Quantcast
Channel: Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger
Viewing all 2782 articles
Browse latest View live

Majlis Perasmian UTC JOHOR

$
0
0
Assalamualaikum

Semalam husband ada menghadiri Majlis Perasmian UTC yang terletak di Galleria Kotaraya.
utc johor

utc johor

UTC atau dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar merupakan inisiatif di bawah strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) yang bertujuan membawa perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan kecekapan pemyampaian perkhidmatan kerajaan.

UTC adalah Pusat Sehenti(One Stop Centre) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat dan beroperasi di luar waktu pejabat dan juga pada hujung minggu(kecuali cuti umum)

Matlamat UTC adalah memberikan perkhidmatan "Cradle to Grave" di bawah satu bumbung(daripada mendapat sijil lahir anak dan perkhidmatan kesihatan kepada penamatan syarikat,perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan lain-lain.

Perlaksanaan UTC turut memberikan penekanan kepada pelaksanaan pantas.Pengubahsuaian dan kerja menaik taraf yang berkaitan UTC hanya mengambil masa dalam lingkungan 6 hingga 12 minggu sahaja untuk disiapkan

Pertimbangan utama dalam melaksanakan projek ini termasuklah lokasi yang strategik yang mempunyai akses kepada pelbagai pengangkutan awam.Bagi memastikan projek ini berkos rendah,tiada bangunan baharu yang dibina tetapi sebaliknya bangunan kerajaan yang uzur atau tidak digunakan sepenuhnya diubahsuai untuk dijadikan UTC

Kluster Perkhidmatan UTC
  • Perkhidmatan Gunasama Kerajaan
  • Perkhidmatan Kesihatan
  • Perkhidmatan Keselamatan
  • Perkhidmatan Pendidikan Latihan & pekerjaan
  • Perkhidmatan Perbankan
  • Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan & Keusahawanan
  • Perkhidmatan Utiliti
  • Perkhidmatan Pembangunan Belia
  • Perkhidmatan Kebajikan Pembangunan & Masyarakat
Waktu Operasi UTC Galleria Kotaraya adalah dari
8.30 pagi -10.00 malam dan dibuka setiap hari kecuali cuti umum

Sekarang dah senang..Nak buat kad pengenalan ke,PTPTN ke semua boleh ke UTC pada hari minggu..So,xpayah la nak bazirkan waktu bekerja tu.Satu lagi jimat sikit penggunaan AL tu kan..

Dah dibuka lama pun UTC Kotaraya ni,cuma baru dirasmikan semalam..

Dapatlah en.husband goodies bag..APa yang ada di dalam goodies bag ni?Jom terjah

utc johor

Jangan tak percaya,NENAS ni pun ada dalam goodies bag tau..Ini adalah Nenas pontian yang mempunyai gred tinggi..Berapa tinggi tu aku tak pasti pulak..hehehehe


5 Thing I Hate Most

$
0
0
Assalamualaikum

Lama kot tak kena tag dengan rakan blogger.Ianya tentang 5 perkara yang dibenci..5 perkara je? padahal banyak kot yang dibenci..hahahaha..




Bila ada kelapangan ni,apa kata kita join je tagging blogger  ni kan..Apa salahnya.

Oklah..Apa ye 5 perkara yang paling aku tak suka...

Isi minyak
Nampak macam senang kan,tapi itulah yang paling tak suka..Kekadang tu signal minyak tu dah kuning pun masih buat tak tau.Kekadang tu sampai sanggup tunggu husband yang isikan..hahaha..Kalau dah terpaksa sangat je aku akan isi.

source :google
Hari Ahad
Sebabnya,hari ahad Johor cuti tak sama dengan negeri lain.The most i ever hate adalah,waktu cuti tak sama dengan husband.Susah kot nak gi mana-mana..Nak balik kampung pun susah..Jadi weekend aku akan terperap kat rumah dengan anak!!Hope Johor will change that!!

Cari Baju Kerja
ishhh...Ni lagi satu..Setiap hari akan termenung kat wardrobe..Tak tau nak pilih baju apa,tudung ape nak pi kerja..Macam lagi senang kalau company aku ada uniform sendiri..Pendekatan yang sangat selamat..

Parking Kereta Salah
Ni kekadang rasa nak pecahkan cermin kereta orang pun ada.Kekadang ,bila kita parking dengan elok..ada je orang sebelah dok menyenget sampai kita nak masuk kereta pun payah.Satu lagi orang yang suka block kereta kat tempat parking..Pernah terjadi pada aku,dah la dia block kereta aku.Parking memang betul-betul depan kereta aku.Lepas tu buat muka tak bersalah bila aku terpaksa pergi kat announcer tu mintak dia alihkan kereta..Lepas tu dia masuk kereta macam orang tak bersalah tanpa say sorry atau angkat tangan dengan aku...iskk..macam nak debik je.


Bila takde idea nak update blog.
Uishh..Ni kekadang banyak kali berlaku pada aku..Cerita ada,cuma nak mengarang tu,rasa tak sampai idea tu kat aku..Kekadang sifat M tu melekat..emm..memang pandang tepi jelah blog tu


hahaha..ok ke...sebenarnya banyak kot yang tak suka..Tapi disebabkan mereka nak 5 Thing i hate Most..So..please read...ok baiii


SO!! tiba masa aku nak tag pulak mereka yang membaca ni...jom..jom...


  1. Mar mansor
  2. azhafizah
  3. Asha Lya
  4. Diana Rashid
  5. Zumal



Tips Menyusukan bayi ketika demam

$
0
0
Assalamualaikum

Start dari malam tadi,badan rasa panas,tekak perit tak terkata.Nak minum air masak banyak-banyak pun rasa sakit di tekak..Bila Naura dah mula mengengek nak susu,dengan keadaan tak sihat,rasa risau pulak..Yelah..takut Naura berjangkit pulak sedangkan dia pun masih batuk dan selsema.

ibu demam boleh menyusu
source:google

Sebagai ibu haruslah risau pasal ni kan.Dari pembacaan aku di blog cikgu susu,ibu yang demam msih boleh menyusukan anaknyaJika ibu demam,batuk dan selsema sehingga membuatkan badannya lemah,kena terus berjumpa dengan doktor.

Dari pembacaan aku lagi,penyusuan semasa ibu mengalami demam biasa tidak akan memudaratkan bayi malah ia membantu bayi menguatkan lagi sistem imunisasi badannya.Ini kerana semasa kita demam,badan kita sedang menghasilkan antibodi untuk melawan "kuman Jahat" itu.Penyusuan semasa demam akan memindahkan sel-sel antibodi yang kuat ini ke badan si comel kita.Jadi badan anak kita akan terlindung dari kuman-kuman yang menyebabkan demam ini.

