Quantcast
Channel: Kisahsidairy.com -Malaysian Parenting & Lifestyle Blogger
Viewing all 2782 articles
Browse latest View live

Dah Berkenan dengan Cerita Mr Boss Ms Stalker

$
0
0
Assalamualaikum

Alah..biasalah..kekadang tu bila tengok sesuatu cerita tu,bila tak start dari mula kekadang tu bila terjun je ke episode dah tengah-tengah,rasa macam tak best kan.Tapi bila dah tengok awal,macam dah best..haruslah kita akan ikut episode seterusnya kan.

Tapi kekadang jugak,episode tengah-tengah tu pun boleh buat kita syok tengok,sampailah episode last.Sekarang ni kan dah menjadi trend cerita di tv diadaptasi dari novel-novel.Sebab tu tajuk cerita tu pun kekadang pelik.

Tengok jelah tajuk cerita "Mr.Boss Ms Stalker" ni.Kan ke pelik..Tapi bila dah tengok tu macam syok,emm...memanglah aku akan ikut episode seterusnya..Tapi adakalanya tertinggal lah jugak kan.

Mr boss miss stalker



Sinopsis Mr.Boss Miss Stalker 
Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?

WATAK PELAKON
Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
Riz Amin sebagai Izzudin
Miera Leyana sebagai Ria Alisya
Nazeera Sardi sebagai Liza
Shazmeer sebagai Khairul
Aman Shah sebagai Encik Hamzah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Jalil


Bagi aku jalan cerita ni,oklah...Gandingan Mia ahmad dan Ashraf Muslim.Rasa lakonan Mia Ahmad lebih better dari lakonan-lakonan sebelumnya.Cuma watak Ashraf Muslim tu macam kaku sikit la..Mungkin watak dia memang tegas.tu mungkin lah kan..Apa pun best untuk ditonton...



Dah sampai Barang Yang Di tunggu

$
0
0
Assalamualaikum

Kalau korang masih ingat,Aku ada masukkan Naura dalam pertandingan Bayi Bulan ini anjuran majalah PAMA di sini.Alhamdulillah..Naura tempat pertama.Thanks sangat yang sudi undi especially budak-budak office.

Hadiah berupa produk Tollyjoy.Baru dapat minggu ni..Memang dinyatakan proses pemberian hadiah mengambil masa dalam 3 bulan.So,xpayah nak menanti penuh harapan..Tetiba je dah sampai hadiah tu.

Tara..inilah hadiah dari Tollyjoy.


Alhamdulillah..Terima kasih majalah PA&MA...Kalau korang adalah seorang ibu bapa yang sukakan ilmu keibubapaan..Aku syorkan korang baca artikel yang dikeluarkan oleh PA&MA.Banyak ilmu-ilmu yang berguna untuk kita.



10 Rahsia Anak Jadi Bijak

$
0
0
Assalamualaikum

Happy weekend korang..Rasa tak kemana hari ni.Entry ni memang dah dischedulekan untuk hari ni.Biasalah,pepagi macam ni selalunya dok sibuk dengan uruskan anak dan rumah.Maklumlah.Hari minggu ni jelah aku jadi suri rumah sepenuh masa.Hari-hari lain,separuh hari je..hahaha..Itu adalah untuk ibu-ibu yang bekerja sahaja ok.

So Di hari minggu memang aku jarang update blog.Kalau ada pun aku akan buat tengah malam seperti biasa selepas Naura tidur.Itupun kalau internet mengizinkan.

Jangan boring untuk membaca entry dari aku ni ye.Sebabnya apa yang aku baca,aku akan share jugak dengan korang di entry aku ni.Bukan apa,bila dapat share kat blog,sambil menaip,sambil kita baca dan dari situ dapatlah ilmu kan.

Nak mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah.At least,ada jugak ilmu untuk dipenuhi di dada ni.Betul tak?????????

Kat sini aku ada baca beberapa rahsia untuk menjadikan anak kita bijak..Mana tau boleh kita adaptasi kan untuk anak-anak kita kan..Weh!! nak bagi tau perkara yang benar ni.Ibu bapa sekarang mengajar anak lebih mencabar dari mak pak kita dulu walau hidup makan ubi rebus je tau!!

Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.Jadi ibu bapa tidak boleh saling membandingkan kebolehan anak dengan anak orang lain.Bahkan pada usia bawah enam tahun,otak kanak-kanak seperti sebuah span yang menerima apa sahaja input yang diberikan kepadanya.

Menurut perunding Motivasi Dr.Hj Tengku Asmadi T Mohamad,Jika mahukan anak cemerlang,terng dan bersih hatinya,ibu bapa perlu menyediakan persekitaran dan kehidupan yang baik untuk anak anda.
Source : google


Bagi memastikan anak anda cemerlang,lakukan elemen berikut sebagai alat bantu merangsang minda mereka.10 Rahsia anak jadi bijak adalah seperti dibawah.


1. Nama yang sempurna

Memanggil anak dengan nama yang baik membuatkan anak berasa gembira dan tiada rasa rendah diri. Malah makna namanya itu sudah cukup membuatkan hatinya gembira sekali gus merangsang minda untuk belajar dengan selesa. Pastikan anak faham makna di sebalik namanya dan pastikan juga ibu bapa sering memanggil nama penuh anak kerana panggilan itu satu doa buatnya.

2. Pelukan

Kajian mendapati anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Pelukan membuatkan anak rasa selamat dan dilindungi.  Perasaan positif ini membolehkan anak meneroka dunia dan kehidupan dengan penuh keyakinan.

3. Nilai kasih sayang

Tunjukkan kasih sayang dengan pujian, hadiah ataupun senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. 
Apabila mengejutkan anak bangun tidur, juga mulakan dengan ciuman dan pelukan sambil bercakap-cakap secara positif dengannya.  Apa yang dikatakan pada anak ketika itu mudah dirakam kerana minda anak berada dalam gelombang theta dan alpha.

4. Tiada keluhan

Semasa mendidik anak, keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Keluhan menggugat keyakinan dan kepercayaan anak terhadap kemampuan dirinya. 
Malah ada ibu bapa yang melabel anak secara negatif sewaktu meluahkan keluhannya.  Kata-kata seperti pemalas, pengotor, tidak berguna, degil, keras hati dan seumpamanya akan membuatkan anak rasa tidak dihargai.

 5. Sedia mendidik

Walaupun anda sibuk, jangan culas mendidik anak. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Bersabarlah setiap kali mengajar anak, sebab anak-anak bukan kita dan setiap anak itu berbeza bakat dan kebolehannya.

6. Magis sentuhan

Apabila berjalan sentuh tangan anak. Cara ini membuatkan mereka berasa kehadiran mereka amat dihargai dalam kehidupan anda sekeluarga. Seni sentuhan ini juga perlu digunakan ketika menasihati dan menegur anak. 
Usap kepalanya, letakkan tangan di paha atau di bahunya, tepuk-tepuk sayang di belakangnya dan sebagainya. Lakukan dengan penuh kasih sayang kerana anak-anak dapat rasakan keikhlasan hati ibu bapanya.

