Quantcast
Channel: Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger
Viewing all 2782 articles
Browse latest View live

Johor Bercuti Hari Ini

$
0
0

                                 Assalamualaikum

Johor bercuti hari ini sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.Dapatlah cuti sehari.Dapat juga menghabiskan masa satu hari dengan keluarga.

Kalau biasa,memang aku jarang dapat bersarapan diluar dengan husband.Kalau ada pun salah seorang kena bercuti..hehe..maksud aku husband aku kenalah bercuti ahad kan.
Pada yang sedia maklum,Johor bercuti pada jumaat dan sabtu.Tapi tak semua company yang mengambil cuti pada hari berkenaan.Hanya kerajaan sahaja yang wajib bercuti pada hari tu.Kebanyakkan swasta memang tak amik pun.

Dan pada hari ini,walaupun tak dapat jugak nak bersama dengan awfiyah,dapatlah bersama dengan Naura dan husband..Rindu pulak kat anak umi lagi sorang tu.

Petang ni boleh la belanja barang dapur bersama-sama sambil menghabiskan masa bersama.

Di kesempatan ini,hamba anak jati JOHOR, Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku.

Daulat Tuanku.


10 Langkah ibu bapa perlu dibuat bila anak demam

$
0
0
Assalamualaikum

Kalau entry yang lepas aku cerita pasal anak-anak demam.Eh..korang boleh baca entry tu di sini.
Entry ni aku nak share dengan korang dari hasil pembacaan aku di sini.

Yelah,kita sebagai orang tua ni,bila ada anak ni,ada sahaja perkara yang perlu kita tahu,dan perlu kita amik tahu.Bukan main belasah je.Bila anak demam,terus gi klinik.bagi makan ubat..tu jelah..Tapi sebagai ibu bapa kita kena cari sendiri dan ada inisiatif untuk menghindarkan dari anak-anak demam berlarutan atau sebelum demam kan.

Zaman sekarang ni dah mudah,google je apa yang perlu kita buat dan perlu kita tahu tentang sesuatu perkara ni.Sebab tu banyak blog yang share tentang pandangan,info dan sebagainya di blog mereka.Bukan sahaja untuk diri sendiri,malah boleh juga dikongsi dengan pembaca yang lain.

Bila anak demam,merengeknya ,Allah je yang tahu.Kekadang hati ibubapa ni runsing,sampai nak kerja pun tak sanggup bila anak merengek.Inikan pulak nak hantar rumah babysitter kan.Demam biasa adalah sebahagian daripada kaedah semulajadi badan bayi melawan jangkitan.

Tetapi kalau bayi berusia enam bulan ke bawah demam,macam anak saudara aku yang berusia dua minggu tu,kita perlu lebih risau kerana agak jarang bayi seawal usia tersebut mengalami demam,ia mungkin petanda ada sesuatu yang tidak kena.
anak demam
source:google


Untuk memastikan keadaan demam anak adalah terkawal dan suhu badannya tidak terlalu tinggi,anda perlu buat perkara berikut.Ini kerana suhu badan yang terlalu tinggi sehingga mencecah 39 darjah C boleh menyebabkan anak mendapat serangan sawan.


1. Guna termometer untuk pantau suhu

Bila ada anak, termometer adalah benda wajib yang mesti ada. Anda boleh beli di mana-mana farmasi atau kedai barangan bayi. Sebaiknya guna termometer digital yang mudah membaca suhu badan anak. Ambil bacaan suhu badan dengan meletakkan termometer di ketiaknya sehingga berbunyi bip apabila suhu telah diambil.
Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil. Suhu normal adalah 36.7 darjah C, kalau bacaan lebih tinggi daripada itu anda perlu berusaha untuk menurunkan suhu badan anak.

2.Bawa berjumpa doktor.
Sebaiknya bawa anak segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut terutamanya sekiranya bayi berusia bawah enam bulan.Jika bayi berusia tiga bulan dan bacaan badannya 38 darjah C atau lebih memang wajib berjumpa doktor.

3.Turunkan suhu badan anak.
Tugas anda apabila tahu anak diserang demam adalah menurunkan suhu badannya.Ini untuk mengelakkan anak boleh diserang sawan jika suhu badan terlalu tinggi.Cara untuk menurunkan suhu badan adalah memandikan anak dengan air paip biasa(jangan guna air suam),mengelap badan anak dengan tuala basah terutama di bahagian ketiak,celah peha,kaki dan ibarkan anak hanya pakai lampin pakai buang sahaja.
Jika suhu badan anak anda melebihi 39 darjah C,dia mungkin akan ditahan wad untuk dimasukkan air bagi menggantikan cecair yang banyak hilang dari badan serta menurunkan suhu badannya.