Dari blog Cikgu susu,ada memetik petikan Dr.Zubaidi di laman blog beliau,apabila ibu demam,akan berlaku reaksi immunologi iaitu proses pembentukkan antibodi yang dipercepatkan oleh suhu tinggi yang dialami badan ibu semasa demam dan antibodi ini disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

Alhamdulillah..walaupun umi demam,still boleh bagi susu kepada Naura..Indah kan Ciptaan Allah swt tu..Jom kia tengok apa Tips Menyusukan Bayi ketika demam ini di blog beliau

1. Minum Air Dengan sangat banyak
Bila kita demam panas,suhu badan akan meningkat berbanding suhu biasa.Jadi pastikan pengambilan air yang banyak untuk menstabilkan suhu badan yang tinggi dan mengelakkan dehidrasi badan.Minum air apabila rasa dahaga dan sediakan satu bekas air bersama ibu,,

       uishh...ni betul aku tak boleh nak masuk waktu demam.Yelah..bila tekak sakit,nak minum air pun susah kan..Tapi moga Allah swt permudahkan segalanya.Minum jugak walau terpaksa

Minum air suam,jus buah-buahan suam dan minuman bermalt panas untuk melancarkan pengaliran bendalir dalam badan.Tanda-tanda badan dapat air yang cukup adalah urin jernih dan tidak berbau.

2. Mesti makan pada waktunya.
Biasanya bila kita demam,selera makan memang merudum.Tapi demi si kecil tersayang,ibu perlu makan sekurang-kurangnya bubur nasi bersama kentang dan kurma sebagai snack.Nasi dan kentang sebagai sumber karbohidrat dan kurma sebagai sumber tenaga segera.Ini dapat memastikan ibu masih dalam keadaan yang tidak lemah untuk meneruskan penyusuan.Elakkan pengambilan makanan berminyak dan pedas.

3. Mesti menyusukan bayi seperti biasa dan pam mengikut jadual.
Walaupun dalam keadaan demam,susukan bayi seperti biasa dan bagi ibu bekerja,mesti pam mengikut jadual supaya masih kekalkan paras prolaktin seperti biasa,ini untuk mengelakkan susu merudum apabila ibu dah pulih dari demam dan mula bekerja nanti.

4. Dapatkan rehat yang berkualiti.
Lumbrah ibu menyusu,amat jarang sekali kita mendapat tidur yang panjang umpama "sleeping beauty" jadi pastikan kita manfaatkan masa rehat dengan tidur yang berkualiti walaupun tempoh masanya singkat.Elakkan memasang televisyen atau radio semasa tidur.Seeloknya pasangkan bacaan Al-Quran atau zikir kerana gelombang dari alunannya berupaya merangsang penyembuhan badan dari dalam.

5. Amalkan pemakanan natural remedies untuk mempercepatkan penyembuhan.
Pengambilan makanan sebagai booster penyembuhan yang sesuai dengan tubuh amat digalakkan Cikgu susu juga mengamalkan minyak kelapa dara untuk bantu badan pulih dari demam.

6.  Jaga Kebersihan diri.
Pastikan ibu mandi seperti biasa.Elakkan batuk atau bersin berdekatan atau pada muka si kecil kita.Cuci tangan dan sabun setiap kali keluar dari tandas.

Jadi bagi ibu di luar sana anda masih boleh menyusukan anak seperti biasa.


Itulah tips yang dikongsikan dengan cikgu susu kepada para ibu yang menyusukan bayi tu..So..terpaksalah umi ikuti tips ni untuk terus menyusukan Naura.










Segmen Blogwalking By Seindahcerita

Giveaway Holiday Bersama Mak Long!

Berpindah Ke Department Yang baru

$
0
0
Assalamualaikum

Sebenarnya ikutkan aku dah mula berpindah ke department yang baru pada awal bulan 3 lagi.Tapi disebabkan nak handover kerja-kerja kepada kawan yang baru berpindah ke department lama aku,so terpaksalah ditangguhkan lagi.

Kalau dulu,Department yang aku duduki ialah department QAQC.Aku sebagai QAQC Assistant .So kerja aku di department QAQC kebanyakkan melibatkan dokumen dan filling.So,tak payah la kan aku nak bercerita lebih lanjut pasal tu.
source :google


Sekarang aku bertukar dari QAQC ke HR department.Sekarang ni aku Admin HR Assistant.Kerja-kerja baru ni melibatkan penyediaan dokumen untuk warga asing,uruskan FOMEMA mereka,visa dan lain -lain hal untuk pekerja asing.

Kenapa aku dipindahkan deparment?Actually kalau ikut dari pengalaman bekerja,previous kerja aku memang dibahagian HR.Bila masuk sini je aku dapat pengalaman yang lain selain HR.So officemate yang bertukar tempat dengan aku tu,memang ada dip dalam mekanikal engineering dan berkaitan lah dengan QAQc tu..

So thats way la,HR tukarkan department kami.Kalau ikutkan sayang tu,memang lahTapi disebabkan ini adalah arahan dari pihak atasan haruslah ikut kan.

So,bermulalah episode baru dalam kehidupan bekerja sebagai seorang HR admin Assistant..Oklah..aku tak kisah sangat..janji naik gaji..hahaha...itu yang pentingnya kan.

So,sebab tulah aku tak update blog,kerana baru memulakan tugasan di tempat yang baru.Banyak belajar dari my HOD tentang job scope aku yang baru.

Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat dua tiga hari ni,terpaksalah juga gagahkan lagi diri ni.Selagi boleh bangun tu oklah kan.lagipun satu hari dah mc.So,continuos dengan ubat je hari-hari

Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk aku dan family.Ok..Jom tangkap ilmu lagi..see u then!!


6 Tips Mesti Ibubapa ikut bila benarkan anak bermain gadget

$
0
0
Assalamualaikum

Zaman sekarang kan,semua nak ada gadget.Kekadang tu bila tengok budak yang sekolah tu pun dah ada gadget,lebih mahal dari yang kita ada..Mybe ikut kemampuan ibubapa diorang untuk belikan anak mereka gadget kot.

Ada yang ibubapa setuju tentang pemberian gadget kepada anak mereka.Dan ada yang tidak membenarkan pemberian gadget kepada anak mereka.Mereka mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memberikan dan memberi gadget kepada anak mereka.