7. Pendengar setia


Anak-anak yang sudah makin dewasa biasanya belajar dengan bertanya mengenai  perbagai hal. Luangkan waktu untuk mendengar mereka. Mereka bertanya bagi memenuhi sifat ingin tahunya. 
Pada usia kecil, anak-anak memiliki daya fantasi, imaginasi dan kreativiti yang tinggi.  Ini merangsang mereka mendapatkan maklumat-maklumat baru melalui pelbagai pertanyaan. Membantu anak-anak dalam mendapatkan maklumat menjadikan mereka genius.

8. Jangan mengkritik

Harga diri anak-anak mudah sekali tergores dan terluka. Kritikan akan membuatkan anak hilang keyakinan diri. Dalam mengkritik, kritik perbuatannya bukan orangnya.  Elakkan juga dari membanding-bandingkan anak-anak ketika mengkritik kerana ini akan menimbulkan rasa rendah diri  sekali gus kurang keyakinan pada diri.

9. Memupuk minat membaca

Mengajak anak-anak ke kedai-kedai buku setiap kali keluar membeli-belah.  Tidak semestinya membeli buku,  hanya selak beberapa helaian buku adalah usaha memupuk minat membaca dikalangkan anak-anak.
Ibu bapa perlu menunjukkan tauladan yang baik dengan membina sikap membaca bermula daripada diri mereka sendiri.  Sebab pada usia yang kecil, anak-anak lebih banyak belajar daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar.  Oleh itu, jika ibu bapa sering pegang buku, anak-anak akan turut lakukan perkara yang sama.

10. Disiplin

Disiplin adalah satu pilihan bukannya peraturan.  Anak yang berjaya adalah anak yang memilih untuk berdisiplin.  Proses mendisiplinkan anak-anak akan lebih mudah jika dilakukan bermula daripada usia kecil. 
Makan di meja makan, simpan mainan ke dalam kotak mainan selepas bermain, baju kotor dimasukkan ke bakul yang telah dikhususkan, pinggan mangkuk diangkat ke singki selepas makan, sampah dibuang dalam tong sampah, bangun dan tidur mengikut masa yang telah ditetapkan dan sebagainya. 
Dengan disiplin, anak akan belajar menghargai, dan mengelola waktu untuk hal-hal yang berguna. Malah akan membentuk watak anak yang baik dengan peribadi positif.

Moga kita sebagai ibu bapa dapat memberikan yang terbaik.Menjadi anak yang berguna di masa hadapan.Insya allah..Sharing is Caring.

MaMom Milk Booster. Sila Baca Sebelum Membeli!

$
0
0
Assalamualaikum


Jenama Milk Booster Pilihan.


Mesti ramai ibu-ibu di luar sana pening bila nak beli milk booster sebab banyak sangat lambakkan jenama-jenama milk booster di pasaran.

Bila survey punya survey study kelebihan dan kekurangan. Akhirnya tak jadi beli sebab pening kepala nak pilih yang mana satu.

Bila tak jadi beli atau tangguh, susu badan mulai kurang. Ini sangat serius. Tambahan pula stress nak pilih jenama yang mana satu pun salah satu faktor menyumbang susu kurang.


Jadi macam mana cara banyakkan susu ibu dengan memilih milk booster yang berkesan?


Di pasaran ada pelbagai jenis milk booster seperti dalam bentuk tablet, serbuk, pil, perisa susu, perisa coklat dan pelbagai lagi.

Dalam artikel ini saya share satu jenama yang sangat top dikalangan ibu-ibu menyusu. Iaitu jenama MaMom.

Kalau anda jenis yang sangat sibuk dan tiada masa. Saya sarankan anda menggunakan produk MaMom Milk Booster. Sebab produk MaMom Milk Booster ini dalam bentuk tablet. Botolnya juga tidak besar. Anda boleh bawa kemana-mana sahaja. Mudahkan?



Ciri-Ciri MaMom Milk Booster


  • Tablet kunyah yang mudah!
  • Susu melimpah-limpah
  • Berkesan seawal 24 jam ( *berdasarkan ribuan testimoni diterima)
  • Ada sijil Halal JAKIM, KKM dan lulus lab test SIRIM
  • Digunakan di hospital dan farmasi
  • Produk Malaysia, kini dieksport keluar negara
  • Produk tambah susu PALING DIPERCAYAI ibu menyusu di Malaysia dan Indonesia



Apa Kata Ibu Yang Pernah Guna MaMom Milk Booster.


Ibu 1

"Alhamdullilah.. rasa susu dah banyak. Pagi ini dapat 8oz.. syukur sangat-sangat... rezeki anak"

Ibu 2

"Alhamdullilah.. selepas 2 minggu susu bertambah-tambah meriah.. ini baru pusingan pertama pump.. 3 hari pertama makin dah nampak susu makin bertambah.. inshaAllah akan repeat order"

Ibu 3

"Saa baru makan semalam.. pagi tadi breast sudah bengkak.. saya terus pam, sebelah sahaja boleh dapat 1 botol penuh.. biasanya 3oz pun payah.. Alhamdullilah seronok sangat."

Ibu 4

"Salam sis.. ada berita gembira! Susu dah banyak tau sis.. Hari tu kan saya beritahu hari 1st consume MaMom susu tiba-tiba drop.. tapi saya nekad teruskan jugak amik MaMom.. dan hari ini bila pump sebelah sahaja dapat 7-8oz. Total kedua belah dapat 15oz. Sangat terkejut sis sebab sebelum ini belum pernah dapat banyak ini."

Ibu 5

"Ada perubahan. Alhamdullilah increase, officemates pun try. Now semua nak order. Nak repeat order 4 kotak"

Ini hanya sebahagian kecil sahaja feedback mengenai produk ini. Ada banyak lagi sebenarnya.


Dimana Hendak Dapatkan Produk Ini?


Anda boleh dapatkan terus melalui The Baby Store. Hanya order online sahaja ... terus sampai ke rumah anda.

Kenapa saya sarankan beli melalui The Baby Store? Ini kerana setiap belian anda membeli di website ini. Anda dapat kumpul mata ganjaran dimana anda dapat tebus pada belian seterusnya. Memang menjimatkan.

Oppss lupa... setiap pendaftaran baru. Anda dapat 200 mata ganjaran yang boleh ditebus untuk belian pertama. Wow....

Selain itu, website yang boleh dipercayai... kalau anda risau bab-bab kene tipu dengan seller online. Kalau di website ini anda tidak perlu risau. Konfiden 100% selamat. Website pun cun!