4.Beri ubat demam.
beri anak anda minum ubat demam(paracetamol)kanak-kanak mengikut sukatan betul yang telah ditetapkan oleh doktor anak anda.

5.Tak perlu selimut atau baju tebal.
Ada orang suka pakaikan anak mereka dengan baju tebal atau baju berlengan panjang dan menyelimutkan anak ketika demam.Ia tindakan yang salah dan hanya akan membuatkan suhu badan anak semakin tinggi dan badan terus panas.Lebih baik anda tidak memakaikan mereka baju.Jangan risau mereka akan kesejukkan.Jika hendak pakaikan baju,pilih pakaian yang diperbuat daripada kain kapas dan jenis single berlubang.Ini untuk membantu suhu badan cepat ke paras normal.

6.Pastikan suasana sejuk.
Jika tidur di dalam bilik,pastikan biliknya bersuhu sejuk.Tidak semestinya menggunakan penghawa dingin,kipas juga memadai.yang penting suasana bilik perlu sejuk,nyaman dan tenang

7. Teruskan menyusu

Jika bayi anda menyusu susu ibu, beri dia susu sekerap yang boleh. Tak perlu tunggu dua atau tiga jam sekali. Makin kerap anda menyusukan bayi, makin cepat antibodinya terbina untuk melawan dengan virus demam kerana susu ibu adalah antibodi terbaik untuk bayi.
Bahkan bayi yang semakin kerap menyusu susu ibu ketika demam juga memberikan petunjuk baik yang demamnya adalah demam biasa dan anda tak perlu risau. Tetapi sekiranya bayi menolak susu ibu, asyik menangis, lemah dan tidak aktif maka anda perlu risau.


8. Beri anak banyak air

Sekiranya anak sudah mula makan, pastikan beri dia minum banyak air dan makan makanan bercecair seperti sup atau bubur nasi. Selain air masak, boleh juga beri anak minum jus buah yang dibuat sendiri, yogurt dan aiskrim vanila bagi mengurangkan sakit tekak dan panas badannya.


9. Dampingi anak

Jangan biarkan anak yang demam tidur bersendirian. Pastikan ibu atau ayah ada di sisi terutama ketika waktu malam untuk memastikan anda boleh memantau perkembangan anak. Ini kerana suhu badan anak demam akan lebih cepat naik pada waktu malam. Jadi mudah untuk anda mengambil tindakan sekiranya suhu badannya bertambah tinggi.

10. Berdoa kepada Allah

Selepas berusaha merawat demam anak, sebagai orang Muslim sudah tentu anda tidak akan putus berdoa kepada Allah kerana hanya dia yang layak menyembuhkan segala penyakit. Bacalah surah Al-Fatihah, selawat syifa' dan doa ini "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka."
Apa pun,kita sudah membuat yang terbaik untuk anak kita,Berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan mereka.Apa lagi di musim panas seperti ini.banyak aspek yang perlu kita ambil tahu supaya anak kita tidak dijangkiti atau terdedah kepada penyakit atau demam.

Moga beransur pulih cuaca di Malaysia ni.insya allah amin.

Penyakit Suhu panas melanda anak-anak

$
0
0
Assalamualaikum


Blog tak berapa nak konsisten dua tiga hari ni.Apa taknya,Disebabkan musim panas ni,anak-anak selalu on off demam.Ulang alik klinik dah banyak kali dah.

Yang terbaru ni,anak adik yang baru 2 minggu dilahirkan masuk wad gara-gara demam..yelah..baby kan..risau jugak bila dah masuk wad..

Anak-anak aku demam silih berganti..Si kakak awfiyah kat kampung baru-baru ni demam.Dari minggu lepas aku memang dah bawak dia ke klinik.Makan ubat,then baik.Rabu malam khamis tu pulak,mak call bagitahu kakak demam lagi.Kalut dah khamis pagi tu terus balik...Kesian kan bila anak anak ni tak sihat.Bawak lagi ke klinik.Sekali dengan adiknya.Dekat klinik je,doktor bagitau yang datang hari ni kes sama.Harap dia cepat sembuh.Kalau di rumah aku akan tanggalkan baju dia..berseluar je..Jadi taklah panas sangat.Jarang nak bawak dia keluar.Cuma payahnya nak minum air masak tu kena paksa baru jalan.