Bagi aku pula,pemberian adakalanya perlu,tetapi perlu sangat-sangat pantauan dari ibu bapa.Ada masa tertentu untuk diberikan kepada mereka.Tapi bila nak beri gadget kepada anak,perlulah berpada.Perlu juga berwaspada supaya ia tidak menjuruskan mereka ke arah kecelaruan emosi,gejala sosial dan banyak lagi.
Sekiranya ibubapa sedang memikirkan sebuah gadget untuk dibelikan kepada anak mereka,lebih baik semak dahulu tips berikut agar gadget yang dibeli itu berbaloi untuk perkembangan anak dan dalam masa yang sama tidak membawa keburukkan kepada anak kita.

Dari pembacaan aku disini,ada 6 Tips Ibubapa mesti ikut bila membenarkan anak bermain gadget.

1.Pilih Gajet yang sesuai dengan keperluan
Sebagai peringkat pengenalan,cukup sekadar pilih gajet yang asas dengan harga yang berpatutuan sahaja.Apatah lagi jika ia hanya digunakan untuk bermain game dan belajar sahaja.Tak perlu membeli tablet atau komputer riba dengan spesifikasi tinggi yang sudah tentu mahal harganya.

2.Beli gajet tahan lasak.
Pilih gajet yang tahan lasak untuk digunakan oleh anak.Ada banyak pilihan gajet yang tahan lasak,kalis air dan kalis debu di pasaran,.Jika perlu beli aksesori tambahan untuk melindungi skrin dan badan peranti kelak.

3.Harga bersesuaian
Sudah tentu faktor harga menjadi aspek utama yang dipertimbangkan apabila membeli gajet.Pilihlah yang mampu dimiliki dan tidak membebankan serta mempunyai spesifikasi yang sesuai untuk si kecil.

4.Pilih Gajet tanpa simkad
Kanak-kanak biasanya menggunakan gajet hanya untuk bermain permainan interaktif dan melayari internet.Sebaiknya pilih  gajet yang tidak menggunakan sim kad.Ia dapat mengurangkan risiko anak-anak mengakses internet yang berpotensi memberi kesan negatif kepada mereka.

5.Gajet dengan ciri masa
Biasanya kanak-kanak mudah leka setiap kali mereka bermain gajet.Oleh itu apa kata pilih gajet yang menyediakan ciri-ciri yang boleh menghadkan masa penggunaannya.Dengan cara ini,ia membantu anda mengawal anak menggunakan gajet tersebut.

6.Gajet untuk tujuan pendidikan
Sebaiknya pilih gajet yang khusus untuk kanak-kanak.misalnya yang ada aplikasi pendidikan seperti membaca,mengenal huruf,mengaji dan banyak lagi.Kanak-kanak lebih cenderung menyukai sesuatu yang lebih berwarna dan interaktif untuk menambah minat mereka untuk belajar.


Itu dia tips yang perlu kita amalkan untuk anak-anak kita.Bagi aku kalau nak bagi anak yang bersekolah,bagilah yang sederhana,tak perlu yang mewah.Ingat balik tujuan kita memberikan gadget tu untuk apa kan.

Bagi Nur awfiyah,papa dia baru belikan dia gajet yang berharga rm120.Walaupun nampak murah,bagi aku 2 minggu jugak tu duit lauk kan.

Kat dalam tablet tu,hanya ada video Phonic song,upin ipin dan juga didie & friends..Tu jelah setakat ini yang ada dalam tablet awfiyah tu.Kalau game tu dia bukan pandai main..Tu pun tak taulah bolehtahan sampai bila ..Kita tengokkan aja.
Tengok jelah bila dia dapat tab...memang syok habis..kalau ada umi dia ,memang tak kasi dia berseorang macam tu.Dah duduk jauh,kenalah dia berdikari juga..

Tetiba umi rindu pulak kat dia..tunggu esok umi balik ye sayang








Blogwalking Segment by kasihjuju.com

$
0
0
Assalamualaikum


Syarat-syarat penyertaan:

1/ Sila follow blog saya ye.
2/ Like fanpage saya -->
3/ Buat entri bertajuk " Blogwalking Segment by kasihjuju.com "
4/ Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini.
5/ Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.


Segmen akan berlangsung selama seminggu sahaja. Cepat-cepat join okeh. Banyak kebaikkan kalau korang join segmen macam ni. Antaranya, korang dapat kenal dengan rakan-rakan blog yang lain, boleh tengok design blog diorang yang cun-melecun dan yang paling penting dapat tingkatkan follower blog.

Dan yang paling best, penganjur segmen akan pilih 5 blog bertuah untuk dimasukkan dalam senarai bloglist special yang akan penganjur segmen create lepas habis segmen ni. Pemilihan akan dibuat berdasarkan top refferal dan juga menggunakan kaedah random.org.


Harga Makanan semakin mahal..Kenapa?

$
0
0
Assalamualaikum

Sebenarnya dari semalam tengahari rasa dok membebel seorang diri bila memikirkan satu nota yang diletakkan di premis makanan tempat aku makan tengahari semalam.

Ini pun member aku yang dok order kat kedai tu yang bagitahu kami orang ni,sup bla..bla akan dinaikkan start bulan hadapan..kalau dah sekarang ni,semangkuk mee sup/bakso dah berharga RM7..Bagaimana pulak harga bulan depan..Adakah akan dinaikkan seringgit????Dua ringgit mungkin??

Tapi punca kenaikkan?? Apa pula ye?? Minyak naik?? Tol naik ?? habis apa yang naiknya..Maaf nak cakap lah kepada peniaga yang berkenaan..Berpada-padalah dengan kenaikkan harga makanan tu.Kita..kami ni pun cari makan jugak.Kuli je.Sekarang pun makan basic je..OT bagai nak rak..habis pada beli barangan makanan..Simpanan?? perubatan?? rasa cukup-cukup je..Bak kata orang paras-paras hidung je.

Aku ni,sebagai pengguna,pembeli,sangat-sangatlah terkesan bila kenaikkan barang makanan ni naik.Nak makan luar pun berkira..Hari-hari bawak bekal pun penat jugak beb..Pepagi sebelum subuh dah memasak..Itu baru buat sarapan..Takkan nak memasak lagi untuk tengahari sampai ke petang...uishhh..pelik..

Orang yang bergaji besar pun terasa dengan kenaikkan semua ni,apatah lagi kami yang basic baru 1500 ni..Itu kalau anak sorang...boleh la lagi..yang anak ramai tu,macam mana pulak.

Aku faham korang meniaga pun nak untung.Tapi tak boleh ke dalam keuntungan tu ada sifat sedekah.At least Allah tu lebih panjangkan rezeki korang tu.