Klik link ini ---> http://thebabystore.com.my/MaMom-Milk-Booster




DVD Didi & Friends Hanya di The Baby Store online

$
0
0
Assalamualaikum

didi n friends


Fenomena Didi & Friends


Hora Horey!!! Pernah tonton Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends di Astro Ceria atau Youtube? Haaaa.. kalau ada anak kecil dibawah 6 tahun. Saya amat rekemen beri anak anda tonton Lagu Animasi ini, baby bawah setahun pun layan juga. Silap-silap mak bapak pun layan sekali. Memang layan betul. Semua lagu best. Sudah lebih 130 Juta Views di Youtube tau!

Tak Caya? Cuba Tengok Video dibawah.


Lagu Kalau Rasa Gembira



Lagu Chan Mali Chan



Lagu Lompat Si Katak Lompat

Haaa... layan tak? Ada banyak lagi lagu-lagu Didi & Friends anak anda boleh tonton di Youtube dan Astro Ceria. Gerenti layan punyalah...

Ada yang  nak beli DVD Original Didi & Friends? Kalau ada yang nak beli boleh terus beli online di website The Baby Store . Ada Volume 1 dan Volume 2. Stok amat terhad.









6 perkara perlu dilakukan jika sikecil kena cirit birit

$
0
0
Assalamualaikum

Cirit Birit pada budak?Sedangkan kita kalau kena cirit birit pun tak senang duduk dibuatnya.Mana kena skait perut,mana nak ulang alik ke bilik air.Sat lagi melecet pulak pooopoo..

Tapi bila kena si baby ni,kesian pulak rasanya asyik ceri beri je.Lagi satu kalau dah kerap sangat basuh poopoo dia tu,confirmlah melecet.Ha..Bila cuci,meraung,satu rumah dengar.aku pernah ceritakan di entry ini tentang naura kena cirit birit.


cirit birit

Source:google
Apa punca cirit-birit?

Cirit-birit disebabkan virus yang bergelar rotavirus. Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini sekali sebelum mereka berusia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu satu jangkitan usus.
Jangkitan ini akan menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu di usus terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan faktor seperti:

a. Alergi terhadap sesetengah makanan.

b. Penyediaan susu formula yang tidak mengikut piawaian.

c. Selesema.

d. Pengambilan antibiotik.

e. Keracunan makanan.

f. Kekurangan enzim tertentu.

Apa simptom cirit-birit?

Jika bayi anda mengalami cirit-birit, pantau keadaannya dalam masa 24 jam. Jika serangan cirit-birit tidak serius, ia biasanya akan berhenti dalam masa beberapa jam tetapi ia patut membimbangkan sekiranya cirit-birit si kecil berlaku berterusan selama lebih daripada dua hari, segeralah bawa anak berjumpa doktor kerana bimbang si kecil akan mengalami penyahhidratan.

Antara tanda-tanda anak mengalami penyahhidratan adalah:

* kulit atau bibir kering.

* letih dan lesu.

* ubun-ubun mengecut (bayi bawah setahun).

* menangis tanpa air mata.

* kaki dan tangan pucat.

* air kencing berwarna kuning pekat.

* kurang kencing berbanding biasa.

Apa yang perlu dilakukan?

1. Pastikan banyak minum air

Jika bayi anda berusia bawah enam bulan, teruskan memberinya susu ibu. Susu ibu boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.  Sekiranya bayi berusia enam bulan ke atas dan sudah makan makanan pejal, pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan daripada ternyahhidrat.

2. Beri air garam rehidrasi

Biasanya doktor akan membekalkan air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) kepada bayi berusia enam bulan ke atas. Anda boleh bagi anak minum beberapa kali dalam sejam mengikut nasihat doktor. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Di samping itu terus kerap menyusukan bayi seperti biasa.

3. Jangan minum jus buah

Jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

4. Jangan beri ubat cirit-birit

Walaupun bayi anda mengalami cirit-birit tetapi jangan sekali-kali memberinya ubat cirit-birit kerana ia ditakuti boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius sekiranya diberi kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

5. Jangan hantar ke taska/pengasuh

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada kanak-kanak lain, jangan letak anak di taska atau pengasuh sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas berakhirnya simptom cirit-birit yang dialaminya.

6. Jangan berenang!

Jika anak anda biasa berenang, seeloknya rehatkan dia dulu daripada aktiviti berenang untuk tempoh dua minggu seterusnya sehingga dia benar-benar sembuh.

Untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan cirit-birit, pastikan anda sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah berpindah daripada tangan ke mulut. Oleh itu pastikan anda mencuci tangan bersih-bersih selepas menggunakan tandas dan selepas menukar lampin bayi.



Bayi dan kanak-kanak ni memang cepat terkena penyakit ni.Dari pembacaan aku disini,kalau cirit birit berpanjangan diikuti dengan demam,harus segera dibawa ke hospital kerana ditakuti terkena serangan Rotavirus.

Apakah Rotavirus? Menurut Dr.R.Thanasegar, Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Pantai, Ampang, Rotavirus mendapat namanya dari perkataan Latin rota yang bermaksud roda dan virus ini dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya seperti roda.

Virus ini boleh mengakibatkan demam yang tinggi, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan. Selepas dijangkiti, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak terbabit.


Sumber: pama

Risau Naura terkena cirit birit lagi.sebab semalam je.selang setengah jam dia akan berak.Tapi sekali tu jelah.Masih dalam pemantauan lagi..harap tak terjadi lagi.


Hasil Kreativiti menggunakan surat khabar lama

$
0
0
Assalamualaikum

Tadi lepas dok menggoogle tentang hiasan kediaman,tetiba terserempak pulah hasil kreatif dari surat khabar.Selalunya bila dah kita kumpul-kumpul surat khabar tu,kita akan jual.Tak pun kita buang macam tu je kan..

Tapi bagi mereka yang kreatif,tengoklah hasilnya..Ni pun aku terbaca di Mingguan wanita.

1.Jam buatan sendiri.
Hanya beberapa helai surat khabar lama,pisau dan jarum jam(dengan atau tanpa nombor).Reka bentuk yang unik ini akan nampak cantik di dinding anda.


2. Kasut comel
Ambik sepasang kasut lama yang nampak pudar warnanya, kemudian potong surat khabar dalam ukuran empat persegi panjang kecil dan lekatkan di kasut anda menggunakan gam putih. Apabila kasut anda ditutup sepenuhnya dengan segi empat tepat yang kecil, letakkan satu lagi lapisan campuran gam dan air ke atas mereka. Biarkan kering dan kasut 'wordalicious' anda sudah boleh digunakan.Jadi ada satu kelainan pada kasut baru anda tu kan.