Sekarang ni fenomena strok haba dah pun merebak ke negara kita.Suhu panas semakin naik,membuatkan ramai yang terkena Strok Haba.Sebagai ibu bapa dan kita sendiri,kena ambil pendekatan lebih berjaga-jaga dan menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga.

source:google
Strok haba 
Paras suhu badan yang melebihi 40.5c.

Tanda Awal stroke haba adalah
  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas.
  • Denyutan nadi yang pantas.
  • Kurang minum air masak.
Tanda lain Stroke haba
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah.
  • Kulit kering dan kemerahan
  • sawan
  • pitam
Langkah pencegahan
  • Menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
  • Mengelap anggota badan menggunakan tuala basah
  • merendam di dalam kolam
Apa pun,kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan air masak dan mengurangkan aktiviti luar.

Jom kita lihat Tips Kekal sihat di MUSIM PANAS
Tips Kekal sihat di MUSIM PANAS
source:google


sama-samalah kita menjaga kesihatan kita untuk keluarga tercinta..peace!!

Naura dan kasut berwarna pink

$
0
0

                                Assalamualaikum

Ecececeh....tajuk tak menghengat.Dah macam tajuk buku pun ada kan.Nampak tak,Umi yang terlebih excited bila nampak sepasang kasut berwarna pink di Tesco tadi.Memang nak berbelanja keperluan Naura seperti biasa setiap bulan.Cuma bulan ni ke Tesco kerana ada promotion.

Gigihlah umi dan babah ke sana.Bila part ke pakaian kanak-kanak,tumpuan memang kat situ berjam-jam lamanya.

Bila memikirkan Naura dahpun 8 bulan,dan tak lama lagi nak berjalan,maka umi terlebih excited untuk membeli kasut yang comel tu..


comel tak!!

so,bila keluar berjalan nanti,boleh la umi pakaikan Naura.Sama seperti kakak fiyah.Umi pun beli jugak masa umur dia 8 bulan.

Dah balik rumah,terus je umi test pakaikan Naura.Tu pun rasa nak keluar anak tekak pujuk dia pakai.Bila benda pelik kat kaki dia,mulalah nak digapainya..

Payah nak snap gambar ni anak oii..Jenuh blur gambar umi ambil sebab dia tak reti duduk diam

Oklah kan untuk prewalk ni..Nanti boleh beli yang lain pulak..

Abam Kie's First Giveaway

$
0
0
Assalamualaikum


Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

Ailin Prowhite Spray untuk Kulit Gebu menawan

$
0
0
Assalamualaikum

Hai korang..meh sini aku nak perkenalkan satu lagi produk kecantikkan yang terhangat dipasaran,yang bagi aku mudah untuk digunakan dan dibawa kemana-mana.Ailin Prowhite adalah produk yang telah berada di pasaran dari tahun lepas lagi.Testimoni menunjukkan ramai yang berpuas hati dengan Ailin Prowhite ni.

Apa itu Ailin Prowhite?


Ailin Prowhite Spray merupakan produk NUTRACEUICAL iaitu Nutrition + Pharmaceutical + Therapeutical technology.

Bahan-bahan yang digunakan semua adalah proven by scientist dan clinical study.Disokong oleh journal-journal penyelidikan dan 

Produk yang tak perlu dibancuh,tak perlu dikoyak minum dan tak perlu telan pil.Yang penting tak perlu suntik untuk kelihatan cantik.

PERBEZAAN ProWhite DENGAN PRODUK LAIN SEUMPAMANYA?.

- Spray oral dengan menggunakan teknologi NANO-MIST
- Kadar resapan 9X LEBIH TINGGI berbanding pil
- Nutrisi dapat diserap SERTA MERTA ke dalam sistem peredaran darah dalam masa beberapa minit sahaja
- TIADA 'fillers' atau 'binders' , hanya kandungan tulen yang diterima oleh sel badan
- Kemasukan mudah, TIDAK perlukan air untuk ia bertindak dengan pantas dan berkesan!
.

.

sprayjer.. PUTIH SATU BADAN.
BETUL ke? BOleh Caya ke?