For your information(peniaga) Ini hanya keluhan hati seorang hamba allah yang terasa dengan kehidupan yang hakiki..Bukan semua peniaga seperti yang aku khabarkan ni,hanya segelintir sahaja.

uih...pepagi kan dah bebel..bukan apa..aku rasa macam tak logik pulak bila semua nak dinaikkan bila minyak diturunkan..Kalau dulu peniaga bagi alasan minyak naik,sekarang minyak turun apa alasannya kan..so..sebab tu ramai yang mengeluh.Tapi keluhan orang-orang kecik macam kami ni,manalah nak dipandang sangat..Terpaksalah harunginya jugak walau perit..

Oklah...itu jelah aku nak bebel..sebelum tu aku mohon maaf kalau ada diantara korang yang terasa dengan entry aku ni..Ini cuma entry keluhan je..jangan kecam aku sangat..

Korang macam mana...meh la share kat sini..sama pendapat atau berbeza...

Dah Semakin Panjang Akalnya

$
0
0
Assalamualaikum

Lama rasanya tak bercerita pasal Nur Naura Auni..Alhamdulillah..Dah hampir 8 bulan membesar di depan mata umi.tak sangka boleh melahirkan anak walau dugaan banyak sebelum mengandung.

Hanya dia dan kakak sahaja penawar hati.Lepas ni tak taulah dapat mengandung lagi ke tidak.Hanya dengan izin Allah sahaja selepas ni.

Berikutan dengan kes jantung aku tu,doktor dah nasihatkan aku supaya tidak mengandung lagi.Bukan apa,doktor taknak amik risiko untuk kandungan seterusnya kerana satu injap di jantung aku kurang  kemampuan untuk mengepam darah ke jantung dalam keadaan yang normal seperti orang-orang lain..emmm...dah tak mau cerita lah pasal tu..nak chill je...

Hah!! ni nak cerita buah hati pengarang jantung yang sorang ni..hamboiiii..sejak-sejak dah pandai duduk kat walker ni,bukan main suka lagi nak menjelajah dalam rumah ni..Tak puas kat luar,dia masuk dalam bilik pulak..Kalau tak bekerja tak pelah jugak..Tengoklah apa yang dibuatnya ni

habis kain baju umi yang dirak dia keluarkan..Semakin di marah,semakin menjadi dia buat..Last-last umi biarkan dia main sampai puas.Lepas tu puaslah umi dok berkemas kain baju..iskk..Dah la umi paling malas nak melipat..Penat wehhh..


Hailah anak..alhamdulillah..aktif dia..walau batuk tu tak pernah redha,tapi dia tetap macam tu..aktif seperti biasa.Cuma dari doktor cakap,dia macam alergik.tanya aku samada bela kucing ke tidak..aiikk..ape kena mengena dengan batuk dan selsema anak pulak ye..emmm..krik..krik je lah dengan doktor bila ditanya macam tu..
anak umi atau anak babah???
hehehe

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

$
0
0
                    Assalamualaikum

Musim sekarang ni iaitu musim panas, ramai yang dok mengadu sakit,demam,batuk dan selsema termasuk aku.Memang tak dinafikan musim panas sangat-sangat merbahaya pada kesihatan kita.Kita juga perlulah menitik beratkan aspek kesihatan supaya terhindar segala penyakit.

Tengok jelah empunya blog ni.Dah seminggu lebih batuk dan selsema melanda.Ubat pun da habis.Rasa malas naj check up lagi..Dan hari ni bercuti sebab batuk yang kerap membuatkan aku sakit dada.

Tips yang perlu kita amalkan semasa dalam cuaca macan ni adalah:-


Rasanya air masak tu dah lebih sangat aku minum.

Moga empunya badan cepat sembuh..Bolehla datang kerja dengan muka happy .  




Dua kali Bertandang ke Klinik

$
0
0
Assalamualaikum

Kali pertama tak sihat adalah dalam minggu lepas.Hari selasa kalau tak silap aku.Pergi pun klinik panel aku yang terbaharu iaitu klinik Joginder.Bagi ubat batuk,selsema ,demam and antibiotik.Tapi yang sadisnya aku lupa nak inform dia aku breastfeeding naura.

So,confirmlah kan ubat selsema dan ubat batuk tu aku tak boleh nak telan.Tapi adalah dua kali aku tagakkan jugak ubat batuk tu sebab dah tak tahan dengan batuk.
Ambil jugalah strepsil supaya lega tekak ni.Uihhh...rasa nak tercabut jantung ni tahan batuk weh!!!

Yang palung sakit hati,time bos aku mengajar tulah dia batuk bersungguh-sungguh..Tak ke sakit hati ni.Dalam office tu kalau aku batuk,rasa semua dok pandang aku..Macam diorang tak pernah batuk kan..arghhhhh..ada aku kesah..Nak batuk kan..mana boleh tahan tahan.

Hujung minggu yang lepas,aku balik kampung untuk melepaskan rindu aku pada awfiyah.Tapi masa tu sangat-sangatlah mencemburui aku...rasa pantas je masa berlalu kan..emmm..macam xde kena mengena lak dengan stories aku ni..haha..eh..tapi dekat kampung pun aku rasa tak sihat..Ingat malas je nak balik pasir gudang.Tapi fikir balik takde orang nak hantar aku balik pasir gudang.

Dan hari ini,memang dah tak boleh tahan..maka surrender jugak pi jumpa  doktor.Kali ni aku pi klinik rozikin.Sempat jugak bagitahu aku breastfeeding mommy..Doktor cakap nasib baik awak inform..Dapat mc satu hari,ubat batuk,demam,cairkan kahak dan antibiotik.Satu lagi krim gatal sebab doktor nampak kat lengan aku ada kesan kena garuk teramat sangat..Doktor tak bagi aku pil selsema sebab xbagus klu susukan baby.pil selsema tu mengantuk.


Dah selamat masuk mulut..Harap cepatlah baiknya.Risau jangkit dekat naura walaupun virus ni daripada dia..


Sabun Susuk Emas untuk wajah yang cantik

$
0
0
Assalamualaikum

Sabun susuk Emas?? Bukan pakai susuk ye..Ianya hanya sabun yang sangat-sangat sesuai untuk menjadikan kulit muka anda kelihatan flawless gitu...Bukan susuk yang dok cucuk sana-sini kat muka untuk kelihatan sentiasa cantik ye..uishh..haram tu..