 
3. Balut hadiah
Jom cuba buat sesuatu yang lebih menarik untuk hadiahkan kepada seseorang. Ya, hadiah yang kita nak bagi pada orang memang istimewa, tapi lagi menarik kalau anda guna hasil kreatif macam ini. Tak perlu nak beli yang dah siap sebab bila kita pandai hias dengan letak reben dan kad comel, hadiah yang dibungkus lagi nampak luar biasa.Lagi jimat sebab lepas ni dah tak payah beli sampul hadiah kan..Tapi tak pernah lagi kat malaysia ni aku tengok orang gunakan sampul surat khabar.

 
 
 
 
4. Dinding rumah
Bosan juga asyik tengok warna dinding rumah yang sama setiap tahu. Apa kata kali ini anda gunakan surat khabar untuk jadikan wallpaper. Kena kreatiflah, pilih helaian kertas yang nampak 'rare' berbanding yang lain. Serius cantik.Nak cantik haruslah kreatif kan.Mungkin kertas surat khabar yang ada tulisan sahaja .
 
 
 
 
5. Sampul surat
Sampul surat nerdy cukup sempurna untuk parti yang guna tema ala vintage. Anda boleh buat sendiri guna surat khabar ya, hantar surat atau jemputan buat seseorang istimewa. Untuk adakan majlis pun boleh.
 
 

 

6. Subang unik
Suka kelainan? Cuba anda buat subang sendiri macam ini. Ringan dan sesuai anda yang suka penampilan lebih ranggi. Lekat je surat khabar lama tu bahagian besi, terus nampak cantik.
 
 
 
 
7. Beg kertas
Agak biasa digunakan, tetapi jika anda lebih kreatif boleh letak hiasan bunga atau riben. Sesuai letak barang-barang kecil untuk diberikan tetamu ketika majlis. 
 
 
 
8. Pelapik gelas atau cawan
Haaa... yang ini mungkin anda jarang buat, tempat letak gelas guna kertas surat khabar lama. Sangat ringkas dan senang dibuta. Cubalah!
 
 
 
9. Hias beg luar dan dalam
Beg pun boleh dihias, ya! Dengan lebihan surat khabar lama yang ada, anda ambil dan tampal di dalam beg. Nak tampal bahagian luar pun boleh kalau nampak beg tu agak lama. Ni nampak macam vintage jugak kan..
 
 
 
10. Pasu pokok bunga kecil
Minat berkebun tetapi tiada ruang dan tanah? Jangan risau anda boleh guna kertas untuk tanam pokok kesukaan. Agak dah besar pindahkan dalam pasu. Menarik, bukan?
 
 
 
11. Bunga tangan comel
Masa nak kahwin, semua barang kalau boleh nak jimat. Apa kata kalau anda cuba buat sendiri bunga tanga guna surat khabar lama. Agak vintage ok. Tak payah nak segan sangat! 
 
 
12. Bakul barang kertas
Barang hiasan yang cukup comel ok, tempat letak phone dan pensil. Ini kalau letak di meja ofis pasti orang tegur. Sebab cute, sangat pun! Anda gulung kertas dan ikat dengan tali, mungkin nampak sukar tapi kalau minat semua jadi senang.
 
 

13. Frame gambar
 
Wanita suka dengan sesuatu yang boleh naikkan seri rumah, bukan? Ini salah satu idea untuk anda. Cipta bingkai gambar untuk letak gambar anak-anak comel dengan suat khabar lama. 
 
 
 
 
 
14. Hadiah simple tapi kreatif
Beg doorgift yang sangat mudah. Anda boleh lakukan sesuatu macam ini untuk dijadikan kenangan ketika majlis anda. Sesuai untuk anda yang nak kahwin dan majlis kesyukuran. Aku ingat nak try buat beg doorgift macam ni..baru rare kan...

Yang pastinya,kalau kita rajin,apa pun boleh jadi.Barang lama yang dikitar semula..Let's go green malaysia..Perlu ada kesedaran juga dalam kitar semula barangan terpakai ni.
Tiadalah longgokan sampah sampai takde tempat kita nak meletakkannya..mana yang boleh dikitar semula tu,elok lah dibuat kan.




ww:Guna pakai botol untuk jadikan penyapu

$
0
0
Assalamualaikum

Celebrate Creativity - Re-using plastic bottles as brooms! 
source: google

5 Tips untuk Perbelanjaan persiapan Hari raya

$
0
0
Assalamualaikum

Insya allah..Jika diizinkan Allah swt,maka awal bulan depan berpuasalah kita kan.Tak nak sentuh samada korang dah ganti puasa ..Korang dah besar kan :)

Ni nak bercerita pasal persiapan hari raya..Haruslah ada tips jugak kan untuk mengelakkan pembaziran.Especially dalam membuat persiapan membeli baju raya ni.


Bukannya apa, seperti orang lain jugak,aku pun ada keperluan raya yang rasanya banyak dalam senarai.Tak tau bila lah nak mulakan untuk pencarian baju raya.Tapi untuk baju tema tahun ni,rasanya dah dalam persiapan.Sebabnya dari bulan lepas lagi aku dah hantar ke tukang jahit.Bukan apa,kalau lambat nanti diorang taknak pulak.

So untuk baju anak-anak,kena kot cari awal-awal.bukannya apa,malas nak bersesak time puasa tu.Lagi satu keletihan kan kalau nak shopping time puasa.Lagi satu perbelanjaan tu kena fikir-fikirkan juga.Kalau dari sekarang kita dah ready.Nanti gaji bulan puasa dah boleh buat persediaan untuk sediakan duit raya,juadah raya dan juga keperluan-keperluan lain juga.Lagi satu aku nak ingatkan untuk diri aku sendiri.Simpanan lepas raya tu penting supaya lepas raya nanti taklah kita makan angin.hahaha..betul dak!!

Dah dalam perancangan,gaji bulan ni mesti settlekan baju anak-anak.Insya allah,akan diguna pakai tips di bawah ni untuk selamatkan poket daripada boros berbelanja.

1.Senaraikan perbelanjaan yang perlu dibuat.
Sebelum tulis perbelanjaan yang ingin di buat,lihat baju-baju di dalam almari .Jika ada yang masih cantik ,elok dan baru pakai sekali dua,maka tidaklah perlu dibeli lagi.Namun untuk anak-anak,selalunya baju mereka dan tak berapa muat  kerana mereka cepat membesar.So utamakan yang perlu sahaja.
 http://www.thevocket.com/tips-berbelanja-persiapan-raya/
2.Gunakan Kaedah Sampul
Selepas menyenaraikan perbelanjaan contohnya untuk membeli pakaian anak-anak.Misalnya budget untuk baju anak-anak rm500.so masukkan rm500 tu siap-siap ke dalam sampul.Jika kita mempunyai anak lebih dari seorang,boleh la agih-agihkan juga budget untuk seorang,contohnya

budget baju along-rm150
Budget baju angah -rm100
budget baju adik-150

Dan seterusnya.