Ye betul, dengan kaedah sublingual, nutrisi dapat diserap dengan PANTAS. Prowhite dilengkapi dengan nutrisi premium khas untuk kulit orang kita.


Apa kelebihan yang ada pada Prowhite Ailinskincare ni
  • 3 x lebih cepat
  • 3 x lebih mudah
  • 3 x lebih berkesan



ProWhite #sprayjer Putih
👉 3x Lebih Cepat
👉 3x Lebih Mudah
👉 3x Lebih Berkesan

Suntikan & Laser?
“Akak dah serik takut dik, Alhamdulillah bila Lin bagi test sample prowhite, kesan die standing suntikan. Jimat duit dan masa akak, sekarang nak putih hanya sprayjer” – Kamalia, 36 tahun, Kota Tinggi.

Kenapa Kak Kamalia boleh putih?

✔ Cara sublingual atau semburan bawah lidah terbukti
mampu menyerap nutrisi dengan lebih cepat
✔ Kandungan premium di dalam prowhite mempunyai
agen pemutih semulajadi standing produk antarabangsa
✔ Prowhite mempunyai agen antioksida yang tinggi
✔ Prowhite dilengkapi dengan nutrisi yang menjadikan
kulit lembab dan segar sepanjang hari
✔ Prowhite juga menyegarkan mulut (nafas segar)

KANDUNGAN BAHAN-BAHAN
AILIN PROWHITE SPRAY

Apakah kandungan PROWHITE?
✔ L-Cysteine
✔ L-Glutathione
✔ Vitamin C Premium Grade
✔ Pati Delima



CARA PENGAMBILAN/CARA PENGGUNAAN AILIN PROWHITE SPRAY

Spray di bawah lidah setiap kali selepas makan


Jom kita lihat antara Testimoni pengguna yang berpuas hati dengan Ailin Prowhite ni



Bagi korang yang ingin mendapatkan produk ini Whatssap terus Kak Nisa di : 0197894287 atau boleh pm di facebook : Kak Nisa 

A New Generation of Home Buyers in Malaysia

$
0
0
A New Generation of Home Buyers in Malaysia
Source:google


For decades, Malaysia has been a popular destination for tourists and businesses from around the world. People often come to love the country so much that they decide to live permanently within it. The state of the country’s economy has been a great influence upon the buyers and sellers of residential properties. Today on the market there are thousands of properties up for sale. It is the result of economic recessions, of whose recovery has been at a slow and steady rate. This financial condition has ushered in a whole new generation of homebuyers. This new generation, or Generation Y as it is commonly referred to, influences the housing market so much that this generation is often blamed or praised for most major market moves, as reported by Forbes. Not just are newly potential homeowners seeking a house for sale, but one that is also affordable and has future possibilities of a resale.

Ever-Evolving Properties

The rise of a new generation of homebuyers is due to the mere fact that expectations for housing units are changing. No longer does the vast majority of the market desire traditional homes. As the principles of capitalism define, a market changes to meet the needs and wishes of the consumer base in question. Today, Generation Y and Millennials are seeking properties at affordable rates. Not only must these pieces of real estate be relatively inexpensive, but they must also present flexible options when it comes to the future.

A New Generation of Home Buyers in Malaysia
Source:google


House Flipping Like Never Before

Unlike never before houses are bought and then resold a few years later. On real estate sites like Property Guru, propertyreselling also can occur almost immediately, and this is referred to as "house flipping." House flippers only makeup four percent of the buying market yet are seeing record housing returns, as reported by the Asean Today. Their total house makeovers come to reflect the wishes of the new millennial house buyers, and this is why "flipped" housing units are resold so quickly.

But it is not just real estate adventurers who are reselling their homes. The average family today is much more flexible in Malaysia when it comes to settling down. Often a family or individual chooses a residential location due to personal or work-related reasons. As jobs change and the economy evolves, so too does the trends of the housing market. Whereas previously a family might live in one location for their entire lives, nowadays the trend is to remain in a house for only a few years or a decade at the most. It is ironybecause most financial advisers once voiced against the quick reselling of homes. Many of them thought that "house flipping" would have serious negative consequences. In fact, it has created a more flexible housing market that matches the current times we live in now.

The Big Shift in Housing Market

The trends of homebuyers reflect the evolution of statistics in real estate society today. Delayed marriages and the increasing prices of mortgage rates have resulted in society creating new priorities as a whole. Similarly, fewer couples are having children at young ages as was common just a decade ago. This has resulted in the younger generation not understanding the need for a larger home if they do not have kids. As a consequence, apartments have increasingly taken over homes as a popular residential choice for the Millennials.