SABUN SUSUK EMAS merupakan sabun buku untuk masalah kulit anda dan ianya diperbuat dari 100% bahan semulajadi seperti kunyit da njgua cendana yang mempunyai antiseptik dan agen anti bakteria.Sabun susuk emas ini mempunyai fungsi utama iaitu Repair & Glowing
sabun susuk emas
Yeay..Ini dia sabun susuk emas..Sangat-sangat harum untuk digunakan.Up sikit gambar


Sabun Susuk Emas membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit termasuk jeragat,cela kusam dan macam macam lagi

Lepas guna sabun ini anda akan rasa wajah rasa segar sebab ianya mempunyai bau-bauan herba yang sangat ahrum.Kemudian,wajah akan rasa lebih lembabdan kulit wajah rasa lebih halus.Bahagian yang kusam akan jadi semakin cerah dan yang pling penting harganya vukup berbalo dengan hasil yang bakal diperolehi



Kelebihan sabun susuk emas ini
  1. melembapkan kulit
  2. menegangkan kulit wajah
  3. Menaikkan seri wajah(gloowing)
  4. mencerahkan kulit wajah yang kusam.
  5. menghilangkan jeragat serta bintik-bintik hitam
  6. Jerawat kecut dan pudar
  7. Menghapuskan cela bekas jerawat
  8. membuka dan mengecilkan pori-pori kulit yang tersumbat
  9. Mengawal minyak berlebihan
  10. Menghilangkan Blackhead/whitehead


Kandungan yang terkandung di dalam Sabun Susuk Emas ini
sabun susuk emas






Merawat dan melicinkan wajah kulit
Merawat jewarat, jeragat, kulit berminyak, bekas jerawat untuk wajah berseri seri

Terletak cantik di dalam uncang ni..



Cara menggunakannya,
Anda perlu mencampurkan sedikir air untuk membolehkan sabun ini mengeluarkan buih.Sapulah ia dibahagian wajah,atau mana-manabahagian badan yang bermasalah.Biakran buih itu selama 5 minit dibahagian tersebut


Testimoni selepas2 minggu menggunakan sabun susuk emas
testimoni sabun susuk emas
kalau dulu kulit muka aku ni oily..Bila pakai make up nampak sangat bercapuk kan.Selepas menggunakannya,takdelah nampak oily.Tak payah pakai foundation dan bedak compatc..Just pakai Olay dan bedak serbuk je..Itu dah memadai..Nampak glowing...heehehe..sila jeles..




Harga Promosi
1 buku berharga =Rm29.90 sahaja(tidak termasuk postage


Untuk keterangan lanjut korang boleh ke website
Facebook : facebook.com/sabunsusukemas
Website :www.sabunsusukemas.com
call/whatssap : 0123995719

Beberapa petua menghilangkan batuk dan selsema pada bayi

$
0
0
Assalamualaikum

Ibu mana yang tak risaukan bila anak batuk dan selsema memakan masa hampir 2-3 minggu untuk sembuh.Takkanlah asyik nak makan ubat dan ulang alik ke klinik sahaja.Sebagai ibubapa kita harus try and error perubatan lain untuk melihat anak kembali pulih sedia kala.

Asalkan kita mencuba sesuatu yang tidak memudaratkan anak kita sudah la kan?
Jika anak kita selsema dan batuk,tetapi masih aktif seperti biasa,masih lagi makan dan minum seperti biasa,tidak perlu terlalu khuatir kerana itu adalah normal dalam perkembangan anak-anak kita.
Tetapi sekiranya demam,batuk dan selsema mereka berlarutan,malah anak-anak kelihatan lesu,kurang selera makan atau menyusu,segeralah dibawa ke Hospital untuk mendapatkan nasihat yang lebih pakar.
source:google

Bagi bayi yang beru,ur 6 bulan ke bawah,kebiasaannya doktor tidak akan memberikan apa-apa ubatan kerana dari segi perubatan,ianya adalah normal bagi bayi kerana mungkin terdapat lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir,iaitu batuk berkahak.Ia akan keluar dengan sendirinya melalui muntah dan najis.Jika diberikan ubat pun,dosnya adalah kecil 1-2ml sahaja.

"Penyebab utama virus batuk dan selsema ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas dikawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan."-Kementerian Kesihatan

Lagi pulak tak elok rasanya kalau disogok dengan ubatan dari klinik sahaja kan.Jadi petua atau tips orang-orang lama perlu diambil kira dalam hal ini.Ikut tips dari pembacaan aku disini

Kekadang cuaca yang tidak menentu ini juga merupakan faktor badan kanak-kanak  tidak sihat.

Ibu bapa boleh mengamalkan tips ini untuk diberikan kepada anak-anak kecil mereka

1. Berikan anak rehat yang secukupnya dirumah 
Elakkanlah membawa anak keluar dari rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat mengelakkan virus berjangkit dengan anak-anak lain. Selain itu, anak-anak akan merasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama. 

2. Sentiasa bersama anak
Anak yang tidak sihat memerlukan pemerhatian. Jadi, isilah masa bersama mereka dengan sentuhan-sentuhan memujuk dan pelukan agar mereka merasa selesa dan selamat.Boleh juga bercerita dan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengambil udara segar.

3. Bersihkan peralatan , rumah dan juga pakaian.
Walaupun rumah kia lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah sekiranya kita membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk-habuk. Mop lantai menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci anti-bakteria. Lebih baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia.

4. Aliran udara yang baik
Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.

5. Tepuk Percussion
Menepuk bahagian badan- depan & belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (seperti kita nak sendawakan bayi). Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)

6. Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton
Teknik ini saya sering gunakan kepada bayi saya. Caranya sediakan:
  •  2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen  
  • Tambahkan sedikit minyak zaitun
  • Tambahkan air panas
  •  Napkin nipis (saya tidak gunakan, risau bayi tak dapat tahan)
Riba anak dengan menhadapkan mukanya ke besen tersebut. Tutup kepalanya dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak. Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion tadi. InsyaAllah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selsema akan berkurangan.

7. Penjagaan makanan Ibu dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan nutrisi.
Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih didalam sup tersebut. Ibu juga boleh mengambil supplement yang bersesuaian untuk ibu menyusu.


8. Kunyit
Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

9.Bunga belimbing dan air beras
Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, boleh cuba petua ini. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras, tapis dan beri anak minum. Ini adalah petua tradisional.

10. Daun basil, oregano dan daun sireh
Campur dan perahkan airnya. Beri anak minum sedikit. Hanya untuk bayi yang telah makan makanan pejal.

11. Lemon, halia, madu
Perahkan lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. biarkan semalaman dalam peti ais, boleh berikan kepada anak-anak yang berumur 2 tahun keatas.