3. Tetapkan masa yang selesa
Pilihlah masa yang paling selesa untuk anda sekeluarga keluar untuk shopping.Jika berbelanja pada bulan puasa,pilihlah pada waktu pagi(orang yang pertama masuk kedai)atau pada waktu malam.Beritahu anak kecil sehari sebelum berberlanja,dan ketika sudah mahu keluar dari pintu rumah,apakah tujuan keluar rumah,berapa lama yang diperlukan,supaya mereka dapat memberikan kerjasama ketika membeli belah.Emosi ibu bapa tak terganggu sebab anak-anak kecil pun tidak berapa nak meragam.

4.Pilih kedai yang menawarkan harga yang menarik.
Sebelum nak berbelanja tu,perlulah survey shopping mall mana yang memberikan atau menawarkan harga yang terbaik untuk keperluan sekeluarga.Jadi tak lah masuk banyak shopping mall semata-mata untuk survey harga kan.

5. Tinggalkan kad kredit atau kad debit untuk mengelakkan wang berlebihan di guna pakai.
Betul tu kan..Selalunya kalau kita tak buat budget awal,akan terjadilah terpaksa keluarkan duit lagi dari atm atau menggunakan debit.


 Begitulah beberapa tips yang perlu kita sama-sama lakukan untuk mengelakkan diri kita boros di zaman ekonomi sekarang ni.Bersederhanalah dalam perbelanjaan.Rasanya tips ni selalu jugak aku gunakan setiap kali hari raya.Aku lebih suka beli sikit-sikit.Sebab nak sekaligus membeli untuk anak-anak tu tak mungkin kot.Yelah..gaji pun bukannya besar.Kalau nak harapkan sebulan gaji untuk settlekan keperluan semua tu memang tak mencukupi.kalau dapat bonus sebelum raya pun dah cukup memadai..syukur...









Internet macam siput!!

$
0
0
Assalamualaikum

Berapa banyak data yang selalu korang perlukan dalam sebulan? adakah cukup untuk 3-4gb sebulan?
emm...macam aku ni banyak guna internet kat rumah dan kat office.Data mobile pun macam jarang guna..

Kalau kat rumah pun aku guna data mobile husband aku..hahaha..sebab dia sebulan banyak weh..Tapi kekadang rasa tak puas hati jugak bila kita top up internet je sebulan lebih rm50.Tapi data lembab gila.Tu yang rasa nak tukar kepada yang lain.

Kekadang ada beberapa telco ni,masa iklan kemain lagi..internet tu la..bla...bla...tapi bila dah 4-5 bulan pakai dah macam hampeh...Rasa tak banyak guna data mobile..Tapi tup-tup dah guna 80% kuota internet

Saper pernah alami macam aku ni..Dah memang bosan weh dengan telco yang aku guna ni..Mybe akan berubah angin kepada umobile.hahaha..terpaksa jugak pilih.Dulu aku memang guna umobile untuk tab aku.Tapi dah lama sangat kot tak guna..sampai simcard tu dah expired..ala..terasa sayang..sayang seribu kali sayang kot.

Baru-baru ni Umobile macam ada bagi special skit la..so kalau penggunaan 12 tengah malam keatas..free..boleh download macam-macam kot..tengok youtube sampai pengsan..Tapi tak de kerja eh aku nak bangun malam-malam buta..Baik tidur...lagi syok..Yang rajin melayan internet memalam buta,husband aku lah..

Telco yang aku guna sekarang pun kekadang internet loss..tiba-tiba je..dah satu keje aku nak off handphone .On balik tengok internet dah ok belum..Tanpa notification je dia hilang..Aku pulak dah naik jemu bila terpaksa on/off handphone..

ok..itu saja bebelan aku untuk hari ini..bukan ape..stress dengan internet yang macam siput ni...

Menang Cash Rm50 Dari GA Kisahemasputih

$
0
0
Assalamualaikum


Tak sangkakan..Walau menjadi 10 orang yang bakal menerima Rm50 tu pun dah bersyukur..Allah swt memberi tanpa dijangka.Kekadang bila kita susah Allah hadirkan seribu kenikmatan atas usaha dan doa kita..betul tak.Tapi itu semua nasib la kan...hahaha...


Memang lately ni aku rajin join GA dari para blogger.bukan apa,bila dah takde idea untuk menulis,maka menjoinkan diri dalam GA atau segmen adalah perkara yang bagi aku terbaik kerana dari menyertai GA dan juga segmen tulah kita akan dapat trafik yang tidak kurang tingginya.
  


Syukran..Boleh dapat sehelai baju raya naura kan.hehe..Kalau nak tau uzu aka Kisahemasputih ni memang rajin buat GA cash..So sesiapa yang rasa nak join GA dari uzu tu,rajin-rajinlah menyinggah ke blog uzu untuk mendapatkan entry-entry terkini tentang GA dari dia

Thanks uzu,macam rugi pulak tak vote uzu hari-hari dalam satu contest dia hari tu.aku pun dah lupa nama kontes tu..



Rasa Romantic Dengan Bauan Ambi Pure Romantic Rose

$
0
0
Assalamualaikum

As usual la kan,pertengahan bulan aku memang shopping untuk keperluan dapur.Dah memang rutin membelinya setiap bulan.

Tapi sebelum membeli tu,haruslah kita senaraikan juga apa yang patut dibeli untuk mengelakkan dari pembaziran wang keluar..

Tapi-tapi...dan tapi lagi..perempuan memang tak boleh nampak benda murah..yang dirasakan memang sangat diperlukan walaupun bukanlah benda wajib yang patut dibeli.Asal ada promosi je,bersesuaian pulak dengan harganya.memang zasss sekali..

Selalunya aku berbelanja di maslee je.Jarang aku berbelanja di Tesco ataupun jusco,ataupun Econsave.Sebabnya,maslee lebih dekat dengan rumah dan selalu jugak ada promosi.

Tapi bila terpandangkan Ambi Pure Romantic Rose ni..rasa macam fefeeling romantic pulak dengan bauan yang segar dan sedap..Bila dah kena dengan air cond..bauannya tu macam fresh je.Macam dikelilingi bunga rose disetiap ruang..ececeh...Tidur pun mimpi indah je..bhahahaaa...
Mana taknya aku grab Ambi Pure ni,Kalau dah value pack ni baru berharga Rm10.99...Ko rasa..ajer gila taknak beli??

ambi pure

Nampak tak betapa valuenya bila beli 1 dapat 1 dengan harga yang murah..Tapi...korang kena jadi ahli dulu untuk mendapat member price..Selalu berbelanja kat situ..of courselah kena buat kad kan.

Dah pun selamat letak dalam bilik.


Malam tadi tidur dengan bauan yang sangat menyenangkan..Rasa enak tidur dengan suasana romantic rose ni...ececeh...


So korang..pilah grab cepat sebelum kehabisan stock..