The Rise of Smaller Spaces

The result of this vast change in society and the economy has significantly influenced the housing market. Only ten years ago individuals and families would buy large houses or even what can be considered estates. Such residential types require a large amount of mortgage to be paid annually. Since the worldwide economic recession began a decade ago, homebuyers have been changing their tastes to match their wallets.Nowadays homes that present a more compact and affordable living space are much preferred over their larger mansion type peers. The smaller a house or housing unit is, the lesser the mortgage must be paid down on it. It presents a great opportunity for the new generation of homebuyers who are financially aware of their decisions and stretch working hours to make ends meet. On average, smaller spaces are often easier to resell and require less upkeep and maintenance costs as well.

In conclusion, anyone who searches the housing market today in Malaysia will notice that conditions are much different from just a few years ago. As our economy and society changes, so too does the influences and conditions of the housing sector. This is primarily caused by a new generation of homebuyers who have been raised on different values. It was once thought that economic schemes could be the best influences on the housing market. But the truth of the matter shows that the evolution of a new generation of home buyers has a strong bearing on the real estate market in Malaysia due to societal changes.
















My Happy Bornday!!

$
0
0
Assalamualaikum

Syukran..Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas.Masih juga diberi peluang untuk menumpang di bumi ini.

Yes.I'm Officially 35 years old for this year.Di kehidupan ini,sungguh-sungguh bertuah kerana dikelilingi oleh rakan-rakan,family yang sangat memahami akan diri ini.

Ucapan semalam sangat-sangat dihargai.Terima kasih atas ucapan dan doa yang mengiringi hari jadi aku semalam.Moga apa yang didoakan dimakbulkan oleh Allah swt.

Thanks jugak pada officemate yang saja nak buat prank dengan hadiah yang cukup besarrrr tu.Walaupun prank korang tu tak menjadilah sangat,tapi i appreciated sangat-sangat tau..

Besar bak ang Bear ni..hahaha..


Nilah kawan-kawan yang kengkonon nak buat prank tu..Tapi disebabkan pagi tu aku masuk dalam department diorang,terus gelabah semacam korang tu..hahaha...i akan ingat sampai bila-bila okeh!!

Thanks jugak kat hubby yang dah bawa kami makan-makan di Secret Recepies...Tapi tak banyak gambar diambil semalam,gara-gara melayankan anak dara sorang tu..uihh..dia yang dapat perhatian lebih dari umi..muahaha
KAMI..Naura tu bagi ciuman atau nak ngap pipi umi dia pun tak taulah yang mana satu kan,.
yang sebelah tu aku perkenalkan dia adalah pengasuh anak aku..Sayang sangat kat Naura...

Anak beranak!!

So,bulan depan birthday kakak awfiyah pulak..umi sedang merancang apa yang nak dibuat ni..


Cenderahati dari Blogger Jarimanis

$
0
0
Assalamualaikum

Yeah!!! Dapat lagi cenderahati dari blogger.Rasanya macam dah lama tak dapat cenderahati kan.Lagi satu dah lama jugak tak join mana-mana giveaway dari blogger.

Tapi semalam,dapat satu sampul surat tertera nama aku..haha..of courselah nama empunya badan,takkan nama orang lain pulak,..Dan takkanlah aku nak bukak surat orang lain kan..kan..kan...

Okeh!! meh nak bagitau,aku dapat cenderahati berupa fridge magnet.Ia datangnya dari cik adik manis iaitu blogger Jari manis..Setahu aku,Blogger Jari manis ni seorang Blogger yang suka sangat travel dan niche blognya pun Travel kan...

Bestkan dapat melancong sana-sini..Pi tengok negara orang.cuci mata...cuci poket..hehehe..

Boleh la tambah koleksi di fridge kat rumah tu..Wah..seronok-seronok...Oklah..kepada korang yang nak mengenali blogger si jari manis ni boleh la terjah ke blog diaJari manis : Travel List

By the way,to Jari manis..thanks sesangat sebab appreciate kedatangan tetamu di blog kamu..Ingat aku pun nak jugak buat macam tu..Tunggulah nanti...

Sesekali Ber"Potluck" Di Office

$
0
0
Assalamualaikum

Cerita ni berlaku pada hari bitrhday girl..hehehe...baru hari ni nak share.Bukan tak menyempat,cuma..emmmm..malas lah nak cerita lagi pasal komputer buruk aku ni.