12. Garlic Socks
Bakar bawang putih, letak dalam stokin anak.

13. Mandian lemon
Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

14. Minyak bawang putih
Bakar bawang putih seperti teknik Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton , cuma, tidak perlukan air panas. hanya tambah minyak masak/ zaitun/ bayi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya.

15. Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun

Ini adalah perkongsian dari seorang sahabat saya, katanya , goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak. 



Ada beberapa tips yang aku lakukan sepanjang Naura batuk dan selsema seperti mandi lemon,kunyit dan juga minyak bawang putih.
Alhamdulillah..berkesan ke atas dia.umi pun dah tak risau sangat..



Nuffnang : Atria World Book Fest March 2016

$
0
0
Assalamualaikum


World book day is a celebration of authors, illustrators, books.
It’s also a celebration of reading designated by UNESCO marked in over 100 countries all over the world.
Atria World Book Fest March 2016

This year Atria Shopping Gallery is organising the World Book Fest with loads of fun activities to encourage children to explore the pleasures of books and reading this school holiday : Study smart, play hard.
Join the event to get regular updates on the activity line up, redemptions and loads more happening at the Atria World Book Fest.
On Ground Activities:
– Giant Jumping Teapot
– Kiddie Car Ride
– Play House
– F8 Photo Booth
– Times Bookstore
– Reading Corner
– Jungle Gym Art& Craft
– Thomas & Friends
– Edutainment Corner
Check out the Activity schedule for #AtriaWorldBookFest
Which activity are you looking forward to join?
* Pre-register at the Concierge Counter, Concourse floor.
Valid for kids aged 4 -12 years.
Limited to 25 kids per activity.
Date: 2 Mar – 27 Mar 2016
FB: Atria Shopping Gallery

WW:Hilangkan Jeragat

$
0
0

                         Assalamualaikum

sumber :fb

10 Fakta menarik untuk ibubapa yang suka bercerita dengan anak

$
0
0

Assalamualaikum

Source:google

Bab ni aku masih mengadaptasi pada naura.Kalau awfiyah tu,pegang je buku dia da start nak popo!!kalau pen atau pensil pun dia panggil popo jugak.Jadi nak bercerita dengan dia,memang adventure sikit..haha...

Ada ke korang yang suka bercerita dengan anak? Kalau korang yang suka bercerita dengan anak,sememangnya korang tergolong di dalam ibubapa yang hebat kalau rajin bercerita atau membacakan buku cerita  untuk anak secara konsisten setiap hari.

kalau awfiyah,dia sangat suka aku menyanyikan lagi  alif ba ta atau lagu phonic song tu.Lepas tu becok lah mulutnya nak mengikut walau hujung ayat je yang bunyi.
Begitu juga dengan naura,sepanjang dia di dalam kereta dengan aku,aku akan nyanyikan dia lagu alif ba ta atau lagu-lagu didie & friends supaya minda dia sentiasa bergerak.

Kalau kita tengok cara orang putih membesasrkan anak,mereka memang suka bercerita atau membacakan buku cerita untuk anak-anak.Kalau korang nak tahu lagi,dari pembacaan aku disini,amalan suka bercerita ni sebenarnya memberi kesan positf terhadap tumbesaran anak.

Mungkin ada dikalangan kita yang malas atau enggan nak membacakan cerita untuk anak kita sehinggalah mereka tau akan manfaat dari membacakan buku kepada anak mereka.

1.Anak cepat bercakap
mengembangkan kemampuan pertuturan dan memperkaya kosa kata anak terutama si kecil yang sedang belajar bercakap.Perbendaharaan kata baru yang didengar melalui cerita akan membantu memperbanyakkan penguasaan kosa katanya ketika bercakap.Secara tidak langsung kita sebenarnya telah mengajar banyak perkataan baru kepada anak melalui amalan bercerita.

2.Anak faham bahasa yang sukar.
Melatih dan memperkaya kemampuan berbahasa dan memahami struktur bahasa yang lebih sukar.

3.Mengenalkan pelbagai Emosi
Bercerita adalah proses mengenalkan bentuk-bentuk emosi dan ekspresi kepada anak seperti marah,sedih,gembira,kesal dan lucu.Ia membantu memperkayakan pengalaman emosinya yang akan mempengaruji pembentukan dan perkembangan kecerdasan emosionalnya.
Sebaiknya semasa bercerita,berikan penekanan intonasi pada bentuk emosi mengikut jalan cerita.misalnya dengan menunjukkan mimik muka atau ekspresi yang bersesuaian sehingga anak anda mampu mengenali dah memahami bentuk-bentuk emosi tersebut.

4.Anak lebih ceria dan gembira
Memberi kesan menyeronokkan,bahagia dan ceria terutama bila mendengar cerita kelakar.Secara psikologi,cerita kelakar akan membuatkan anak berasa gembira dan ceria.Secara tidak langsung ia membantu anak memahami nilai-nilai murni yang hendak diajarkan daripada cerita tersebut.

Namun jangan sekali-kali bercerita kisah lucu yang memperlihatkan kebodohan atau kekurangan orang lain.

5.Anak lebih kreatif dan pandai berimaginasi
Merangsang daya imaginasi dan kreativiti anak,menguatkan memori serta membuatkan anak mampu berfikir lebih kreatif dan cerdas.Jalan cerita yang mempunyai pelbagai bentuk emosi dapat meningkatkan daya imaginasi anak sehingga dia dapat belajar dengan cara membanyangkan cerita tersebut.

jangan terkejut kerana suatu hari nanti anak kecil anda mampu menceritakan kembali cerita tersebut dengan lengkap.Selain dari itu,sesekali biarkan anda bercerita dengan penutup yang tergantung,biarkan akan belajar menjadi kreatif dengan daya imaginasi untuk menghabiskan cerita tersebut.

Secara tidak langsung ia membantu anak melatih daya imaginasi dan kreativitinya.Ia sangat berguna apabila dia melangkah ke alam persekolahan terutama apabila membuat karangan.

6.Anak mudah mengasihani orang lain.
Dapat menumbuhkan perasaan empati dalam diri anak.oleh itu semasa bercerita terutama jika cerita sedih atau menyentuh jiwa,pastikan ia dapat menyentuh perasaannya dan menimbulkan rasa empati.
Sekurang-kurangnya selepas ini,juka dia melihat sendiri kisah sedih orang lain,dia mudah berasa simpati dan empati dan terus ingin membantu.

7.Anak lebih cerdas
Melatih dan mengembangkan kecerdasan anak.Cerita bukan sahaja menyeronokkan anak tetapi mampu memberi manfaat luar biasa bagi kecerdasan anak secara kognitif,emosional ,spritual dan visual.
Dari segi kognitif ia memudahkan proses pembelajaran anak kerana kemampuan berfikir otak lebih mudah menyerap nilai yang terkandung dalam cerita.