Smoothie - Khasiat dan Manfaatnya

$
0
0
Assalamualaikum

Siapa yang tak suka kan bila dapat minum minuman yang segar dan sejuk dari buah-buahan.Di tambah pulak dengan rasa susu dan sejuk untuk diminum..Apa yang terbaca disini,smoothie ni penuh dengan khasiat dan manfaatnya..


minuman smoothie

Apa itu Smoothie?

Smoothie adalah minuman berbahan buah-buahan, sayuran, sirup gula/ gula pasir, susu tawar cair dan air batu. Sebagian orang membuat smoothie dengan mencampur beberapa jenis buah atau mencampurkan buah dan sayuran sehingga tercipta rasa yang lebih kaya.
Smoothie ini boleh dijadikan sebagai minuman pagi setiap hari dan manfaatnya cukup hingga ke tengahari inshaAllah. Mari kita sama-sama lihat manfaat smoothie ini kepada tubuh badan kita.
Untuk sesiapa yang tidak gemar memakan sayur anda boleh memproses sayur untuk jadi smoothie dan menambah bahan bahan lain seperti buah buahan dan minum. Ia juga mejimatkan masa anda kerana dalam satu smoothie anda boleh mempunyai banyak sayur dan buah buahan dan anda hanya perlu meminum nya sekali sahaja di dalam sebuah cawan sahaja!


Manfaat Kesihatan daripada Smoothie
Membuat smoothie setiap pagi sebagai sebahagian daripada rutin harian mungkin dapat menjimatkan masa dan wang anda kerana ia hanya mengambil masa 10 minit. Smoothie memberi anda lebih banyak serat dan nutrien daripada jus yang dibeli di dalam kotak.Penuh dengan vitamin, anti-oksidan, dan fiber.

Buat Setiap Hari
Menjadikan minuman smoothie rutin harian. Sediakan 10-20 minit setiap pagi sebelum ke kelas. Apabila anda menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dicadangkan, anda akan mendapat tenaga secukupnya sehingga makan tengah hari. Seterusnya, kandungan air yang tinggi dan kandungan nutrien akan memastikan anda terhidrat dan menyediakan anda dalam keadaan segar sepanjang hari.

Lebih Baik Daripada Multi-Vitamin
Walaupun kebanyakan orang mungkin berfikir, “multi-vitamin” sudah cukup dan tidak memerlukan buah-buahan atau sayuran segar. Tetapi jika anda membaca melalui laporan yang diterbitkan olehAmerican College of Physicians dalam Annals Internal Medicine, apa-apa jenis tablet pelbagai vitamin masih belum ditunjukkan dan meyakinkan berkesan. Dasarnya, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan nutrisi daripada makanan, dan dengan meminum smoothie setiap hari anda!

Mencapai Prestasi Optimum
Memakan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran dalam smoothie setiap hari akan melakukan beberapa perkara untuk anda:

  • Jimat wang anda dan masa
  • Pastikan anda benar-benar terhidrat pada awal hari
  • Menyediakan anda dengan spektrum penuh vitamin semulajadi nutrien, bioavailable, dan antioksidan
  • Beri anda banyak serat semula jadi untuk memastikan penghadaman yang bagus
  • Membantu memperkasakan sistem imun anda untuk melindungi anda daripada penyakit

Jarang dapat buat smoothie ni sebab kekangan kerja..tapi sekarang ni,banyak sangat delivery smoothie ke rumah..Jadi..senang sangat ler nak dapatkannya dengan mudah..Tapi sebenarnya lebih puas buat sendiri kan..Insya allah..nanti ada masa terluang,boleh la buat.Bukan tak pernah buat,tapi macam dah lama je tak buat sendiri..Paling best kalau dapat strawbery kan..Rasa masam dan lemak..nyummy sangat.Lagipun minuman smoothie ni sangat sesuai dengan mereka yang berdiet.ececeh...

link sini

7 Cara Mudah Untuk Mendapat Perut Yang kempis

$
0
0
Assalamualaikum

Aku akui,lepas bersalin tuari,memang tak jaga makan,makan ikut suka.Lepas tu masa berpantang aku tak pakai barut sebab aku bersalin secara Czer..So,memang taklah aku nak memakainya kan.
Source:google


Siapa yang tak nak perut flat wehhhh!!!


Tang penjagaan makan pulak,emm...rasanya tak boleh nak jaga makan..Sebab aku sentiasa akan makan untuk menghasilkan susu.Yelah.semenjak Naura kecil sampai dah la ni,dia breastfeeding.Cuma dia fully breastfeeding sehingga umur dia 6 bulan je.Lepas tu dah guna susu formula.Cuma kekadang tu,bila dengan dia,memang aku akan bagi susu badan.Sampai sekarang pun,malam dia akan mengempeng dengan aku.Alhamdulillah...masih tak putus susu badan walaupun tak banyak.

Tapi....Nak cerita pasal perut ni,ufffftttt....Memang tak kuat semangat aku untuk berhenti dari makan banyak.Siapa yang taknak perut flat,cantik..xde bonjol sana sini kan..Nasib baiklah en.husband tu tak komplen..Tapi takkanlah sampai dia dah komplen baru bertindak kan...So banyaklah aku mencari cara mudah untuk mendapat perut yang kempis...Ai is suka la beb!!Meh aku share sikit info yang aku dapat dari sini

  1. Menyusukan bayi sepenuhnya
Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
  1. Berbengkung dalam pantang
Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis.
Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.
  1. Bertungku dan bertangas
Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.
  1. Jaga makan
Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati.
Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber.
Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.
  1. Jangan lupa bersenam
Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut.
Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
  1. Hati-hati dengan postur badan
Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.
  1. Jom detoks
Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.

Tips Memasak Di Bulan Ramadhan Bagi Ibu Bekerjaya

$
0
0

Assalamualaikum

Cerita pasal menjelang ramadhan lagi..Tinggal beberapa hari lagi je kita nak memasuki bulan yang indah iaitu bulan Ramadhan..Moga Allah swt mengizinkan untuk kita berjumpa dengan Bulan yang penuh barakah ini.