Oklah..Potluck ni bukan satu department..ada lah dua tiga department yang join.Cumanya,dalam satu department tu bukannya ramai pun orangya..Of courselah yang join portluck ni cuma perempuan sahaja.

Kami berenam masa tu saja je bercadang nak berpotluck.Lama kot tak makan-makan dan masak sendiri.So,bila dah together makan tu,nampaklah kan kemeriahannya..

Mungkin selepas ini akan kerap ber potluck lah kami memandangkan seronok makan bersama-sama di dalam office ni..hehehe..Walaupun menu kami tu tak sekadar ala-ala sahaja,tetapi tetap menjilat jari kan..hehehe..
Siap bawa periuk nasi..baru best makan panas-panas kan nasinya tu...


Inilah antara menu kami pada tengahari tu,biasa-biasa je..Tapi meriah..hehe

officemate aku..kurang lagi dua orang yang menjoinkan potluck hari tu..hehe
abaikan orang yang terlebih excited tu

Potluck ni bagus sebenarnya..Bukan hanya dengan rakan-rakan,tetapi adik beradik,family semuanya boleh.Potluck ni boleh menjalinkan dan merapatkan hubungan kita sesama kita.Apa itu Potluck??

Potluck
Amalan potluck ini banyak diamalkan di kebanyakan pejabat mahupun sekolah ataupun kilang,pendek kata di mana-mana sahaja.Ini boleh dikatakan win-win situation,kita bawa,kita pun dapat kenyang.Kan seronok!
Saya memang tak sabar bila tunggu hari nak buat potluck sebab masa ni lah nak makan yang sedap-sedap.Tapi malangnya sekarang saya tak berpeluang lagi nak merasai suasana potluck ni. Tunggulah nanti kalau dapat transfer sekolah baru,harap-harap dapat merasai kembali berpotluck.

*Pada sesiapa yang tak tahu apa itu potluck,Potluck ialah satu keramaian ringkas di mana setiap orang membawa juadah/makanan/lauk/snek yang berbeza dan dimakan bersama-sama.Dilaksanakan samada seminggu sekali,2 minggu sekali atau sebulan sekali,terpulang pada komuniti tersebut.Tapi sebelum tu eloklah berbincang dulu,manalah tahu tiba-tiba semua orang bawak juadah yang sama tak ke haru.(Ini definisi saya sendiri).



Kira,memang baguslah kan potluck ni diadakan..next week kita berpotluck lagi ye


Have a Lovely saturday

$
0
0

Asalamualaikum

Selamat berhujung minggu..wah..seronok ek sabtu goyang kaki kat rumah.Aku jugak yang da terpacak kat office ni..heee

Tapi takpe..hari ni baru setengah hari..boleh la lepas tu berjimba..

Saja nak up ni..tengok jumlah follower sama kan dengan jumlah post..


kan..kan..


ok..itu je nak bagitahu...ok bye


hehh

Amalan makanan sunnah untuk perkembangan Otak Anak Pintar

$
0
0
Assalamualaikum

Bila anak dah semakin membesar ni,kerap kali umi mencari makanan apa yang sesuai untuk perkembangan otaknya selain dari makanan yang diberikan,

Bulan ni,Nur Naura Auni dan menginjak ke angka 9 bulan..Dah ada gigi pun..So,banyak dah makanan yang boleh diberikan kepadanya seperti biskut .

kalau asyik menu yang sama je,confirmlah dia boring kan..So,pencarian bermula dengan makanan sunnah kerana amalan menjaga pemakanan sejak anak mula makan makanan pejal sangat penting jika mahu anak kita sihat dan bijak.

Selain mengajar anak-anak mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang mengandungi karbohidrat,protein,lemak,sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan badan dan diet yang seimbang,jangan lupa untuk membiasakan diri mereka untuk mengamalkan makanan sunnah Rasulullah s.a.w.Makanan sunnah bukan sahaja baik untuk kesihatan badan,tetapi juga membantu mencerdaskan otak.

Percayalah,anak yang terbiasa mengamalkan makanan sunnah akan membesar sebagai anak yang sihat dan bijak dengan izin Allah swt.

Dari pembacaan aku disini,ada beberapa jenis makanan sunnah yang perlu kita berikan kepada anak kita.



madu
1. Madu


Tak perlu dipertikaikan lagi. Madu lengkap sebagai makanan yang memiliki semua komponen keperluan manusia seperti enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak.