Secara emosional pula,cerita dapat mempengaruhi perasaan hati dan mencetuskan perasaan empati dan positf dalam diri anak.

Sementara dari aspek spiritual,cerita boleh mendidik jiwa anak mempercayai kewujudan Tuhan sebagai pencipta yang paling agung dan yang paling layak disembah.Jika kita sering bercerita kisah ketuhanan dan kisah para Nabi,Rasul dan sahabat,secara tidak langsung mereka dapat mengaplikasikan segala kebaikkan yang dipelajari daripada cerita yang didengar dalam kehidupan seharian mereka.

Kisah kehidupan Rasululllah s.a.w kisah para sahabat Nabi atau para syuhada adalah cerita benar yang tepat untuk merangsang kecerdasan anak.

8.Pendidikan terbaik
Bercerita adalah cara terbaik mendidik tanpa kekerasan,menanamkan nilai moral dan etika serta melatih disiplin dalam diri anak.

9.Erat hubungan ibubapa dan anak.
Bercerita dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak.Amalan bercerita dapat memberi peluang ibubapa untuk menghabiskan masa berkualiti dengan anak terutama bagi yang terlalu sibuk.Dengan membacakan buku cerita ia membuka peluang untuk ktia lebih mendekati anak sehingga dapat membina sebuah komunikasi yang baik.

10.Bentuk peribadi mulia
Membentuk peribadi yang baik dikalangan anak.Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk peribadi anak-anak.Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahi anak membesar sebagai insan yang berperibadi mulia.Anak-anak bukan sahaja mahukan ibu bapa memenuhi keperluan material semata-mata tetapi perlu juga memenuhi keperluan rohani.

Jadi,dengan ikatan yang rapat dengan anak,ia mampu memberi kebahagiaan yang tidak ternilai harganya.Ia membantu membentuk anak-anak yang membesar dalam suasana positif seterusnya menjadi insan yang berperibadi mulia.

Sebagai langkah awal untuk menanam minat membaca anak,ia perlu dimulakan daripada ibu bapa.Ceria yang menarik mampu membuatkan anak terpaku mendengarnya dan mencambahkan rasa ingin tahu dan ketagih terhadap aktiviti bercerita atau membaca buku cerita.

Semakin tinggi rasa ingin tahunya, semakin tinggi pula minat membacanya, sehingga membuatkan dia membesar sebagai anak yang suka membaca dan menghargai ilmu.

Sebab tu bila Naura berada dengan aku,sewaktu di dalam kereta,aku selalu mewujudkan komunikasi supaya dia sentiasa peka dengan percakapan yang disampaikan oleh aku.Walau nyanyian,yang aku rasa boleh memberikan input yang baik kepada dia jugak memadai bagi aku..Tunggulah dia dah besar sikit untuk belikan buku-buku tu.Kakak fiyah dah sibuk dengan buku colouring je,


 

Kekerapan aku Menulis Blog?

$
0
0
Assalamualaikum

Blog berwajah baru kan..Ini pun sebab dah bosan dengan wajah lama blog.Nak yang lebih responsive dan lebih baik dari yang lama.Itu pun baru nak bagitahu walaupun dah dekat sebulan jugak pakai template ni.

source:google


Memang diakui,sejak pakai template baru ni,pageviews semakin meningkat dan amat memberangsangkan,Yelah kalau dulu pageview hanyak 2k ke bawah,Sekarang ni alhamdulillah bawah 3-4k.Bagi aku itu pencapaian yang lebih baik dari dulu.Update blog pun jarang ,mungkin pageview tak berapa nak baik.Update blog tak konsisten menyebabkan pageview boleh jatuh.Itu pun aku cuba konsisten kan update blog walau sehari satu post.

Aku cuba jugak join mana-mana GA bila tak tau nak update apa,..Bukan tak tau,cuma takde idea nak berkongsi di blog ini.Aku cuba membaca dari segi ilmu kebapaan.Disamping aku belajar tentang keibubapaan ni,ada juga benda yang aku boleh share apa yang aku baca.Yang penting pada dalam kita membaca tu,kita dapat ilmu,Bila dah dapat ilmu dan kita cuba aplikasikan pada anak-anak atau dalam diri kita,kita cuba untuk berkongsi apa yang kita tau..

Memang diakui,selain dari aku banyak review produk-produk di pasaran,banyak entry aku yang ditulis tentang anak.Bagi aku tak salahkan nak berkongsi cerita tentang perkembangan anak.Dalam kita bercerita tu,kita berkongsi apa yang kita buat tu boleh dijadikan sesuatu perkara baik yang boleh diikuti pada umum.Itu pendapat aku..Ada orang tak suka nak berkongsi tentang family mereka.Tak salah tak berkongsi dan tak salah untuk berkongsi..Adil..hehehehe

Ada juga mereka yang datang dan membaca blog berbentuk entry pasal keluarga,tak tau nak komen apa..bagi aku,komen lah apa jua yang boleh dijadikan  perkongsian dalam ilmu kekeluargaan..kalau tak tau nak komen tu,terpulang lah kan..Ikut citarasa masing-masing.

Bagi korang pulak macam mana..Berapa kerap korang akan menulis.

Umil Milkbooster Membantu sepanjang penyusuan bayi saya

$
0
0

Assalamualaikum

Dah pelbagai cara meningkatkan kuantiti susu disamping memberikan  kualiti terbaik untuk anak aku.Kalau dulu masa dalam pantang,memang aku kurang prihatin terhadap pengeluaran susu sehinggalah aku terpaksa campur susu badan dengan susu formula.Lagi pulak bila anak kuning,lagi terus disogok dengan pemberian susu formula.

Kurang ilmu dalam penyusuan dan juga makanan tambahan membuatkan susu berkurangan.Dekat situ  aku dah pening kepala.Nak buat stock susu pun payah.Lama kelamaan susu semakin sikit.Anak aku si naura tu pun tak berapa nak pandang susu formula.

Tetapi,bila diperkenalkan dengan Umi Milkbooster,alhamdulillah..lama kelamaan susu pengeluaran susu semakin meningkat dari sehari ke sehari.