Rasanya semua yang bergelar ibu jika boleh ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga. Selain lebih terjamin tahap kebersihan dan khasiat makanan tersebut, ia juga boleh menjimatkan wang ringgit. Siapa tahan kalau setiap hari perlu membeli di bazaar Ramadan yang harga makananya sangatlah mahal.
Mungkin bagi yang bekerja di rumah atau suri rumah, soal memasak untuk berbuka puasa tiada masalah tetapi bagi ibu yang bekerja ia agar mencabar dan perlu menjadi ‘lipas kudung’ jika hendak memasak setiap hari.
tips memasak bulan ramadhan

Sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan masa dan tenaga. Kenapa tidak diguna pakai untuk memudahkan tuga memasak kita. Bukan sahaja boleh digunakan pada bulan puasa tetapi sesuai untuk sepanjang masa.Kalau dah jadi ibu ni,semua kena rancang..Tak boleh nak main serbu je memandangkan kita punya tanggungjawab yang cukup besar dalam membesarkan anak-anak kan.Apa pula tips yang dibaca disini yang boleh memudahkan ibu yang berkerjaya ni ye.
  1. Rancang menu seminggu
Untuk mengelakkan anda pening kepala, apa kata rancang menu masakan untuk seminggu. Senaraikan menu, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu tersebut dan mula keluar membeli belah bahan pada hujung minggu.
  1. Pembungkusan lauk pauk mentah
Apabila beli ayam, minta peniaga potong kecil ayam tersebut bersesuaian dengan menu masakan yang kita pilih. Elakkan beli ayam seekor sebab ia hanya menyukarkan kita untuk proses memotong ayam tersebut. Begitu juga dengan ikan, minta peniaga menyiang ikan-ikan tersebut bagi memudahkan kita. Selepas itu kita perlu membungkus ayam, ikan, daging dan sebagainya yang dibeli dalam bungkusan plastik atau bekas mengikut kegunaan harian. Jangan bungkus semuanya dalam satu bekas/plastik kerana ia akan menyukarkan kita apabila tiba masa untuk memasak. Simpan dalam bahagian dingin beku, setiap kali hendak memasak, anda hanya perlu keluarkan dan letak di bahagian chiller. Pulang dari kerja ayam atau ikan sudah lembut dan boleh terus dimasak.
  1. Kisar bawang dan cili
Potong cili, bawang merah, bawang putih, halia yang menjadi bahan asas utama dalam kebanyakan masakan untuk kegunaan sebulan. Kisar bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. Ia akan memudahkan tugas memasak anda.
  1. Gunakan gunting bukan pisau
Penggunaan gunting berbanding pisau lebih menjimatkan masa ketika memotong sayur jenis berdaun seperti sawi, kangkung, bayam mahupun menyiang ikan.
  1. Sejuk bekukan lebihan lauk
Kadang kala ada masanya makanan yang dimasak tidak habis dimakan, jangan membazir dengan membuangnya. Anda boleh simpan dalam peti dingin beku dan boleh dimakan semula keesokan hari.
  1. Masak satu lauk yang lengkap
Untuk lebih menjimatkan masa, anda boleh pilih menu yang merangkumi semua dalam satu masa. Contohnya seperti masakan  tomyam, paprik, masam manis, kicap dan lain-lain.
  1. Ulam-ulaman pengganti sayur
Jika tidak sempat masak sayur, anda boleh menggantikan hidangan sayur dengan ulam-ulaman atau salad yang lebih mudah dan cepat selain tetap berkhasiat.
  1. Dari dapur terus ke meja
Sekiranya anda mahu menjimatkan masa daripada mencuci periuk dan kuali, boleh pilih menggunakan peralatan memasak yang boleh dipindahkan dari dapur terus ke meja makan seperti periuk kaca tahan panas.

Nasib baik Naura masih kecil lagi..Cuma menyiapkan frozen food untuk dia bekalkan di rumah pengasuh je.Selalunya masa bekerja,aku akan masak lauk yang simple sahaja.Kalau hari minggu je masak yang sedap sikit lah..Menu yang pelbagai..ala..makan pun untuk dua mulut je..Takde kisah sangat..Tapi paling best,dapat berbuka puasa di kampung...betul tak..



Bila Naura Dan Awfiyah Berjumpa

$
0
0
Assalamualaikum

Dua hari bercuti.Asyik bercuti jelah kan kerjanya.Nak buat macam mana,kalau dah tak sihat baiklah ambil mc dari kerja pun tak fokus.

Bila dah dua hari mc ni,umi ambil kesempatan la untuk menghabiskan masa balik ke kampung.Memanglah tak dapat nak berehat dengan sewenang-wenangnya.Tapi bila dah dapat jumpa dengan anak-anak ni.Hilanglah segala sakit,penat.letih dan sebagainya.

Dikesempatan tu jugaklah umi dapat merakamkan moments indah antara dua beradik ni.Esok² besar,jarang dah dapat ambil gambar mereka macam ni kan.
Kakak fiyah ni bila baby(Naura) balik sana,kemain suka lagi.Ada kawan gaduh.Tapi selalu sangat kalah dengan adik dia.Apa taknya,apa yang kakak ada,itu yang adik nak.dan apa yang adik ada,tu jugaklah yang kakak nak.Kekadang tu,berebut,bergaduhlah jugak.

Selalunya adik yang mengalah bila ada perebutan macam tu.Adik tu diam jelah kalau kakak dia rampas barang yang dipegang..Tapi dalam diam tu,ada jugaklah kena serangan gigitan dari adik.Maklumlah,adik tu dah gatal gusi.Memang sedaplah dia menggigitnya.

Biar gambar berbicara

Dapat keluar outing dengan anak-anak dara ni..Seronok melayan walau rasa kelam kabut.Nak cari baju raya diorang pun rasa kelam kabut.


Tips Dan Pengambilan Milkbooster terbaik untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan

$
0
0
Assalamualaikum



Jika anda ingin berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan. Anda boleh rujuk tips-tips dibawah.


1. Cukup rehat


Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan air 


Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.

3. Mengepam pada waktu malam


Jika anda tiada masa untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam. 




4. Jangan stress jika susu kurang


Anda rasa susu anda berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam supaya ada "demand and supply". Sentisa berfikiran positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

5. Pengambilan Milk Booster.


Anda boleh cuba menggunakan milk booster seperti Mamom Milk Booster atau Umma Lacto Milk Booster bagi menggalakkan susu badan.


Mamom Milk Booster

Umma Lacto Milk Booster

6. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein


Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

7. Amalkan Madu atau VCO


Anda sangat digalakkan untuk memakan madu atau VCO setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh. VCO atau Minyak Kelapa Dara seperti D'Aura juga amat sesuai untuk ibu menyusu.


D'Aura Minyak Kelapa Dara


8. Jangan Abai Sahur


Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur


Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.


10. Makan Kurma Ketika Berbuka


Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.



Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

$
0
0
Assalamualaikum 


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blogMialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Bila Berdua dengan Anak Di rumah

$
0
0
Assalamualaikum

Lama tak bebel-bebel pasal anak ni.eh..yeke takde cerita.Cuma kurang post entry..Aku post entry yang lama-lama je..Sebab yang lama pun korang tak baca lagi kan..agagaga..

Busy sikit dengan Plan Family day untuk esok.By the way,aktiviti esok selepas balik kerja iaitu pada tengahari aku akan bertolak ke Teluk Sepang yang tak berapa nak jauh dari rumah aku.Plan ni pun antara officemate aku jugak la..Kira tidur semalaman je.Maklumlah..Esok kitorang bekerja halfday.