2. Kismis
          
kismis


Diperbuat daripada anggur kering, kismis kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Kismis adalah salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak.

Manakala ramai ulama’ yang menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan otak seperti Ibni Qayyim sebagai berkata:

“Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.”

Petikan kitab Tibb an-Nawawi

3. Kurma
                      
madu

Amalan memakan kurma amat digalakkan kepada wanita mengandung bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai makanan yang baik untuk otak.

4. Buah Tin

       
buah tin

Kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah tin memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik.

Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.
Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak.

5. Habbatussauda


   
habatuss sauda

Biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit. Dalam Kitab Sahih al Bukhari Muslim, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda' kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati."

6. Minyak Zaitun

    
minyak zaitun

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan.

Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.
Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung.
Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.

7. Susu Kambing


    
susu kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri.

Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.
Proses penutrisian otak adalah berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Melalui sistem penghadaman yang sihat, segala nutrisi yang kaya di dalam susu dapat dimanfaatkan bukan sahaja pada otak malah keseluruh tubuh manusia.
Lepas ni dah boleh cari makanan-makanan sunnah ni..Dari masa pregnant pun ada juga mengamalkan makanan-makanan ni..Yang penting kita berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kan...


Kumpul Koleksi Po & Geng di Tesco Stores

$
0
0
Assalamualaikum

Bestkan bila berbelanja dapat benda free..kalau kat pasaraya tu,aku rajin jugak cari barang yang ada free gift.tapi bukan banyak manalah ada barang yang ada free gift..

Tempohari,masa gi Tesco seri alam ,tertarik dengan kartun dari Kungfu Panda 3 tu..Of courselah suka sebab tengok panda tu yang super comel..heeehee..

kalau korang yang ingin dapatkan koleksi Po & Geng ni,pi lah berbelanja di Tesco dan dapatkan 8 sticker Po & geng ini.

Kumpul Koleksi Po & Geng di Tesco Stores

Cuma bila dah dapat sticker ni,korang berpeluang memiliki koleksi ni dan tambah sedikit duit lah...Mula-mula ingatkan nak ambil beg pink untuk si naura tu.tapi husband nampak Colour Changing Mug yang comel jugak tu..So dia pilih untuk beli tu..emm...mybe next time kot beli untuk naura.

Just tambah duit rm9.90 je..Kalau beg tu agak mahal jugaklah..Tapi comel punya pasal,on je..hehehe...

Untuk korang yang inginkan koleksi ni,so pi cepat-cepat belanja kat tesco dan dapatkan 8 sticker Po &Geng ni dulu..Baru boleh purchase koleksi ni..

Promosi ini dijalankan dari 10 mac hingga 1 jun 2016..emm..sempat lagi tu..banyak masa lagi la kan nak pi beli..
Kumpul Koleksi Po & Geng di Tesco Stores
Tara..dah dapat satu koleksi..ingat bulan ni nak beli beg pulak..

Kumpul Koleksi Po & Geng di Tesco Stores
warna pun cantik kan



yang bestnya,mug ni akan bertukar warna tau..korang kena pilih masa membeli tu,sebab dia ada untuk cool and hot..
Mug ni aku pilih yang hot sebab kat office rajin buat air panas kan..eh...bukan milik aku..en.husband punya...hehehe...

Dah,tak mo cerita banyak,jom belanja di tesco sekarang


Giveaway April Cash RM600 by Emas Putih

Drypers Touch Free Untuk naura

$
0
0
Assalamualaikum

Begitulah mak-mak ni kan -_-..Bila dapat cuba benda free memang best.Paling best wehh dapat free sample..Masa jenguk-jenguk kat drypers club tuari,try la apply free sample untuk Naura

3 hari lepas baru sampai free gift tu..Aku ada dapat dua pek yang mengandungi 2 pcs setiap satu pek..


Drypers Touch Free Untuk naura



Drypers Touch
Yess..dua pack untuk dicuba

Ada corak sikit-sikit tu..cantik kan

Drypers Touch Free Untuk naura
Dalamnya pun kemas..lekapan pun bagi aku ok je..


Cumanya harga Drypers Touch baru ni agak mahal dari drypers wet yang aku biasa guna.Selain tu ada jugak guna drypers classic..Tapi bagi aku,kuranglah quality sebab cepat je penuh pampers tu kalau si naura tu pakai berbanding dengan Drypers wet wet tu.