Kalau dulu,untuk sebelah sahaja,mampu menghasilkan 1oz susu setiap kali mengepam.Tetapi bila dah minum Umil milk Booster dan juga kerajinan aku mengepam,sebelah je dah dapat 3oz.untuk sehari aku aku dapat 15oz hasil dari aku mengepam di office..kalau rajin lagi dapatlah lebih.kalau kat rumah aku just breastfeeding terus naura.kalau sempat malam aku pam lagi..Meh aku perkenalkan apa itu Umil Milk Booster

UMIL MILK BOOSTER adalah Susu Kesihatan & Kecantikan 4 dalam 1yang merangkumi 5 aspek penting:
1) Cantik:
Menghaluskan, melicinkan, melembapkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2) Sihat:
Memberikan kesihatan yang baik, mencegah sebarang infeksi, merawat pelbagai jenis penyakit dan juga menghalang stress.
3) Bertenaga:
Memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.
4) Kenyang:
Memberikan rasa yg kenyang yang lama bagi ibu dan bayi.
5) Bijak:
Meningkatkan perkembangan otak bayi.

Hasil dari perahan aku yang memberangsangkan dengan minum Umil Milkbooster

Cara yang terbaik untuk menambahkan lagi produksi susu badan adalah dengan meminum UMIL Milk Booster. UMIL milk booster adalah supplement yang boleh menambahkan lagi susu badan dengan MUDAH dan SELAMAT.

Kelebihan Produk Umils Milkbooster

  • Membantu pengeluaran susu ibu dan perbanyakkan susu ibu.
  • memberi ibu rasa kenyang berpanjangan dari bertenaga sepanjang hari.
  • Mengurangkan masalah alergik pada bayi dan melancarkan sistem percernaan bayi.
  • Membantu mengekalkan zat besi dan mineral yang secukupnya untuk ibu dan bayi.
  • Membantu Kesihatan perut dan kolom.
  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi  badan bayi.
  • Membantu mengurangkan jaundis dan kadar kolestrol pada badan bayi.
  • Membantu mengurangkan kolestrol pada badan.
  • Membantu mengekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin.
  • Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersakin dan payudara lebih najal dan gebu.
kenapa aku memilih Umil Milkbooster ini adalah kerana
💧1.Dapat menambahkan dan melancarkan susu badan
💧2.Terdapat 'Makanan Sunah' di dalamnya (BUAH KURMA)
💧3. Memberi tenaga untuk ibu yang hamil
💧4.Rasa ‘Hot Chocolate’ sebenar
💧5.Boleh diminum panas dan sejuk
💧6.Rasa yang sedap
💧7.Bahan extract yang bagus meransang perkembangan otak bayi
💧8.Khasiat yang mencukupi untuk si ibu dan bayi.
💧9.Terjamin kesucian produk kerana keluaran 100% Bumiputera
💧10.Produk bernutrisi tinggi
💧11.Mengenyangkan

Bila elok untuk mummy,mestilah elok untuk bayi kita juga kan.Korang nak tau khasiat Umil Milkbooster ni untuk bayi yang baru lahir -24 bulan


Otak
Tinggi IQ & cergas
Membantu pertumbuhan tisu saraf

Telinga
Kurang mendapat jangkitan penyakit telinga

Kulit
Kulit menjadi mulus dan bersih
Kurang penyakit enzyme
Kurang mendapat alahan pada kulit

Saluran Kencing
Kencing menjadi lawas
Kurang mendapat jangkitan saluran kencing

Mata
Penglihatan menjadi lebih tajam

Hati
Mengurangkan risiko penyakit kuning (Jaundis)

Perut / Usus
Sistem pencernaan yang bagus
Mengelakkan dari kembung perut
Mengurangkan risiko cirit birit, sembelit dan alergik pada makanan

Sendi / Otot
Tulang otot menjadi kuat
Kurang mendapat penyakit

Sistem Imunisasi
Membantu meningkatkan system imunisasi badan bayi


Cara Pengambilan Umil Milk booster


  • Ambil 3 kali sehari dengan 2 kop (30gram) Mothers care serbuk premix dengan 170ml air suam pada sebelah pagi sebelum sarapan,tengahari dan malam.


Cara Penyimpanan


  • Sila simpan pek di tempat yang kering sebelum dan selepas di buka.
  • Lipat dan klipkan bahagian yang telah di tutup rapi.
  • Simpan di dalam tin atau bekas kedap udara.
  • Pastikan bekas di tutup rapi.
  • Untuk memastikan kesegaran gunakan kandungan dalam tempoh 4 minggu selepas di buka.
Jika korang juga berminat untuk mendapatkan Umil Milkbooster ni,Jangan segan silu untuk melayari

FB PAGE                               :               UMIL MILK BOOSTER
INSTA                                    :               UMIL MILK BOOSTER
EMAIL                                   :               umilmilkbooster@gmail.com
CONTACT NUMBER         :               019 3000 793   & 019 6473 938
HARGA                                 :               RM80.00
BERAT                                   :               600 GRAM/ POWDER, PERASA COKLAT



ADA KELULUSAN KKM & HALAL.Dikeluarkan oleh   JSR TERBILANG SDN BHD

Bebelan petang

$
0
0
Assalamualaikum

Kembali bersiaran..Ada je ni..tak kemana pun.Last entry pun dipublish pada hari semalam.Itu pun yang dah ada di dalam draft.Entry adverotial ke 4 bulan ni.Syukran sesangat.Walau pendapatan sampingan blog tak seberapa,tapi cukup untuk nak beli jajan anak.hehehe..

Memang mencabar di tempat yang baru,bukan kerana apa pun.Hanya mencabar dengan pc yang ada ni.Nak dapat yang baru pun tak tau bila dapatnya.Internet lembab,nak loading excel,semua yang ada di pc ni,lembab semacam je.Bikin naik darah.

Menumpang sementara di pc officemate lain.Nak buat HRDF pun baru nak berjinak-jinak..Banyak yang tak faham..Sepatutnya hari ni aku pergi ke Taklimat HRDF dan pembayaran Levi.Tapi disebabkan bos lambat bagi nama,makanya dah penuh..haishhh..

Dok fikirkan pulak tentang anak yang tak berapa nak sihat.Ikutkan hati nak balik je.Tapi bila call mak,katanya dia boleh handle lagi..Alhamdulillah...Thanks mak!!

Harapnya dapatlah kan pc baru minggu depan..Susah weh nak settlekan kerja.Kerja berlambak.Memerlukan kesabaran yang paling maximum ni.Rasa macam nak off je semua dan balik rumah..Tak sakit kepala.

Petang-petang ni sajalah nak membebel..Rindu weh kat blog.Selalu menaip,bila tak menaip macam tak best pulak..kah..kah,,

Harap korang tak bosan dengar bebelan aku ni..arios...
Viewing all 2782 articles
Browse latest View live