minggu ni memang tak balik ke kampung.
↧