Kalau harga Drypers Touch ni murah dan sama harga dengan harga Drypers Wet wet ni,mungkin aku akan memilih Dyrpers Touch..Tapi...disebabkan mahal,so aku lebih suka memilih Drypers wet wet.





Flashcard dengan Animasi 3D

$
0
0
Assalamualaikum

Nak cerita sikit ni..Aplikasi pembelajaran terbaru untuk Si Naura.Sebenarnya aplikasi ni dah lama dapat dari seorang blogger yang menceritakan tentang betapa seronoknya dia bercerita mengenai Flashcard dengan animasi 3D.

Maka dengan gigihnya,umi pun buatkan untuk si naura ni..mau tak teruja..Mak pak dia sekali ikut teruja.Dengan bunyi binatang tu..Mula-mula si Naura tu pun takut bila dengar bunyi binatang tu..Tapi lama-lama dia sangat teruja untuk melihat binatang seterusnya mengeluarkan suara..Dah pandai touch screen supaya bunyi binatang tu keluar.

Best sungguh kan..Ini adalah hasil perkongsian Kak Zarina dalam group Homeschooling genius syurga tu..Kalau ada yang nak download  aplikasi ni boleh la korang baca blog kak zarina ni.

meh aku share link blog akak ni..Korang kalau nak boleh baca kat sini ye http://ihaveasweetsmile.blogspot.my/2016/04/link-untuk-muat-turun-flash-card-3d-4d.html


Tengok jari montok naura tu dok menekan screen tu..

Lepas ni banyak lagi aku nak download aplikasi untuk Naura dan kakaknya...Best2..



Munif Cocoa Minuman Malt Coklat

$
0
0
Assalamualaikum

Munif Cocoa Minuman Malt Coklat


Munif Cocoa adalah satu produk muslim dan merupakan minuman halal dan menepati sunnah.

Seperti mana tertulis di dalam al quran (surah al-baqarah ayat 57 )
" dan kami telah menaungi kamu dengan awan (panas matahari di padang pasir)
Dan kami naungi kamu dengan MANNA (arabic gum) DAN SALWA ( serta kami berfirman):
Makanlah dari makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu,
Dan tidaklah mereka menganiaya kami(sebab mereka kufur akan nikmat itu),
Tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri mereka sendiri."
Munif cocoa ini adalah minuman malt coklat dengan Arabic Gum.Arabic gum atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesaki buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya.Ia juga membantu memulihkan dan menjaga buah pinggang daripada rosak ataupun semakin rosak akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi juga bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama.Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang sedang mengalami kegagalan buah pinggang.



Arabic Gum juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin.Ia juga merupakan antioksidan dan anti radang(anti-inflammatory) yang amat baik,mengawal sakit gout,sembelit ,buasir dan mengatasi masalah asid urik berlebihan juga lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izin Allah Taala.

Khasiat Munif Cocoa Arabic Gum


  • Mengandungi sumber prebiotik tertinggi dibandingkan dengan bahan makanan yang lain.
  • Prebiotik adalah sumber nutrisi untuk bakteria baik(probiotik) di dalam usus yang membantu mengimbangkan ekosistem pencernaan dan menjaga usus.
  • Mengatasi masalah perkumuhan seperti sembelit dan cirit birit kank-kanak dan orang dewasa.
  • membuang toksin.
  • Anti stress,Anti Oksidan ,Anti Penuaan dan Anti Keradangan.
  • Melawaskan pembuangan air kecil.
  • Memberikan tenaga tambahan dan kurang merasa lapar.Amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang berpuasa.
  • Membantu menambahkan kandungan susu ibu yang menyusukan bayi.
  • Dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Merangsangkan minda terutama kanak-kanak.
  • Membantu pembesaran kanak-kanak.
Bagus jugak kan ..Apa salahnya kita support local produk..yang penting ianya Halal..

So untuk mendapatkannya korang boleh je whatssap puan siti  di talian : 0137139225

Harga mampu milik..


Mini Segmen By Syaidah Seha

Wordless Wednesday:Throwback Zaman Dulu part 1

Wordless Wednesday:Throwback Zaman Dulukala part 2

$
0
0
                                                             Assalamualaikum


source :fb
Rumah felda dulu kala..
Viewing all 2782 articles
Browse latest View live