Oklah..Nak cerita pasal anak dara sorang ni yang sekarang ni sangat² lah tak boleh duduk diam..Ajer bersepah je kerjanya..Kerja maknya pulak asyik dok mengemas.Tapi itupun setelah puas tengok anaknya tu berkemas.Bila duduk kat walker,amboi,kemain laju lagi dia drift.Kalau duduk bawah pulak,kemain laju dia kona baring masuk bilik,paut katil,paut meja.Ngerinya bukan main lagi,rasa nak gugur jantung umi takut dia jatuh kebelakang.

Bila letak mainan kat depan dia,ajer eksyen tengok kelip-kelip mata minah sorang tu.Belum lagi dengan kakak fiyah dia.Hah!! lagi harapan umi dia nak duduk diam.Bukan kakitangan je tak boleh diam,mulut ni pun tak berhenti mengomel dengan anak dara dua orang tu.

Kekadang terfikir jugak,apa lagi aktiviti yang boleh dibuat bersama dengan anak-anak ni.Bukan apa,jenis anak² aku ni,bukan boleh nak main setempat je.Mainan pun tak heran tau.Apa lagi.dengan kepantasan internet dan segala jenis tips dapat juga umi dia kongsikan dari artikel yang dibaca disini.Belilah mainan mahal mana,mainnya sekejap je..Lepas tu kembali aktiviti mengemas budak² ni.Antara yang aku baca ni ha!! 10 aktiviti bermain bersama bayi sepanjang hari.Ha!! lepas ni takdelah mak ko ni bosan kan anak-anak solehah ni.


1. Bersiar-siar
Duduk di rumah sepanjang hari pasti bosan, bukan? Apa kata bawa bayi anda keluar rumah, melawat jiran mahupun saudara mara, pergi ke mini zoo atau padang permainan. Bersiar-siar sambil bercerita keindahan ciptaan Allah. Membiasakannya dengan dunia luar. Sesekali galakkannya menyentuh ciptaan Allah seperti daun,bunga,air dan sebagainya.
2.Membaca untuk Bayi
Walaupun bayi anda belum pandai membaca,Namun ianya bukanlah penghalang untuk kita membacakannya buku.Bacalah untuknya cerita dengan suara yang jelas dan gaya yang tersendiri.Bayi anda pasti terhibur melihat gelagat anda membaca.
3.Bercerita,menyanyi dan menari.
Ceriakanlah hari anda sepanjang hari bersama bayi .Dia pasti suka mendengar lagu-lagu nyanyian anda,melihat riak wajah anda bercerita dan gerak geri ketika menari.Ia sangat bagus untuk merangsang mindanya.
4.Bermain,berguling dan bersenam.
Bermain adalah dunia anak-anak.Bermainlah dengan bayi anda mengikut keperluan dan perkembangannya.Bersenam juga adalah satu aktiviti yang menarik.Pasangkan muzik yang harmoni ketika anda bersenam bersamanya.Dia pasti teruja.
5.Mengurut bayi
Tahukah bahawa urutan sangat bagus untuk bayi.Tetapkan jadual urutan untuknya setiap hari.Biasanya urutan dilakukan selepas mandi.Urutnya perlahan sambil bercerita.Katakan kata-kata yang baik.Inilah salah satu waktu yang sangat membahagiakan.Namun anda jangan terlebih urut,Jika anak sudah menunjukkan tanda sudah cukup atau bosan,tukar kepada aktiviti lain.Pernah aku ceritakan di entry ini tentang urutan bayi.Baca entry tentang Bayi lebih bijak kalau kerap diurut dengan hanya 5 minit
6.Bercakap dan berbual dengan bayi.
Siapa kata bayi tidak memahami kata-kata kita?.Berbual dan bercakaplah dengannya.Katakan yang baik-baik dan sentiasa mendoakannya juga.Biar dia dengar suara anda.Dia dalam proses berkenalan dengan ibunya.Pupuklah kasih sayang dan kecintaan ini dengan perbualan.Dia pasti menyukainya.
7.Susukan,makan dan tidur dengan Bayi
Jangan lepaskan peluang menyusukan sendiri bayi anda dengan susu ibu.Inilah aktiviti yang paling memberikan ketenangan kepada ibu dan bayi.Alangkah ruginya jika anda boleh dan  mampu untuk menyusukan bayi anda tetapi anda tidak mahu melakukannya.Waktu inilah bayi sangat tenang.Anda boleh berbual dan bernanyi untuknya ketika ini.Usapnya dengan lembut sambil mendoakannya.Jika anak sudah boleh makan,raikan kegembiraannya.Biarkan dia cuba memegang sudunya sendiri.Biarkan dia bereksperimen.Biarkan dia teroka dunianya.
8.Blog atau Scrapbook untuk bayi.
Ini pasti menjadi aktiviti kesukaan anda dan bayi.Titipkan kenangan anda bersamanya dengan mewujudkan blog khas.Anda rekodkan perkembangan bayi dan berkongsi bagaimana anda menikmati masa-masa hebat ini bersamanya.Anda akan seronok mengambil gambar dan mengabdikannya di dalam blog.Bagi Scrapbook pula,anda boleh melakukan aktiviti kraf bersama anak seperti catkan tangan kecilnya dan cop di atas kertas.Kumpul dan jadikannya scrapbook.Ianya pasti menyeronokkan.
Rasanya dari kecil hingga lah dia dan kakak dia dua tahun,ada je entry untuk mereka berdua ni.
9.Mandi
Aktiviti mandi manda adalah aktiviti yang mengujakan bayi.Lengkapkan peralatan mandi dengan beberapa barang permainan yang selamat.Main dan berbual ketika memandikan bayi anda.Sesekali pasti anda terdengar suaranya ketawa kerana geli hati .Namun hadkannya,usah terlalu lama.Takut bayi akan kesejukkan.
Kalau aku,aku lebih suka suruh dia merasai air yang keluar dari paip.lagi satu,bekalkan dia cawan kecil untuk dia belajar untuk menadah air,
10.Rehat
Tidak sepanjang masa anak perlukan aktiviti.Dia juga memerlukan ruang untuk menyendiri dan berehat.Biarkannya sendiri di atas tilam.Jika dia penat,dia akan tidur dengan sendirinya,Jika dia memerlukan anda,pasti dia mula menunjukkan reaksi dengan merengek.
Itu jelah perkongsian aktiviti yang kita sebagai ibubapa ni boleh buat untuk anak kan.Selalunya Naura akan tidur waktu pagi,tengahari dan petang.Petang tu pun kadang-kadang je kalau dia dah tidur terlalu lama masa tengahari.Kalau kakak fiyah,tengahari aku akan pastikan dia tidur dan bangun sebelum pukul 3 atau 4.kalau tak malam dia akan tidur lambat la jawabnya..





Tudung Raya Dari Kasut kaca

Viewing all 2782 articles
Browse latest View live